Gir Atlantik Utara

Gir Atlantik Utara, terletak di Lautan Atlantik, ialah salah satu daripada lima gir lautan utama. Gir ini merupakan sistem membulat arus lautan yang menganjur merentasi Lautan Atlantik Utara dari dekat dengan khatulistiwa hampir hingga Iceland, dan dari pinggir laut timur Amerika Utara ke pinggir laut barat Eropah dan Afrika.

Pandangan arus mengelilingi gir.

Arus yang membentuk Gir Atlantik Utara termasuk Arus Gulf di barat, Arus Atlantik Utara di barat, Arus Canary di timur, dan Arus Khatulistiwa Utara di selatan. Gir ini terutamanya penting untuk peranan pusat yang dimainkan olehnya dalam peredaran termohalin, membawa air masin ke barat dari Laut Mediterranean dan kemudian ke utara untuk membentuk Air Dalam Lautan Atlantik Utara.

Gir ini serupa dengan Gir Pasifik Utara dengan cara pemerangkapan puing laut buatan manusia di Tompok Sampah Atlantik Utara, serupa dengan Tompok Sampah Pasifik Besar di Lautan Pasifik Utara.[1]

Gir Atlantik Utara membentuk Laut Sargasso, dikenali kerana air teduhnya dan longgokan rumpai laut padat.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Lavender Law, Kara (2010). "Plastic accumulation in the north atlantic subtropical gyre". Science. 329 (5996): 1185–8. doi:10.1126/science.1192321. PMID 20724586. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar sunting