Mohd Ghazali Mohd Seth

(Dilencongkan dari Ghazali Mohd Seth)

Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Sri Mohd Ghazali bin Dato' Mohd Seth (4 Februari 1929 – 24 Ogos 2021) merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-7 dari tahun 1982 hingga 1985 dan juga mantan Panglima Tentera Darat dari tahun 1977 hingga 1982.

Yang Berbahagia Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri
Mohd Ghazali Mohd Seth
PGAT PMN PSM PNBS SIMP SPMJ DHMS DA JMN PPC
Kelahiran(1929-02-04)4 Februari 1929
Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia24 Ogos 2021(2021-08-24) (umur 92)
Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
DisemadikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Kesetiaan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan1954–1985
Pangkat Jeneral
ArahanPanglima Angkatan Tentera (1982–85)
Panglima Tentera Darat (1977–82)
Anugerah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)
Panglima Mangku Negara (PMN)
PasanganPuan Sri Norziah Dato' Onn

Ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia selama 8 tahun dari tahun 1977 hingga 1985, beliau pernah berkhidmat di bawah pemerintahan tiga Yang di-Pertuan Agong iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan (keenam), Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (ketujuh) dan akhir sekali Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor (kelapan).

Keluarga sunting

Adiknya ialah Toh Puan Norashikin Mohd Seth iaitu balu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, demikianlah dia juga adalah saudara pangkat ipar kepada Tun Dr. Ismail.

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 24 Ogos 2021 di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru[1][2][3] dan jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Beliau meninggalkan balu, Puan Sri Norziah Onn dan empat anak, Rowina, Ida Kamaria, Datuk Badlisham dan Ahmed Reza.[4][5] Anak sulungnya, Rohani telah meninggal dunia pada 3 September 2019.

Anugerah sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Bekas PAT ketujuh meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru". Bernama. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
  2. ^ "Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga PAT ke-7". Berita Harian. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
  3. ^ "Recruit-turned General Gary Ghazali dies". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
  4. ^ "Jenazah bekas PAT ketujuh Mohd Ghazali selamat dikebumikan". Bernama. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
  5. ^ "Jenazah bekas PAT ke-7 Mohd Ghazali selamat dikebumikan". Berita Harian. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
  6. ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2019. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  7. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1978" (PDF).
  8. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1981" (PDF).
  9. ^ "Dr. Hasmah terima kurnia Sultan Kedah" (PDF). Utusan Malaysia. Yayasan Kepimpinan Perdana. 18 July 1983. Dicapai pada 18 January 2022.