Ghazali bin Ibrahim

Datuk Paduka Ghazali bin Haji Ibrahim ialah bekas ahli parlimen P007 Padang Terap, negeri Kedah. Beliau menang setelah bertanding dalam Pilihan Raya Malaysia 2004 atas tiket parti Barisan Nasional. Beliau merupakan ahli UMNO.

Kini beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri di Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya. Pada 7 July 2014, beliau telah mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra disaksikan bersama-sama oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa .[1]

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Ghazali sebelum ini juga pernah dilantik menjadi Exco Negeri Kedah (1995-1999) dan anggota Parlimen Padang Terap (2004-2008).[2]

Beliau juga memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah FELCRA Berhad iaitu sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermula 17 Julai 2013.[3]

Politik sunting

Beliau telah dua kali bertanding sebagai calon ahli parlimen dalam Pilihanraya Umum Malaysia.[4]

P7 PADANG TERAP Calon Parti Undi Majoriti
Pilihan Raya Umum 2004 Dato' Ghazali Ibrahim     UMNO 14,776 2,172
Zawawi Haji Ahmad   PAS 12,604 -
Pilihan Raya Umum 2008 Mohd Nasir Zakaria   PAS 15 003 369
Datuk Paduka Ghazali Ibrahim     UMNO 14,634 -
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-16. Dicapai pada 2016-05-07.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-05. Dicapai pada 2016-05-07.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-04. Dicapai pada 2016-05-07.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-10. Dicapai pada 2021-09-27.