Glaukoma pada anjing merujuk sekumpulan penyakit yang menjejaskan saraf optik dan melibatkan kehilangan sel ganglion retina dalam corak berciri. Tekanan intraokular tertingkat ialah faktor risiko ketara untuk glaukoma berkembang (di atas 22 mmHg atau 2.9 kPa). Glaukoma tidak terawat pada anjing membawa kepada kerosakan kekal bagi saraf optik dan kehilangan medan penglihatan ikutan, yang boleh berprogres menjadi kebutaan.

Pandangan keratan rentas mata manusia. NIH Institut Mata Negara.

Glaukoma anjing boleh dibahagikan dengan kasar kepada dua kategori utama, glaukoma primer atau sekunder. Pada anjing, kebanyakan bentuk glaukoma primer disebabkan oleh sudut penurasan runtuh, atau glaukoma sudut tertutup.

Tanda klinikal sunting

 
Anjing dengan mata kanan tersembul dan berawan.

Glaukoma anjing kerap terjadi tanpa disedari sehingga memasuki keadaan lebih teruk. Jarang-jarang ada sebarang gejala pada peringkat awal penyakit ini, lalu pemeriksaan mata nalar oleh pakar profesional veterinar berkelayakan adalah penting. Anjing kadang-kadang akan menggosok matanya sekiranya sakit. Mata yang terjejas dengan glaukoma boleh memerah, membengkak, menjadi kudis, atau berpenampilan kabus.

Baka cenderung sunting

Baka tertentu cenderung untuk menghidap glaukoma. Glaukoma primer paling biasa dihidapi oleh anjing pada umur 3–7 tahun tetapi boleh berlaku pada mana-mana umur. Penyakit ini paling kerap terlihat pada cocker spaniel, kebanyakan baka terier, baka utara seperti husky Siberia, pudel, beagle, chow-chow, terier Jack Russell, anjing pemburu basset dan anjing Dalmatia. Walau bagaimanapun, glaukoma primer telah dikenal pasti pada hampir setiap baka anjing.

Diagnosis sunting

Doktor haiwan menggunakan tidak kaedah umum: (1) tonometri, (2) gonioskopi, dan (3) oftalmoskopi. Tonometri mengukur IOP dengan sebuah alat. IOP normal pada anjing boleh berjulat pada antara 12 dengan 25 mm Hg dan kedua-dua biji mata patut bertekanan serupa. Gonioscopi ialah tatacara diagnosis untuk memeriksa sudut kebuk hadapan. Oftalmoskopi terus dan tidak terus diperlukan untuk menilai retina dan terutamanya saraf optik.

Pembedahan sunting

Rawatan untuk glaukoma anjing mempunyai beberapa pilihan, dengan pembedahan kerap merupakan yang paling berkesan untuk pengurusan jangka panjang.

Pembedahan laser sunting

Pembedahan laser kerap dijalankan untuk menghapuskan tisu, jasad silium, secara terpilih dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran bendalir akueus. Pembedahan laser juga boleh bergabung dengan peletakan pirau.

Penyahnukleusan sunting

Bola mata dikeluarkan semasa tatacara ini, kerap disimpan untuk pesakit dengan glaukoma peringkat akhir.

Eviserasi dan penempelan intraokular sunting

Kandungan dalaman mata dikeluarkan dan digantikan dengan tempelan. Bahagian luar mata kekal.

Pirau Intraokular Spesifik Kanin: TR-ClarifEYE sunting

TR-ClarifEYE ialah tempelan baharu diperbuat daripada biobahan baharu, STAR BioMaterial, yang terdiri daripada silikone dengan saiz liang homogenus yang sangat persis, ciri yang mengurangkan fibrosis dan memperbaik penyepaduan tisu. Tempelan tidak mengandungi injap dan ditempatkan sepenuhnya di dalam mata tanpa sutur. Sehingga kini, ini telah menunjukkan kejayaan jangka panjang (> 1yr) dalam kajian perintis pada anjing refraktori dalam perubatan denan glaukoma lanjut.[1]

Pirau berinjap sunting

Ada juga beberapa tempelan saliran glaukoma berbeza. Ini termasuk tempelan Molteno asli (1966), pirau tibu Baerveldt, atau tempelan berinjap, seperti tempelan injap glaukoma Ahmed atau Pirau Mini ExPress dan tempelan Molteno permatang tekanan generasi kemudian. Ini ditunjukkan untuk pesakit glaukoma yang tidak bergerak balas terhadap terapi perubatan maksimum, dengan pembedahan penurasan terawas gagal yang sebelumnya (trabekulektomi). Tiub aliran dimasukkan ke dalam kebuk hadapan mata dan plat ditempel di bawah konjunktiva untuk membolehkan aliran bendalir akueus keluar dari mata ke dalam kebuk yang dipanggil bleb.

  • Tempelan Molteno generasi pertama dan tempelan tidak berinjap lain kadang-kadang memerlukan ligasi tiub sehingga bleb yang terbentuk berfibrosis dengan sederhana dan kedap air[2] Ini dilakukan untuk mengurangkan hipotoni pascapembedahan—penurunan tiba-tiba bagi tekanan intraokular pascapembedahan (IOP).
  • Tempelan berinjap seperti injap glaukoma Ahmed mencuba untuk mengawal hipotoni pascapembedahan dengan menggunakan injap mekanikal.

Pemarutan berterusan pada bahagian pelesapan konjuktiva bagi pirau boleh boleh menjadi terlalu tebal untuk humor akueus menuras melaluinya. Ini mungkin memerlukan tindakan pencegahan menggunakan ubat antifibrosis seperti 5-fluorourasil (5-FU) atau mitomisin-C (semasa tatacara), atau pembedahan tambahan. Untuk mata buta sakit glaukoma dan sesetengah kes glaukoma, siklokrioterapi untuk ablasi jasad silium boleh dipertimbangkan untuk dilakukan for ciliary body ablation could be considered to be performed.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Roberts S, Woods C. Effects of a novel porous implant in refractory glaucomatous dogs. ACVO abstract 2008, Boston, Massachusetts.
  2. ^ Molteno AC, Polkinghorne PJ, Bowbyes JA (November 1986). "The vicryl tie technique for inserting a draining implant in the treatment of secondary glaucoma". Aust N Z J Ophthalmol. 14 (4): 343–54. doi:10.1111/j.1442-9071.1986.tb00470.x. PMID 3814422.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Pardianto G; dll. (2006). "Some difficulties on Glaucoma". Mimbar Ilmiah Oftalmologi Indonesia. 3: 49–50. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)

Pautan luar sunting

  • [1] Tapak Web TR BioSurgical, LLC.
  • [2] Tapak Web Pet Glaucoma.

Templat:Patologi mata