Gitar keluli

jenis gitar atau kaedah bermain alat muzik

Gitar keluli atau gitar Hawaii (bahasa Inggeris: steel guitar atau Hawaiian guitar; Hawaii: kīkākila[1]) ialah sejenis gitar dipetik talinya sambil diseretkan menggunakan kepingan besi waja khas (steel bar), bunyi yang terhasil menonjol kedengaran beralih dari satu nada ke satu nada lain seakan menyerupai bunyi nyanyian manusia. Ia dikembangkan di Kepulauan Hawaii.

Gitar keluli
Sebuah gitar keluli elektrik
Sebuah gitar keluli elektrik
Sebuah gitar keluli elektrik
tali gitar
Nama lainsteel guitar, Hawaiian guitar, kīkākila, dobro
PengelasanInstrumen tali, memetik rata or pemetik jari
Pengelasan Hornbostel-Sachs
(Komposit kordofon)
PenciptaDipopularkan oleh Joseph Kekuku
Dibangunkan1890
Lingkungan dimain

Pembolehubah

Alat ini turut dikembangkan ke dalam muzik country.

Ciri sunting

 
Steel bar digunakan dalam mengolah bunyi dipetik pada tali gitar.

Sejarah sunting

Alat gitar (Hawaii: kīkā) diperkenalkan ke kepulauan Hawaii pada lewat abad ke-19 oleh para kelasi Eropah dan penggembala lembu berkuda Mexico yang dibawa untuk menjaga ladang-ladang lembu milik kerajaan pulau tersebut.[2][3] Para penduduk Hawaii mengadaptasi gitar ini dengan menala semua tali-tali gitar pada suatu akord major (open tuning)[4] lalu bunyi utama dihasilkan boleh diolah menggunakan suatu batang besi keluli licin.

Alat muzik ini menjadi terkenal di Amerika Syarikat dengan bertambahnya minat warga Amerika Syarikat terhadap budaya dan adat Hawaii selepas ia dilhak masuk sebagai negeri terbaharunya.[5] Pemuzik kelahiran Oahu bernama Joseph Kekuku yang memahirkan diri memainkan alat ini serta memasyhurkan ia dalam jelajahnya serata Amerika Syarikat.[6] Suatu pementasan Broadway bertajuk "Bird of Paradise" tahun 1912 turut menampilkan muzik gubahan sebegini menjadi dikenali serata negara itu dan Eropah.[7][8]

Rujukan sunting

  1. ^ Poli`ahu, Leilani (13 Jun 2019). "Hawaiian Word of the Day". Hawaiian Public Radio.
  2. ^ Ross, Michael (17 Februari 2015). "Pedal to the Metal: A Short History of the Pedal Steel Guitar". Premier Guitar Magazine. Dicapai pada 1 September 2017.
  3. ^ Fox, Margalit (5 Mac 2008). "Ray Kane, Master of Slack-Key Guitar, Dies at 82". The New York Times. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  4. ^ Chapell, Jon. "Tuning for Slide Guitar: Standard or Open?". dummies.com. John Wiley & Sons. Dicapai pada October 18, 2017.
  5. ^ Wright, Michael (28 November 2018). "Island Style: How Hawaiian Music Helped Make the Guitar America's Instrument". acousticguitar.com. Acoustic Guitar Magazine. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  6. ^ "History of the Hawaiian Steel Guitar". Hawaiian Steel Guitar Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2010. Dicapai pada 21 Mei 2010.
  7. ^ Ruymar, Lorene (1996). The Hawaiian Steel Guitar and Its Great Hawaiian Musicians. Centerstream Publications. m/s. 31. ISBN 9781574240214.
  8. ^ "Bird of Paradise Brought Hawaiian Music Fad East". The Washington Herald (4188). April 14, 1918. m/s. 1. Dicapai pada December 9, 2017.