Giroskop (daripada istilah bahasa Yunani Purba γῦρος gûros, "bulatan" dan σκοπέω skopéō, "melihat") atau gegasing ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengukur atau mengekalkan orientasi dan halaju sudut.[1][2] Ia terdiri daripada roda atau cakera yang berputar di mana paksi putarannya bebas berada di mana-mana kedudukan dengan sendirinya. Apabila giroskop ini berpusing, kedudukan paksi tidak terjejas daripada condongan mahupun pusingan tapak berdirinya sepertimana menurut keabadian momentum sudut.

Sebuah giroskop yang sedang berputar sambil ketiga-tiga paksi di luarnya bebas berpusing, di mana paksi pusingan rotor tetap tidak berubah.

RujukanSunting

  1. ^ "Gyroscope". Oxford Dictionaries. Diarkib daripada yang asal pada 5 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mei 2015. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ Kabai, Sándor. "Gyroscope". Wolfram Demonstrations Project. Diarkib daripada yang asal pada 30 April 2008.