Giovanni van Bronckhorst

Giovanni Christiaan van Bronckhorst (lahir 5 Februari 1975 di Rotterdam), dikenali sebagai Gio di Sepanyol, ialah seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan kini menjawat jawatan sebagai pengurus bagi pasukan Rangers F.C.. Beliau pernah berkhidmat selaku kapten pasukan kebangsaan Belanda sehingga persaraannya pada Julai 2010.

Giovanni van Bronckhorst
Maklumat peribadi
Nama penuh Giovanni Christiaan van Bronckhorst
Tarikh lahir (1975-02-05) 5 Februari 1975 (umur 49)
Tempat lahir Rotterdam, Belanda
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pemain tengah / Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Feyenoord (pengurus)
Kerjaya remaja
1981–1982 LMO Rotterdam
1982–1993 Feyenoord
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1993–1998 Feyenoord 103 (22)
1993–1994RKC Waalwijk (pinjaman) 12 (2)
1998–2001 Rangers 73 (13)
2001–2004 Arsenal 42 (2)
2003–2004Barcelona (pinjaman) 34 (1)
2004–2007 Barcelona 71 (4)
2007–2010 Feyenoord 88 (8)
Jumlah 422 (52)
Pasukan kebangsaan
1996–2010 Belanda 107 (6)
Pasukan diurus
2010–2011 Belanda B21 (pembantu pengurus)
2011–2015 Feyenoord (pembantu pengurus)
2015–2019 Feyenoord
2020 Guangzhou R&F
2021– Rangers
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Van Bronckhorst menandatangai kontrak tiga tahun bersama Feyenoord pada Jun 2007, meninggalkan FC Barcelona sebagai ejen bebas. Sebelum menyertai Barcelona, Bronckhorst bermain untuk RKC Waalwijk (1993–94), Feyenoord (1994–98), Rangers (1998–2001), dan Arsenal (2001–03).

Beliau menglibatkan diri dalam lebih 100 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Belanda, termasuk tiga kejohanan Piala Dunia (1998, 2006 dan 2010), dan juga tiga kejohanan Euro (2000, 2004, dan 2008).

Pautan luar

sunting
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Edwin van der Sar
Kapten Belanda
2008-2010
Diikuti oleh:
Mark van Bommel