Ghazali Ramli atau lebih terkenal sebagai Ghazali Sumantri (1930 - 1 Januari 2001)[1] merupakan seorang pelakon filem Melayu era hitam putih, yang paling dikenali dengan memainkan watak sultan dengan memainkan watak raja dalam trilogi Aladdin bersama Ali Rahman, Mariam, Jaafar Shah dan M. Amin.

Ghazali Sumantri
Ghazali Sumantri semasa zaman mudanya
Kelahiran
Ghazali bin Ramli

1930
Meninggal dunia1 Januari 2001 (berumur 70–71)
Hospital Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung, radang sendi dan angin ahmar
PekerjaanPelakon, penolong pengarah
Tahun aktif1952–1992
Anak-anak5

Pernah bekerja sebagai seorang anak kapal sebelumnya. Selepas menceburkan diri ke dalam bidang lakonan, beliau telah berlakon dalam 70 buah filem sepanjang kerjayanya. Ghazali telah meminati bidang seni sejak zaman kanak-kanaknya lagi, sebelum bekerja sebagai anak kapal. Sungguhpun begitu, minatnya dalam bidang seni membuatkan beliau sering berulang-alik ke Studio Cathay-Keris Film Productions apabila berehat antara pelayaran sebagai anak kapal. Di sana, perwatakan dan gayanya telah menarik minat pihak studio dan dia telah mendapat peluang untuk berlakon, dan sejak dari itu, dia tidak lagi menoleh ke belakang.

Kehidupan awal sunting

Ghazali telah berjinak dalam bidang seni sejak remaja lagi, bila mana dia melibatkan diri dalam pertunjukan bangsawan yang diadakan di Kedah, tempat asalnya. Bagaimanapun minatnya itu terpaksa dipendamkan apabila beliau mula bekerja sebagai anak kapal dan sering dalam perlayaran untuk tempoh yang panjang. Bagaimanapun, beliau masih menyimpan minat dalam bidang seni dan beliau sering berulang-alik ke Studio Cathay Kris untuk bertemu dengan pelakon pujaannya.

Ketika beliau berada di sana, Kasim Kamil, adik kepada Salleh Kamil telah tertarik dengan bakat dan perwatakan yang ada padanya, dan telah menawarkan peluang kepadanya untuk menjadi pelakon pada awal 60-an.

Kerjaya dan anugerah sunting

Ghazali bin Ramli pertama sekali berlakon dalam filem Tas Tangan Wanita arahan L. Krishnan sebelum muncul sebagai hero menerusi filem Darahku. Kemunculannya dalam kebanyakan filem menampilkan Ghazali sebagai pelakon utama atau sebagai pelakon pembantu yang semuanya mendapat sambutan menggalakkan daripada para penonton.

Selain itu, beliau turut berlakon dalam Hang Jebat, dan seterusnya filem lain-lain yang melonjakkan namanya ialah filem Kalong Kenangan pada tahun 1964, Cempaka Biru, Bunga Tanjong, Pontianak Gua Musang, Dang Anom, Mata Syaitan, Raja Bersiong, Tun Fatimah, Nasib Do Re Mi dan Yatim Mustapha.

Selepas berada di Singapura selama 15 tahun, termasuk 12 tahun menjadi pelakon filem, allahyarham telah meninggalkan Studio Cathay Kris pada tahun 1969 dan kembali ke Kuala Lumpur. Beliau berhenti berlakon ketika berada di Kuala Lumpur.

Semasa di Kuala Lumpur, Allahyarham menjadi kakitangan sambilan TV Malaysia dan bertugas di unit pengalihan suara.

Tidak lama kemudian, Allahyarham terus menerima undangan daripada rakan lamanya, pelawak Mat Sentol untuk kembali ke dunia perfileman sebagai penolong pengarah dalam filem Penagih Dadah dan kemudiannya dalam filem Mat Tenggek pada tahun 1979.

Bertolak dari situ, Allahyarham terus diberi kepercayaan untuk menjadi penolong pengarah untuk filem Ribut Di Hujung Senja arahan Ed Osmera dan Pagar-Pagar Cinta arahan A. R. Badul.

Kematian sunting

Ghazali telah menghembus nafas terakhir pada sambutan Tahun Baru 1 Januari 2001 pada usia 71 tahun, pukul 8.30 malam, di rumah saudaranya di Bandar Baru Kulim, Kedah, kerana sakit jantung, radang sendi (ghaut) dan angin ahmar. [2]

Filemografi sunting

Filem sunting

Sebagai pelakon sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1952 Tas Tangan Wanita Filem pertama, pelakon tambahan
Aladdin Pelakon tambahan
Antara Senyum dan Tangis Pelakon tambahan
1959 Jula Juli Bintang Tiga Tengku Bongsu
1960 Hantu Rimau
1961 Singapura Dilanggar Todak Konco 1
Yatim Mustapha Ahmad Maulana
Siti Zubaidah Menteri
Hang Jebat Hang Kasturi
Jalak Lenteng Dusun
1962 Tun Fatimah Raja Zainol
Mata Syaitan[3]
Laila Majnun Putera Raja
Dang Anom Utusan Majapahit
Jula Juli Bintang 7 Tengku Bongsu
1963 Cempaka Biru Ipoh
Darahku Hussain
Bunga Tanjung
1964 Kalong Kenangan Rabu
Pontianak Gua Musang Nordin
Panglima Besi Panglima Garak
1965 Cinta Kasih Sayang Jamal
Tiga Botak Ali
Ikan Emas Sultan Raja Purnama Bakti
1966 Nasib Do Re Mi Lokman
Saka Pengharapan Dokumentari
1967 Lampong Karam
1968 Amok Tok Nading
Raja Bersiong Pendekar Gerbang
1975 Anak Seluang Anak Melaut Pegawai Polis
1982 Ribut Di Hujung Senja
1983 Mat Salleh Pahlawan Sabah
1986 Pagar-Pagar Cinta Ghazali
1992 Konstabel Mamat Mat Menthol Filem terakhir

Sebagai penolong pengarah sunting

Tahun Tajuk
1979 Penagih Dadah
Mat Tenggek
1982 Ribut Di Hujung Senja
1986 Pagar-Pagar Cinta

Rujukan sunting

  1. ^ "Ghazali sinonim dengan watak raja". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-16. Dicapai pada 2015-09-11.
  2. ^ PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI.
  3. ^ Di Akhir Hayat Seniman Ghazali Sumantri.

Pautan luar sunting