Giampiero Boniperti

pemain bola sepak Itali

Giampiero Boniperti (sebutan bahasa Itali: [dʒamˈpjɛːro boniˈpɛrti]; lahir 4 Julai 1928) merupakan bekas pemain bola sepak Itali yang telah menghabiskan 15 musim sepanjang kariernya di Juventus antara tahun 1946 dan 1961. Beliau telah merangkul lima gelaran Serie A dan dua trofi Coppa Italia. Beliau juga mewakili pasukan kebangsaan Itali di peringkat antarabangsa dengan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia 1950 dan 1954 serta beraksi di Sukan Olimpik 1952. Selepas bersara daripada arena bola sepak, Boniperti telah menjadi pengerusi Juventus dan pemangku ke Parlimen Eropah.

Giampiero Boniperti
Maklumat peribadi
Nama penuh Giampiero Boniperti
Tempat lahir Barengo, Itali
Ketinggian 175 cm (5 ka 9 in)
Posisi permainan Penyerang
Nombor 9
Kerjaya remaja
1944–1946 Juventus
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1946–1961 Juventus 443 (178)
Pasukan kebangsaan
1947–1960 Itali 38 (8)
1950 Itali B[1] 1 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Giampiero Boniperti
WarganegaraItali
Pekerjaan
  • pemain bola sepak
  • pengarah syarikat
  • ahli politik
Tahun aktif
1946–1961(pemain bola sepak)
1961–1990(pengarah syarikat)
1994–1999(ahli politik)
MajikanJuventus
Terkenal kerana
  • FIFA 100
  • penjaring kedua terbanyak Juventus
Ketinggian1.75 m (5 ka 9 in)
PangkatPengerusi Juventus F.C.
Terma1971–1990
PendahuluVittore Catella
PenggantiVittorio Caissotti di Chiusano
SaudaraFilippo Boniperti
Ahli Parlimen Eropah
Dalam jawatan
1994–1999
Butiran peribadi
Parti politikForza Italia
Sekutu gabungan
politik lain
Forza Europa(1994–1995)
Kesatuan Untuk Eropah(1995–1998)
Parti Rakyat Eropah(1998–1999)

Seorang bekas penyerang, Boniperti dianggap oleh sesetengah pengulas termasuk Mario Sconcerti, sebagai salah seorang pemain terhebat Itali dan Juventus. Beliau juga dianggap oleh sesetengah pendapat seperti Bruno Nicolè sebagai pemain terhebat Itali sepanjang zaman;[2][3][4][5] dengan 182 jaringan gol dalam semua kejohanan, Boniperti merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Juventus selama lebih daripada 40 tahun sebelum rekodnya dileburkan oleh Alessandro Del Piero pada 10 Januari 2006.[6] Del Piero juga mencatatkan rekod kelab dengan melakukan penampilan terbanyak bersama Juventus iaitu sebanyak 443 penampilan Serie A pada 14 Februari 2010 semasa beliau beraksi dalam perlawanan ke-444nya di Serie A menentang Genoa;[7] dengan 443 penampilan Serie A bersama Juventus, Boniperti kini menduduki tangga ketiga yang melakukan penampilan terbanyak di belakang Del Piero dan Gianluigi Buffon.[8] Boniperti juga memegang rekod minit bermain tertinggi di Serie A oleh pemain Juventus (39,680) sehingga rekodnya dipintas oleh Buffon pada 19 Mac 2017 ketika perlawanan menentang Sampdoria.[9] Boniperti kini merupakan penjaring terbanyak Serie A kesebelas. Pada Mac 2004, beliau telah disenaraikan oleh Pelé sebagai salah seorang daripada 125 pemain terhebat yang pernah hidup.

Kerjaya kelab sunting

Dilahirkan di Barengo, Piedmont, Boniperti menyertai Juventus pada usia 16 tahun; beliau telah pun membina reputasinya sebelum ini di peringkat belia apabila beliau menjaringkan sebelas gol dalam satu perlawanan.[10][11] Beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk the Old Lady di Serie A pada 2 Mac 1947 ketika menentang Milan yang berakhir dengan kekalahan 2-1 , which ended in a 2–1 defeat.[12] Beliau menghasilkan jaringan pertamanya dalam saingan liga pada tiga bulan kemudian semasa aksi menentang Sampdoria. Juventus mengakhiri kempen liga pada musim Serie A sebagai naib juara di belakang musuh tradisi, Torino. Giampiero menamatkan kancah musim dengan lima jaringan gol dalam enam perlawanan.[13][14][15]

Walaupun beliau mula bermain di posisi penyerang tengah, beliau juga beraksi di posisi penyerang dalam atau sayap kanan. Pada musim keduanya di Juve, beliau yang menginjak usia 20 tahun berjaya menjaringkan 27 gol sekali gus memintas Valentino Mazzola sebagai penjaring terbanyak liga.[16][17] Boniperti meraikan kejuaraan liga pertamanya bersama Juventus semasa musim 1949-50. Semasa ulang tahun hari lahirnya ke-24, beliau menambahkan lagi koleksi scudetto kedua dalam kariernya pada musim 1951-52. Walaupun beliau dinamakan sebagai kapten pasukan pada tahun 1954, Juve seterusnya menghadapi saat-saat kesukaran dan bergelut untuk merebut semula status sebagai juara Itali.[18][19]

Pada tahun 1957, Juventus mengikat dua penyerang: John Charles dan Omar Sivori. Hasil tambahan penyerang, Boniperti bersama dua penyerang berbisa tersebut membentuk Magical Trio. Pada empat musim terakhir Boniperti bersama kelab sebelum beliau bersara, Juventus meraih kejayaan dalam saingan liga apabila mereka menjuarai tiga gelaran Serie A (1957–58, 1959–60 dan 1960–61) dan memenangi dua trofi Coppa Italia (1958–59 dan 1959–60).[20][21] Pada masa persaraannya, Boniperti menjadi penjaring terbanyak Juventus sepanjang zaman dengan menjaringkan 182 gol dalam semua kejohanan. Rekodnya bertahan selama lebih daripada 40 tahun sebelum ia dikejutkan oleh Alessandro Del Piero pada 10 Januari 2006.[22] Sehingga tahun 2010, Boniperti kekal sebagai penjaring kedua terbanyak kelab dan pemain ketujuh yang melakukan penampilan terbanyak untuk Juventus. Dengan beraksi dalam 443 perlawanan di Serie A bersama Juventus, beliau memegang rekod sebagai pemain yang melakukan kemunculan terbanyak di kejohanan itu sehingga ia dipintas oleh bekas kapten Juventus, Del Piero pada 14 Februari 2010.[23]

Kerjaya antarabangsa sunting

Selepas beraksi dalam 14 perlawanan di Serie A, Boniperti dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali dan beliau melakukan kemunculan sulungnya bersama pasukan kebangsaan pada 9 November 1947 dalam aksi menentang Austria yang berakhir dengan kekalahan 5-1.[24][25] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Itali dalam aksi menentang Austria juga beberapa tahun kemudian pada Mei 1949 yang tamat dengan kemenangan 3-1. Boniperti berjaya melakukan 38 kemunculan (24 perlawanan daripadanya sebagai kapten pasukan) dan menjaringkan lapan gol. Beliau juga beraksi di pentas kejohanan Piala Dunia 1950 dan 1954 (beliau mengetuai Itali dalam Piala Dunia 1954) serta Sukan Olimpik 1952.[26][27]

Selepas persaraan sunting

Eksekutif Juventus sunting

Tidak lama selepas persaraannya, keluarga Agnelli menawarkan Boniperti jawatan eksekutif iaitu sebagai direktor dalam pengurusan pasukan. Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah (Itali: presidente del consiglio di amministrazione), jawatan yang dipegang olehnya selama bertahun-tahun. Beliau juga menjawat sebagai salah seorang daripada pengerusi kehormat (Itali: Presidenti Onorari bersama dengan Franzo Grande Stevens).[28][29][30][31][32]

Politik sunting

Dari tahun 1994 hingga 1999, Boniperti telah dilantik sebagai pemangku dalam Parlimen Eropah bersama parti berhaluan tengah dan kanan, Forza Italia.

Kehidupan peribadi sunting

Cucu kepada Boniperti, Filippo mengikuti jejak langkah datuknya untuk membabitkan diri dalam kerjaya bola sepak dan beliau beraksi untuk pasukan bawah-20 Primavera Juventus sebagai pemain tengah.[33][34]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Juventus 1946–47 6 5 6 5
1947–48 40 27 40 27
1948–49 32 15 32 15
1949–50 35 21 35 21
1950–51 37 22 4[a] 6 41 28
1951–52 33 19 2[b] 3 35 22
1952–53 29 7 29 7
1953–54 30 14 30 14
1954–55 27 9 27 9
1955–56 31 6 31 6
1955–56 24 4 24 4
1957–58 34 8 6 1 40 9
1958–59 26 8 3 0 4[c] 0 33 8
1959–60 31 7 3 0 2[d] 0 36 7
1960–61 28 6 1 0 1[e] 0 30 6
Jumlah kerjaya 443 178 13 1 9 3 4 6 469 188
  1. ^ Penampilan di Copa Rio 1951.
  2. ^ Penampilan di Piala Latin 1952.
  3. ^ Dua penampilan di Piala Eropah, dua penampilan di Piala Persahabatan Itali-Perancis.
  4. ^ Penampilan di Piala Persahabatan Itali-Perancis.
  5. ^ Penampilan di Piala Eropah.

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Itali[35]
Tahun Kmncln Gol
1947 1 0
1949 3 1
1950 3 0
1951 5 1
1952 4 0
1953 4 0
1954 4 3
1955 3 2
1956 3 0
1957 2 0
1958 3 0
1959 1 0
1960 2 1
Jumlah 38 8

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
22 Mei 1949 Florence, Itali   Austria
3–0
3–1
Piala Antarabangsa Eropah Tengah
2
25 November 1951 Lugano, Switzerland   Switzerland
1–1
1–1
3
24 Januari 1954 Milan, Itali   Mesir
3–1
5–1
Kelayakan Piala Dunia 1954
4
5–1
5
17 Jun 1954 Lausanne, Switzerland   Switzerland
1–1
2–1
Piala Dunia 1954
6
16 Januari 1955 Bari, Itali   Belgium
1–0
1–0
Persahabatan
7
18 Disember 1955 Rom, Itali   Jerman Barat
2–0
2–1
8
10 November 1960 Naples, Itali   Austria
1–1
1–2

Pencapaian sunting

 
Boniperti (kanan) menjulang trofi Coppa Italia pada musim 1959-60.

Kelab sunting

Juventus[36]

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ Courtney, Barrie (22 Mei 2014). "England - International Results B-Team - Details". RSSSF. Dicapai pada 21 April 2017.
  2. ^ Gigi Garanzini. "BONIPERTI, Giampiero" (dalam bahasa Itali). Treccani: Enciclopedia dello Sport (2002). Dicapai pada 7 November 2014.
  3. ^ Stefano Bedeschi (4 July 2014). "Gli eroi in bianconero: Giampiero BONIPERTI" (dalam bahasa Itali). Tutto Juve. Dicapai pada 3 June 2015.
  4. ^ "Riva il migliore per i lettori di CM. Sconcerti: 'Ma Rivera era al suo livello'" (dalam bahasa Itali). calciomercato.com. 28 March 2016. Dicapai pada 6 March 2017.
  5. ^ "Nicolè, il bel centrattacco che pesava troppo: "Il calcio? Dimenticato"" (dalam bahasa Itali). La Repubblica. 31 March 2014. Dicapai pada 6 March 2017.
  6. ^ "Del Piero supera Boniperti" [Del Piero overtakes Boniperti]. juventus.com (dalam bahasa Itali). 10 January 2006. Dicapai pada 8 April 2015.
  7. ^ "Del Piero, vittoria e record: "Punti pesantissimi"" (dalam bahasa Itali). Sky. 14 February 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2015. Dicapai pada 13 May 2015.
  8. ^ "Presenze Giocatori Campionato Serie A" [Player Appearances Serie A Championship]. myjuve.it (dalam bahasa Itali). My Juve.it. Dicapai pada 25 October 2015.
  9. ^ "After 39,681 Serie A minutes, Buffon smashes yet another Juventus record". fourfourtwo.com. 19 March 2017. Dicapai pada 19 March 2017.
  10. ^ name="Gli eroi in bianconero: Giampiero BONIPERTI"
  11. ^ name="storiedicalcio">"BONIPERTI Giampiero: il Presidentissimo" (dalam bahasa Itali). Storie di Calcio. Dicapai pada 6 March 2017.
  12. ^ name="70 years"
  13. ^ name=treccani1
  14. ^ name="Gli eroi in bianconero: Giampiero BONIPERTI"
  15. ^ name="storiedicalcio"
  16. ^ name="Gli eroi in bianconero: Giampiero BONIPERTI"
  17. ^ name="storiedicalcio"
  18. ^ name="Gli eroi in bianconero: Giampiero BONIPERTI"
  19. ^ name="storiedicalcio"
  20. ^ name="Gli eroi in bianconero: Giampiero BONIPERTI"
  21. ^ name="storiedicalcio"
  22. ^ name="Gli eroi in bianconero: Giampiero BONIPERTI"
  23. ^ "Star quality shines through". fifa.com. 10 February 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-25. Dicapai pada 2021-01-14.
  24. ^ name="figc.it">"Boniperti, Giampiero: National team statistics" (dalam bahasa Itali). FIGC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-28. Dicapai pada 6 March 2016.
  25. ^ name="treccani2">"Bonipèrti, Giampiero" (dalam bahasa Itali). Treccani: Enciclopedie on line. Dicapai pada 6 March 2017.
  26. ^ name="figc.it"
  27. ^ Giampiero Boniperti – Rekod persaingan FIFA
  28. ^ name="70 years">"70 years with Giampiero Boniperti". Juventus.com. 2 March 2017. Dicapai pada 29 March 2017.
  29. ^ "Buon compleanno Boniperti, 81 anni bianconeri" (dalam bahasa Itali). Tuttosport. 4 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2009.
  30. ^ "Juventus - GIAMPIERO BONIPERTI: Honorary President". Juventus.com. Dicapai pada 29 March 2017.
  31. ^ "Happy birthday, Giampiero Boniperti!". Juventus.com. 4 July 2014. Dicapai pada 29 March 2017.
  32. ^ "Many happy returns, Boniperti!". Juventus.com. 4 July 2016. Dicapai pada 29 March 2017.
  33. ^ "Juve, Filippo Boniperti convocato in Under 19" (dalam bahasa Itali). Tuttosport. 3 Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2016.
  34. ^ "Juve, Boniperti Jr: "Quante emozioni con la prima squadra"" (dalam bahasa Itali). Tuttosport. 3 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016.
  35. ^ "Giampiero Boniperti - Goals in International Matches". RSSSF. Dicapai pada 19 July 2020.
  36. ^ name="Gli eroi in bianconero: Giampiero BONIPERTI"
  37. ^ Roberto Di Maggio; Igor Kramarsic; Alberto Novello (11 Jun 2015). "Italy - Serie A Top Scorers". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2015. Dicapai pada 27 October 2015.
  38. ^ "The Fifa 100". The Guardian. 4 March 2004. Dicapai pada 27 October 2015.
  39. ^ "Hall of fame, 10 new entry: con Vialli e Mancini anche Facchetti e Ronaldo" [Hall of fame, 10 new entries: with Vialli and Mancini also Facchetti and Ronaldo] (dalam bahasa Itali). La Gazzetta dello Sport. 27 October 2015. Dicapai pada 27 October 2015.
  40. ^ "Celebrazioni 60 anni dell'Olimpico, Malagò premia Boniperti" (dalam bahasa Itali). CONI. Dicapai pada 27 October 2015.

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Carlo Parola
Kapten Juventus F.C.
1954–61
Diikuti oleh:
Flavio Emoli
Didahului oleh
Carlo Annovazzi
Kapten Itali
1952–1960
Diikuti oleh:
Lorenzo Buffon