Ghost (Musim 1)
Musim pertama siri Ghost disiarkan di 8TV pada 3 Februari hingga 6 April 2008. Drama keluaran Popiah Pictures ini dibintangi Nazrudin Habibur Rahman, Cheryl Samad, Carmen Soo dan Reefa. Musim ini menyaksikan bermulanya pengembaraan Eza, seorang wartawan bijak dan lantang yang cuba menyelesaikan sebuah misteri yang melibatkan kematian seorang pelakon filem terkenal dengan bantuan roh mangsa itu sendiri.
Ghost | |
---|---|
Genre | Drama, misteri |
Pencipta | Ng Ping Ho |
Dibangunkan oleh | Popiah Pictures |
Pengarah | Ng Ping Ho |
Dibintangi oleh | Nazrudin Rahman Cheryl Samad Carmen Soo Reefa Razif Hashim |
Lagu pembukaan | Masih Jua oleh Douglas Lim dan Chelsia Ng |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia, Inggeris |
Bilangan episod | 10 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Ng Ping Ho Anne Low |
Penerbit | Ng Ping Ho |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempoh siaran | 1 jam per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | 8TV |
Siaran asal | 3 Februari 2008 – 6 April 2008 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Ghost (Musim 2) |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Musim ini pernah dicalonkan untuk kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2008.
Pelakon
sunting- Cheryl Samad - Eza Azmi
- Nazrudin Habibur Rahman - Zack Imran
- Carmen Soo - Julie Cheah
- Reefa - Jimmy Rozario
- Radhi Khalid - Dato' Zakaria
- Yasmin Isa - Datin Faizura, isteri Dato' Zakaria
- Sharon Syarafina[1] - Maria Zainal/Susan Voon
- Razif Hashim - Azham
- Nas-T - Farouk
- Chew Kin Wah - David Tan
- Tony Eusoff - Jamal Hafiz, teman lelaki Julie
- Belinda Chee - Cindy Cheah, kakak Julie
- Faruq Hafiz - Pak Cik Guard Jahat Gemuk (yang kena bakar)
- Anding - Sham Tompok/ Zack Wannabe
Penerbitan
suntingMenurut Ng Ping Ho, penerbit eksekutif dan pengarah Ghost, Cheryl Samad bukanlah pilihan pertama beliau bagi watak Eza, kerana asalnya beliau tidak mahu seorang yang sudah terkenal untuk memegang watak tersebut, tetapi ketika menjalani ujibakat, akhirnya akur dengan kesesuaian Cheryl untuk peranan ini. Penggunaan dialog dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris menjadi aspek penting kerana kisahnya berlatarkan Kuala Lumpur dan mencerminkan pertuturan golongan bandar masa kini. Siri ini mula-mulanya dikarang dalam bahasa Inggeris sebelum diterjemah ke Bahasa Malaysia.[1]
Episod
sunting# | Tarikh siaran | Ringkasan |
---|---|---|
1 | 3 Februari 2008 | Setelah ditinggalkan teman lelakunya, kepedihan Eza diubati sedikit apabila dia bertembung dengan bintang filem kegemarannya, Zack Imran. Bagaimanapun, dari teruja dia menjadi terjunam ke dalam kancah seram apabila mendapati Zack tinggal hantu, sebenarnya terkorban dalam kemalangan. Namun begitu, Zack mendakwa dirinya dibunuh dan menggesa Eza mencari pembunuhnya.[2] |
2 | 10 Februari 2008 | Foto "hangat" Zack Imran bersama gadis muda keluar di Internet lalu menggugat filem terbarunya. Zack menggesa Eza mencari jawapan di sebalik skandal ini. Rupanya seorang bakat baru berpakat dengan penerbit filem terbaru Zack, David Tan, untuk tujuan sabotaj. |
3 | 17 Februari 2008 | Datin Faizara melawat Eza untuk menceritakan pengalamannya dengan Zack. Zack pula berulang-alik ke rumah Jimmy untuk mencari apa-apa klu untuk misteri kematiannya. Rupanya Jimmy berasa amat tertekan selama ini, lebih-lebih lagi dia diserang di rumahnya oleh orang suruhan menteri. |
4 | 24 Februari 2008 | Eza melawat pejabat David Tan sekali lagi untuk mencari klu di sebalik kematian Zack. Skrip filem terbaru agak mirip peristiwanya dengan kematian Zack, maka penulis skrip itulah yang dicari. |
5 | 2 Mac 2008 | Eza mendapat pertolongan Jimmy untuk mencari Maria Zainal yang dipercayainya sebagai suspek utama di sebalik kematian Zack dengan mengadakan peraduan untuk mengumpan Maria. Sementara itu, Julie semakin dekat mencapai impiannya tetapi agen barunya menjadi halangan. |
6 | 9 Mac 2008 | Maria Zainal menculik Eza, menyeksanya dan menceritakan kali terakhir dia bertemu dengan Zack, sebelum berjaya diselamatkan Jimmy dan Zack. Maria mengejar Datin Faizura dengan asidnya tetapi akhirnya bertemu tindakan undang-undang. Julie pula berhadapan dengan dilema yang serius mengenai kerjayanya. |
7 | 16 Mac 2008 | Maria Zainal memberi keterangan di hadapan seorang pakar psikiatri mengenai apa yang disaksikannya pada malam nyawa Zack terlayang. Sementara itu, Datin Faizura nekad untuk meninggalkan suaminya agar melepaskan segala persengketaan. |
8 | 23 Mac 2008 | Misteri kian selesai, dan perlulah Eza membahayakan nyawa diri semata-mata untuk menegakkan keadilan demi Zack. Dia diculik oleh Datuk Zakaria dan ditembak apabila cuba melepaskan diri. Sementara itu, Julie menjalani rawatan terapi apabila dia bertemu dengan jelmaan kakaknya. |
9 | 30 Mac 2008 | Setelah sebulan koma, Eza bangkit untuk menyelesaikan saki-baki misteri Zack Imran. Sementara itu, Julie masih membayangkan kehadiran Cindy. |
10 | 6 April 2008 | Eza dan Zack memperoleh bukti siapa pembunuh Zack yang membongkar rahsia-rahsia paling menggerunkan yang dipendam kawan karibnya sendiri. Selama ini seorang kenalan Julie yang membunuh Zack Imran. Pengorbanan demi pengorbanan terpaksa dilakukan untuk menyelesaikan segalanya. |
Rujukan
sunting- ^ Rizal Johan (2008-02-03). "Ghost whisperer". Sunday Star. Dicapai pada 2008-02-04.
- ^ "Notes for Ghost Episode 1". dzof.org. Dicapai pada 2008-02-12.
Pautan luar
sunting- Tonton episod lepas Ghost di laman web 8TV
- (Inggeris) dzof.org: Ghost – dikarang oleh seorang penulis lakon layar, Dzofrain Azmi