Gilles De Bilde (lahir 8 Jun 1971) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi penyerang. Beliau telah bermain untuk kelab Eendracht Aalst, Anderlecht, PSV, Sheffield Wednesday, Aston Villa, Lierse dan Willebroek-Meerhof.

Gilles De Bilde
Maklumat peribadi
Nama penuh Gilles De Bilde
Tarikh lahir (1971-06-09) 9 Jun 1971 (umur 52)
Tempat lahir Zellik, Belgium
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–1995 Eendracht Aalst 86 (40)
1995–1997 Anderlecht 46 (22)
1997–1999 PSV 49 (24)
1999–2001 Sheffield Wednesday 59 (13)
2000–2001Aston Villa (pinjaman) 4 (0)
2001–2003 Anderlecht 44 (14)
2003–2004 Lierse 15 (1)
2005–2007 Willebroek-Meerhof ? (?)
Pasukan kebangsaan
1994–2000 Belgium 25 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau telah mengumpul sebanyak 25 kaps untuk Belgium.

Kerjaya kelab sunting

Di Eendracht Aalst, beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik Belgium pada 1994 dan menjaringkan 21 gol dalam 33 perlawanan liga keitka musim 1994-95. Pada satu perlawanan menentang Anderlecht dan Aalst pada Disember 1996, beliau telah menumbuk pemain Krist Porte di muka yang menyebabkan pemaoin tersebut mengalami keretakan hidung dan kecederaan mata. Sebelum ini, De Bilde digantung dua tahun pada 1992 akibat mencederakan dua ahli pengakap dan empat bulan sebelum insiden Porte, beliau telah mencederakan jururawat dan menumbut orang awam di sebuah hospital. Jurulatih Anderlecht, Johan Boskamp mengatakan De Bilde perlu bertemu dengan seorang psikiatis.

Pada Januari 1997, De Bilde berpindah ke kelab PSV Eindhoven dengan harga 3 juta euro. Di PSV, beliau telah menjaringkan 24 gol dalam 49 perlawanan liga. Tujuh gol dalam lapan perlawanan liga ketika separuh kedua musim 1996-97 membantu PSV menjadi juara liga. Beliau berpindah ke Sheffield Wednesday pada Ogos 1999 dan menjaringkan dua gol liga pada musim pertamanya di situ tetapi kelabnya tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.

Pada Oktober 2000, beliau sertai Aston Villa secara pinjaman selama tiga bulan. Beliau membuat empat penampilan liga untuk kelab. Beliau kembali ke Sheffield Wednesday pada Januari 2001 selepas tidak menjaringkan sebarang gol di Aston Villa. Beliau kembali ke Anderlecht pada Julai 2001 secara percuma dan beliau menandatangani kontrak tiga tahun. Dua tahun kemudian, beliau sertai Lierse sebelum beliau menamatkna kerjaya profesionalnya pada musim 2003-04. Beliau bermain untuk pasukan Willebroek-Meerhof pada 2005 dan 2007.

Kerjaya antarabangsa sunting

De Bilde membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belgium pada perlawanan menentang Macedonia pada 16 November 1994, seri 1-1. Beliau terpilih dalam skuad Euro 2000 dihoskan oleh negara tanah airnya, dan negara jiran, Belanda. Beliau bermain pada aksi akhir peringkat kumpulan, tewas 2-0 kepada Turki.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 26 April 1995 Brussels, Belgium   Cyprus 1–0 2–0 Kelayakan Euro 1996
2 15 November 1995 Limassol, Cyprus   Cyprus 1–1 1–1 Kelayakan Euro 1996
3 13 November 1999 Lecce, Itali   Itali 0–1 1–3 Persahabatan

Catatan sunting

  1. ^ "Gilles De Bilde". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-04. Dicapai pada 26 September 2011.

Pautan luar sunting