Gila Gusti merupakan filem aksi komedi Malaysia 2022. Ia mengisahkan dua peminat gusti yang membantu seorang ahli gusti professional tempatan untuk mencari semula semangat demi menangi semula kejuaraan gusti selepas tewas.[1]

Gila Gusti
PengarahSilver Chung
PenulisAyez Shaukat
Dihasilkan olehAron Koh
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
APAC Wrestling, Lomo Pictures
Tarikh tayangan
17 Mac 2022 (Malaysia, Brunei, Singapore)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Ia ialah filem pertama bertemakan gusti profesional (pro wrestling) di Malaysia. Ia menampilkan ahli gusti professional terkenal di Malaysia iaitu Ayez Shaukat-Fonseka, dan dibintangi oleh Elizabeth Tan, Ayez Shaukat, dan Aisar Khaledd.[2]

Filem ini ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2022 di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Sinopsis sunting

Dua orang sahabat, Mamat dan Zul, obses terhadap gusti dan mengidolakan ahli gusti tempatan terkenal bernama Naga. Apabila Naga tewas dalam perlawanan besarnya dan patah semangat untuk terus bergusti, Mamat dan Zul nekad untuk membantu idola mereka mencari semula semangat yang hilang demi memenangi semua kejuaraan gusti Asia Pasifik. Berjayakah Mamat dan Zul membantu Naga?[3]

Pelakon sunting

Keluaran sunting

Filem ini memaparkan industri gusti profesional (pro wrestling) di Malaysia dan menampilkan adegan sebenar yang dilakukan oleh ahli gusti profesional.[4] Pelakon utama Ayez Shaukat ialah ahli gusti profesional pertama dan terkenal di Malaysia. Dia juga pengasas syarikat gusti Malaysia Pro Wrestling (MyPW) dan APAC Wrestling di Malaysia.

Nor "Phoenix" Diana, ahli gusti profesional berhijab pertama turut berlakon dalam filem. Penggusti lain termasuk The Wonderboy, Gautham Kanakaraj (Gotham), and Poppy Ang.[5]

Sumber rujukan sunting

  1. ^ "Gila Gusti". Myinfotaip. Dicapai pada 2022-03-23.
  2. ^ "Siapa kata gusti 'sukan tipu'?, Berita - BeritaHarian.sg". Berita Harian. 2022-03-18.
  3. ^ "Trailer rasmi Gila Gusti". Youtube.
  4. ^ "Ulasan: Dedah Konflik Politik Licik Dalam 'Gila Gusti'". Getaran. 2022-03-17.
  5. ^ "Nor 'Phoenix' Diana, Undertaker Malaysia antara taruhan filem Gila Gusti". Sinar Harian. 2020-12-30.

Pautan luar sunting

  • Cari lokasi cinema dan waktu tayangan: Malaysia