Giselle Jeanne-Marie Laronde-West (lahir 24 Oktober 1963) ialah seorang model dan ratu kecantikan Trinidad dan Tobago yang memenangi pertandingan kecantikan Miss World 1986. Giselle Laronde West menjadi wanita Trinidad dan Tobago pertama yang memenangi Miss World sepanjang sejarah, pada usia 23 tahun. Beliau menjadi wanita kedua dari negara tersebut yang memenangi pertandingan kecantikan antarabangsa, selepas Janelle Commissiong yang berjaya menjadi Miss Universe 1977. Pertandingan ini diadakan di London, England.[3]

Giselle Laronde
Kelahiran
Giselle Jeanne-Marie Laronde

(1963-10-24) 24 Oktober 1963 (umur 60)
Nama lainGiselle Laronde-West
Giselle Laronde
Ketinggian1.65 m (5 ka 5 in)[1]
PangkatMiss Trinidad & Tobago World 1986
Miss World 1986
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutHitam
Warna mataCoklat[2]
Pertandingan
utama
Miss Trinidad & Tobago World 1986
(Pemenang)
Miss World 1986
(Pemenang)
(Miss World Americas)

Kehidupan selepas Miss World sunting

Setelah memenangi Miss World beliau menggunakan wang hadiah untuk belajar di Kolej Goldsmith, Universiti London[4] di mana beliau melengkapkan ijazah dalam bidang sosiologi dan Komunikasi. Laronde-West dianugerahkan Chaconia Medal dan memiliki sebuah pesawat BWIA yang dinamakan sempena beliau. Beliau berkahwin dengan Heathcliff West dan dikurniakan dua anak lelaki, Kye West dan Kristof yang sebelum ini belajar di Fatima College. Beliau terus tinggal di tanah airnya Trinidad & Tobago di mana beliau menjadi Pengurus Komunikasi Korporat di Angostura Ltd.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "New Miss World is Caribbean Island Beauty". The Schenectady Gazette. Schenectady, New York. Associated Press. November 14, 1986. Dicapai pada 2010-09-16.
  2. ^ "Trinidadian wins Miss World crown". The Day. New London, Connecticut. Associated Press. November 14, 1986. Dicapai pada 2010-09-16.
  3. ^ "Miss World History". missworld.com. Dicapai pada 28 October 2010.
  4. ^ http://www.jamaquemagazine.com/featured/28-portraits-of-beauty/68-giselle-laronde
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
  Hólmfríður Karlsdóttir
Miss World
1986
Diikuti oleh:
  Ulla Weigerstorfer
Didahului oleh
  Brenda Denton
Miss World Americas
1986
Diikuti oleh:
  Albany Lozada
Didahului oleh
Ulrica Christina Phillip
Miss Trinidad & Tobago World
1986
Diikuti oleh:
Maria del Valle Xavier