Gila-Gila Remaja

Filem Malaysia 1986 arahan Hussein Abu Hassan

Gila-Gila Remaja merupakan sebuah filem komedi romantik remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1986.[1] Filem ini telah diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions.[2]

Gila-Gila Remaja
PengarahHussein Abu Hassan
Dihasilkan olehAdnan
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Shah Film Productions
Tarikh tayangan
1986
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Seorang remaja yang amat nakal, Azroy bin Azlan (dipanggil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga. Tetapi, pada masa yang sama Suzi dan seorang lagi lelaki yang bernama Farouk sedang berkenalan dan tambahan pula kedua - dua ibu bapa mereka adalah kawan rapat dan turut bercadang untuk kahwinkan mereka berdua. Namun begitu, Suzi, juga mula berkenalan dan terus jatuh cinta dengan Roy tetapi dia tidak memberitahu Roy mengenai hubungan dia dengan Farouk. Ini telah mengakibatkan kemarahan kepada Farouk bila dia dapat tahu melalui rakannya bahawa Roy dan Suzi sedang berpacaran. Pada suatu hari, disebabkan masalah ini, Roy bersama dengan rakan - rakannya dan kumpulan Farouk iaitu Kumpulan Gagak Hitam terlibat dalam satu pergaduhan besar.

Akibat daripada pergaduhan tersebut, salah seorang daripada kawan Roy, iaitu Ravi, telah cedera parah. Farouk dan konconnya, kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati telah merogol adik perempuan Remy. Lantaran itu, Remy mengamuk dan pergi mencari mencari mereka untuk membalas dendam. Roy dan rakan-rakannya pergi mengejar Remy. Setibanya di sana Remy telah dibelasah beramai-ramai oleh Kumpulan Gagak Hitam. Roy dan rakan-rakan pun membantu Remy dan pergaduhan antara dua pihak pun berlaku. Dalam pergaduhan tersebut, Remy telah menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam.

Polis tiba di tempat pergaduhan dan telah berjaya menangkap Remy. Remy dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang dia lakukan. Bagaimanapun, Farouk terselamat. Farouk yang terselamat telah mengapi-apikan ayah Suzi agar membenci Roy. Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu. Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir. Farouk pula, terlibat dalam aktiviti jenayah dan berjaya ditangkap oleh pihak polis dan berita ini didapat tahu oleh ibu bapa Suzi melalui surat khabar. Pada hari peperiksaan, Roy hadir untuk menyelesaikan peperiksaannya dan terus keluar untuk bertukar ke kolej lain, dia juga sempat memberitahu Suzi yang dia tidak sanggup berhadap dengan ibu bapa Suzi, dan memberitahu demi kebaikan kedua - dua mereka, dia bercadang untuk tidak bertemu dengan Suzi lagi. Semasa Roy dalam perjalanan selepas tamat peperiksaan, dia dapat tahui bahawa Ayah Suzi terlibat dalam kemalangan dan memerlukan banyak darah akibat kehilangan darah yang banyak. Roy dan rakan - rakannya bergabung tangan untuk dermakan darah demi menyelematkan nyawa Ayah Suzi. Ayah Suzi dapat tahu bahawa dia diselamatkan melalui pertolongan Roy dan rakan - rakannya dan dia memaafkan mereka.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Gila-Gila Remaja (1985). (t.a.). Diperolehi pada 1 Mei 2008, daripada http://www.imdb.com/title/tt0145792/
  2. ^ Gila-gila remaja (1986). Filem Kita Wajah Kita. Diperolehi pada 1 Mei 2008, daripada http://wayangmalaysia.wordpress.com/2007/07/25/gila-gila-remaja-1986/

Pautan luar sunting