Buka menu utama

Giuseppe Favalli (lahir 8 Januari 1972 di Orzinuovi, Wilayah Brescia) merupakan pemain bola sepak Itali yang bermain di posisi pertahanan. Ketika ini beliau bermain bersama kelab A.C. Milan di Serie A.

Giuseppe Favalli
Maklumat peribadi
Nama penuhGiuseppe Favalli
Tarikh lahir (1972-01-08) 8 Januari 1972 (umur 47)
Tempat lahirOrzinuovi, Itali
Ketinggian1.82 m
Posisi permainanBek kiri / Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniA.C. Milan
Nombor19
Kerjaya remaja
1987–1988Cremonese
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1988–1992
1992–2004
2004–2006
2006–
Cremonese
Lazio
Internazionale
A.C. Milan
094 (3)
298 (4)
049 (0)
041 (2)
Pasukan kebangsaan
1989
1989–1994
1994–2004
Itali U18
Itali U21
Itali
009 (1)
0024 (2)
008 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 11 Mei, 2008 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga Oktober 2004

Beliau memulakan kareer beliau di Serie B bersama Cremonese, di mana prestasi hebatnya membolehkan beliau menyertai Lazio pada musim panas 1992. Beliau kemudian menjadi kapten pasukan dan merupakan pemain kesayangan penyokong Lazio. Beliau kemudian berpindah ke Inter Milan pada musim panas 2004. Walau bagaimanapun, beliau tidak mampu mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama dan kehadiran Fabio Grosso selepas Piala Dunia bermakna beliau tidak lagi diperlukan oleh Inter dan disebabkan itu, kontrak beliau tidak diperbaharui untuk musim 2006-07. Beliau kemudiannya diambil oleh A.C. Milan dengan perpindahan percuma, namun sekali lagi, dengan pemain hebat seperti Kakha Kaladze dan Paolo Maldini bermain sebagai bek kiri, beliau menghabiskan musim lebih banyak di bangku simpanan. Dalam final Liga Juara-Juara UEFA 2006-07, beliau membuat kemunculan sebagai pemain simpanan di penghujung perlawanan di mana Milan berjaya memenangi Piala Eropah mereka yang ketujuh dengan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool FC.

Beliau diberi nama timangan Favallinho oleh penyokong Milan selepas beliau menjaringkan dua golnya di Serie A musim 2006-07 dalam kemenangan berturut-turut ke atas Empoli dan Messina pada April 2007.

KejayaanSunting

Pautan luarSunting