Giorgio Chiellini

pemain bola sepak Itali

Giorgio Fabricio Chiellini (sebutan bahasa Itali: [ˈdʒordʒo kjelˈliːni]; lahir 14 Ogos 1984) ialah pemain bola sepak profesional Itali yang bermain untuk kelab Los Angeles FC dan pasukan kebangsaan Itali. Dia memulakan kariernya sebagai pertahanan kiri sebelum bermain sebagai pertahanan tengah.[3][4][5]

Giorgio Chiellini
Chiellini bermain untuk Juventus pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Giorgio Chiellini[1]
Tarikh lahir (1984-08-14) 14 Ogos 1984 (umur 39)
Tempat lahir Pisa, Itali
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Los Angeles FC
Nombor 14
Kerjaya remaja
1990–2000 Livorno
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000–2002 Livorno 8 (0)
2002–2004 Roma 0 (0)
2002–2004Livorno (pinjam) 47 (4)
2004–2005 Fiorentina 37 (3)
2005–2022 Juventus 404 (27)
Pasukan kebangsaan
2004–2007 Itali B21 26 (6)
2004– Itali 108 (8)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2021

Dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya untuk Itali pada tahun 2004 dan sejak itu telah membuat lebih daripada 70 penampilan. Dia dipilih ke dalam skuad negara itu untuk Sukan Olimpik 2004, dua Piala Konfederasi FIFA dan tiga Piala Dunia FIFA, membantu Azzurri ke perlawanan akhir UEFA Euro 2012. Bersama Juventus, dia juga telah memenangi empat kejuaraan Serie A berturut-turut diantara tahun 2012 sehingga 2015, serta Coppa Italia dan dua kejuaraan Supercoppa Italiana.

Chiellini dianggap sebagai salah seorang pertahanan terbaik di Eropah:[6] pada tahun 2012, The Guardian menamakannya sebagai salah seorang daripada 50 Pemain Terbaik di Dunia,[7] dan pada tahun 2013 dia disenaraikan di tempat ketujuh sebagai pemain terbaik bermain di Eropah oleh Bloomberg.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-17. Dicapai pada 5 June 2013.
  2. ^ "Giorgio Chiellini - Profile". Confederations Cup Brazil 2013. FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-09. Dicapai pada 21 January 2014.
  3. ^ Luca Curino (30 April 2008). "Chiellini, si parte All'Europeo ci sei" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 22 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Riccardo Zambon (9 February 2011). "Qual è il ruolo di Giorgio Chiellini?" (dalam bahasa Italian). Tutto Juve. Dicapai pada 22 September 2015. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Jacopo Bertone (12 October 2014). "Chiellini, contrasti duri e goal importanti, proprio come Brio…" (dalam bahasa Italian). Sport Cafe 24. Dicapai pada 22 September 2015. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Ten of the Best Defenders in the World". Dicapai pada 17 September 2014.
  7. ^ Federico Pisanu (26 December 2012). "Classifica 100 migliori calciatori del 2012 stilata dal The Guardian" (dalam bahasa Italian). The Guardian. Dicapai pada 15 October 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Messi and Ronaldo joined by Ribery in top three of new list of Europe's top 50 stars". Sky Sports. 12 June 2013. Dicapai pada 14 June 2013.

Pautan luar sunting