Gila Baby merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2014 arahan Kabir Bhatia dan dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Fimie Don, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid dan Lan Pet Pet. Filem ini mengisahkan Bob (Beto Kusyairy) yang memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Terpaksa mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) mencuri kereta dan akhirnya telah menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta tersebut. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 4 Disember 2014.

Gila Baby
Poster keluaran tayangan
PengarahKabir Bhatia
Penulis
  • Alfie Palermo
  • Kabir Bhatia
Lakon layar
  • Alfie Palermo
  • Kabir Bhatia
Dihasilkan olehTengku Iesta Tengku Alaudin
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
4 Disember 2014 (2014-12-04)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 458,000[1]

Sinopsis sunting

Bob (Beto Kusyairy) memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Dengan mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad), bekas teman sekelasnya di sekolah yang selalu membulinya dahulu untuk melakukan jenayah mencuri kereta. Walaupun percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah tersebut berjaya tetapi ada seorang bayi (Nur Iman Khalisa) di tempat duduk belakang kereta yang dicurinya itu!

Bob kini mendapati dirinya diburu oleh beberapa pihak yang tidak akan berhenti selagi Bob dan bayi tersebut tidak ditangkap! Untuk mengeruhkan lagi keadaan, dalam perjalanan menyelamatkan diri, Bob bertemu Jaja (Nadiya Nisaa) yang mengugut Bob untuk membawanya sekali kerana ingin lari dari masalahnya sendiri.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Pengarah filem ini, Kabir Bhatia mengatakan bahawa filem ini merupakan filem yang paling sukar pernah diarah olehnya kerana jalan cerita yang bahaya dan melibatkan seorang bayi.[2][3] Beto Kusyairy telah mendapat kecederaan di lutut sebab jatuh motor dan di dahi semasa pengambaran.[4]

Keluaran sunting

Tayangan sunting

Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 20 November 2014.[5] Filem ini telah ditayangkan kepada umu pada 4 Disember 2014.

Ulasan sunting

Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mengulas filem ini sebagai sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami. Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy turut dipuji.[6] Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[7]

Anugerah sunting

 
Kabir dan Tengku Iesta ketika menerima trofi Filem Komedi Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015.
Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Lawak Warna 2015[8] Filem Komedi Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Menang
Pengarah Komedi Terbaik Khabir Bhatia Menang
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Sharnaaz Ahmad Tercalon
Beto Kusyairy Menang
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Nadiya Nisaa Menang
Lakon Layar & Skrip Terbaik Alfie Palermo & Khabir Bhatia Menang
Anugerah Skrin 2015 Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Tercalon
Pengarah Terbaik Khabir Bhatia Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Beto Kusyairy Menang
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Nadiya Nisaa Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Sharnaaz Ahmad Menang
Lakon Layar & Skrip Terbaik Alfie Palermo & Khabir Bhatia Tercalon
Anugerah Meletop ERA 2015 Filem Meletop Gila Baby Tercalon
Bintang Filem MELETOP Sharnaaz Ahmad Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2014
  2. ^ http://www.era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah-GMMJ/Beto-Kusyairy-Kemalangan-Dalam-Filem-Gila-Baby
  3. ^ http://www.hmetro.com.my/node/15297
  4. ^ http://www.tupai.com.my/2014/11/beto-kusyairy-tercedera-dalam-gila-baby.html[pautan mati kekal]
  5. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/kuala-lumpur-20-november-2014-preview-filem-gila-baby-di-gsc-1.63860
  6. ^ http://www.sinarharian.com.my/misi-terdesak-gila-baby-1.339638
  7. ^ http://thevocket.com/9-filem-terbaik-malaysia-bagi-tahun-2014/
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 2015-08-04.

Pautan luar sunting