Gladiator (Bahasa Latin: gladiatōrēs, "ahli pedang" atau "orang yang menggunakan pedang", dari perkataan gladius "pedang") adalah pahlawan profesional pada masa Rom Purba yang saling bertarung sesama mereka, binatang buas dan penjahat-penjahat yang dihukum untuk tujuan menghibur khalayak ramai yang menonton; pertarungan ini kadang-kala berakhir dengan kematian.

Gambaran gladiator dalam pertarungan, Pollice verso (1872) karya Jean-Léon Gérôme.

Pertarungan ini bertempat di arena yang terdapat di banyak kota ketika zaman Republik Rom dan Empayar Rom. Acara-acara ini dilangsungkan selama berabad-abad hampir satu alaf sebelum ia berkurangan setelah Agama Kristian dijadikan anutan rasmi Empayar semasa zaman Maharaja Theodosius I pada 380 Masihi.

Peranan sunting

Perlawanan-perlawanan ini memberi peluang kepada para penaja mengiklankan khidmat diri serta para petarung laihan mereka dengan kos yang relatif murah.[1]

Kemasyhuran pertarungan sebegini juga dimanfaatkan sebagai penarik khalayak; seseorang baik yang mendapatkan tampuk kekuasaan atau mahu kekal di dalam lingkungan ini misalnya akan menaja pertarungan khas untuk mendapatkan sokongan orang kebanyakan dan para pegawai kerajaan lain, di mana undian sokongan barangkali akan terjamin jika acara yang diadakannya dilihat meriah dan berjaya.[2]

Keterlibatan wanita sunting

Kaum wanita turut diberi peluang bertarung (dengan gelaran gladiatrix) di mana mereka yang dipilih menjalani pelatihan dan displin kerjaya sama seperti lelaki[3][4] dengan pendekatan lebih bersesuaian kepada ketahanan badan umum mereka.[5] Keadaan mereka juga umumnya dalam kelas yang bawahan sepertimana gladiator lelaki.[6]

Persediaan sunting

Latihan sunting

Para petarung akan melakukan perlawanan olok-olok memanaskan diri sebelum perlawanan sebenar menggunakan alat tumpul. (ada juga perlawanan sebenar yang mengehadkan kepada senjata tumpul sahaja selama dilangsungkan).[7]

Kelengkapan (probatio armorum) sunting

Senjata-senjata yang hendak dipakai para petarung akan diperiksa baik editor, wakilnya atau seorang tetamu kehormat.[8] Senjata-senjata disebut ini boleh berhias sebagai bahan bertarikan menggunakan bulu pelepah atau logam dan batu berharga.

Acara utama sunting

Permulaan sunting

Suatu perarakan (pompa) mula dilangsungkan di mana para peserta dibawa masuk mengikut turutan berikut:[9]

  • seorang lictor membawa suatu kapak seikat melambangkan kekuasaan menentukan hidup mati para petarung,
  • sebarisan peniup terompet memainkan lagu acara,
  • seberapa orang memegang gambar dewa-dewi yang dijadikan saksi pertarungan,
  • seorang jurutulis yang mencatatkan butiran perlawanan,
  • seorang pembawa pelepah kelapa sebagai barangan petarung yang menang.
  • Pegawai (editor) dan pembawa senjata;
  • para gladiator yang terlibat.

Ia lazim dimulakan dengan pemburuan (venationes) atau perlawanan (bestiarii) haiwan-haiwan liar yang ditangkap dan dibawa khusus untuk sesi ini.[10]

Acara seterusnya adalah ludi meridiani, yang utamanya melibatkan pembunuhan orang yang disabitkan dengan jenayah (noxii) yang dilakukan sebagai lakonan semula penceritaan tertentu dari mitos-mitos Romawi dan Yunani[11] melibatkan para gladiator sendiri.[12]

Perlawanan sunting

Pertarungan yang dilangsungkan dikira bertahan dari antara 10 hingga 15 minit sehingga 20 minit paling maksimum.[13]

Pengadilan sunting

Seseorang gladiator boleh mengisyaratkan kekalahan diri kepada pengadil dengan jari telunjuk (ad digitum) agar pengadil dapat menghentikan perlawanan dan merujuk kepada si editor. Editor tersebut pula akan membuat pertimbangan berdasarkan respons daripada pendapat para penonton[14] sebelum membuat kata putusnya dengan suatu isyarat ibu jari atau pollice verso.

Rujukan sunting

  1. ^ Mouritsen 2001, halaman 97; Coleman 1990, halaman 50.
  2. ^ Kyle 2007, halaman 287; Mouritsen 2001, halaman 32, 109–111. Approximately 12% of Rome's adult male population could actually vote; but these were the wealthiest and most influential among ordinary citizens, well worth cultivation by any politician.
  3. ^ harvp & Brunet (2014), m/s. 484
  4. ^ Potter 2010, halaman 408
  5. ^ Meijer (2005), m/s. 77
  6. ^ Futrell 2006, halaman 153–156.
  7. ^ Carter 2004, halaman 43, 46–49. In the Eastern provinces of the later Empire the state archiereis combined the roles of editor, Imperial cult priest and lanista, giving gladiatoria munera in which the use of sharp weapons seems an exceptional honour.
  8. ^ Marcus Aurelius encouraged the use of blunted weapons: see Cassius Dio's Roman History, 71.29.4.
  9. ^ Futrell 2006, halaman 85. See pompa circensis for the similar procession before games were held in the circus.
  10. ^ Sometimes beasts were simply exhibited, and left unharmed; see Futrell 2006, halaman 88.
  11. ^ Futrell 2006, halaman 91.
  12. ^ Futrell 2006, halaman 94–95. Futrell is citing Seneca's On Providence, 3.4.
  13. ^ Potter & Mattingly 1999, halaman 313
  14. ^ Futrell 2006, halaman 101
Sumber utama
  • Brunet, Stephen (2014). "Women with swords: female gladiators in the Roman world". Dalam Paul Christesen; Donald G. Kyle (penyunting). A Companion to Sport and Spectacle in Greek and Roman Antiquity. Chichester, West Sussex: Wiley Blackwell. m/s. 478–491. doi:10.1002/9781118609965. ISBN 9781444339529.
  • Carter, Michael (2004). "Archiereis and Asiarchs: A Gladiatorial Perspective" (PDF). Greek, Roman and Byzantine Studies. 44: 41–68. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 February 2009.
  • Futrell, Alison (2006). A Sourcebook on the Roman Games. Oxford, United Kingdom: Blackwell Publishing. ISBN 1-4051-1568-8.
  • Kyle, Donald G. (2007). Sport and Spectacle in the Ancient World. Oxford, United Kingdom: Blackwell Publishing. ISBN 978-0-631-22970-4.
  • Mouritsen, Henrik (2001). Plebs and Politics in the Late Roman Republic. Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 0-521-79100-6.
  • Potter, David Stone; Mattingly, D. J. (1999). Life, Death, and Entertainment in the Roman Empire. Ann Arbor, Michigan: University of Michigan Press. ISBN 0-472-10924-3.

Pautan luar sunting

  • "Gladiators". Archaeology. Archaeological Institute of America. 2007. Dicapai pada 7 March 2011.