Girlfriend Kontrak

Girlfirend Kontrak[1][2] ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2015 arahan Virginia Kennedy terbitan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Risteena Munim dan Keith Foo sebagai pelakon utamanya, filem ini ditayangkan pada 24 September 2015.[3]

Girlfriend Kontrak
PengarahVirgina Kennedy
Dihasilkan olehTengku Iesta Tengku Alaudin
DibintangiRisteena Munim
Keith Foo
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 24 September 2015 (2015-09-24) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Alisa seorang gadis kampung yang meminati kelip-kelip. Alisa ingin menyelamatkan kelip – kelip yang ada daripada di musnahkan oleh syarikat milik seorang jutawan playboy, Umar. Monaki Development Corp Bhd telah mengambil Alisa berkerja dengannya untuk menangani kontroversi projek pembangunan milik Umar.Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.[4]

Alisa harus mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk gangguan dari Farrah (Fara Fauzana) yang mahu menjatuhkannya. Rancangan jahat Farrah turut disertai oleh Zain, bakal abang tiri Umar (Bront Palarae) yang juga berniat untuk merampas kedudukan Umar dalam syarikat. Harith (Azad Jasmin), seorang lelaki metroseksual yang berkerja dengan Umar dan ditugaskan untuk mengubah imej Alisa, daripada gadis kampung, kepada wanita moden dengan personaliti menarik.[5]

Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Pelakon sunting

 
Risteena Munim memegang watak sebagai Alisa dalam filem ini.

Penerbitan sunting

Gilfriend Kontrak diarahkan oleh Virginia Kennedy, pengarah kelahiran Australia yang sudah menetap di Malaysia selama dua dekad. Filem ini pada mulanya menggunakan tajuk Kelip-Kelip Cinta namun ditukar kepada Gilfriend Kontrak.

Keluaran dan sambutan sunting

Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 24 September 2014. Malam Gala filem Girlfriend Kontrak diadakan di Cathay Cineleisure eCurve, Mutiara Damansara dan dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarahnya.

Muzik sunting

"Ku Bersedia"
Single oleh Yuka Kharisma
Dilancarkan pada23 September 2015 (Persembahan secara langsung)
16 Oktober 2015 (Digital)
Dirakamkan pada2015
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang3:51 minit
SyarikatMentari Management
PenulisDewiq
PenerbitGrand Brilliance
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Girlfriend Kontrak mempertaruhkan lagu "Ku Bersedia" sebagai lagu tema filem ini. Lagu nyanyian Yuka Kharisma, seorang penyanyi baharu kelahiran Indonesia, telah digubah oleh komposer Pay Burman serta tulisan lirik oleh Dewiq.

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Ku Bersedia"DewiqYuka Kharisma3:51


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 16 Oktober 2015 Muat turun digital
Penstriman digital
Mentari Managemet

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Azad Jasmin Tercalon
Pelakon Baru Lelaki Terbaik Keith Foo Tercalon
Pelakon Baru Wanita Terbaik Nur Risteena Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "'Girlfriend Kontrak': Malaysia's own version of 'Fifty Shades of Grey'". The Malay Mail Online. 27 Ogos 2015. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  2. ^ Othman, Kemalia (25 September 2015). "'Girlfriend Kontrak' Tiada Babak Intim Seperti 'Fifty Shades Of Grey'". mStar. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  3. ^ Ab Rahman, Farhana (24 September 2015). "Gandingan Keith Foo-Risteena Munim tarikan Girlfriend Kontrak". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  4. ^ http://www.notainfo.com/2015/09/sinopsis-filem-girlfriend-kontrak/
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-22. Dicapai pada 2016-06-27.
  6. ^ Suara.TV (27 September 2015). "Kerana 'Girlfriend Kontrak' Nur Risteena Sanggup Jatuh Atas Tahi Lembu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-09. Dicapai pada 27 Jun 2016.

Pautan luar sunting