Stesen LRT CGC-Glenmarie

(Dilencongkan dari Glenmarie)

Stesen LRT Glenmarie (atau Stesen LRT CGC-Glenmarie atas sebab penajaan)[1] adalah stesen LRT di Kelana Jaya, Selangor. Bagunan stesen LRT Laluan Kelana Jaya dibuka dan mula berkhidmat 30 Jun 2016 sebahagian daripada penyambungan jajaran Laluan Kelana Jaya ke Putra Heights, Selangor.[2] Bangunan stesen LRT Laluan Bandar Utama-Klang dijangka dibuka pada Februari 2024 yang kini masih dalam pembinaan.[3]

CGC-Glenmarie Rapid KL
Stesen CGC-Glenmarie dari Jalan Lapangan Terbang.
LokasiStesen Glenmarie, Jalan Lapangan Terbang Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°5′46″N 101°35′25″E / 3.09611°N 101.59028°E / 3.09611; 101.59028Koordinat: 3°5′46″N 101°35′25″E / 3.09611°N 101.59028°E / 3.09611; 101.59028
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
11 Laluan Shah Alam (dibuka tahun 2024)
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T774
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan569 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ27 
Sejarah
Dibuka5 30 Jun 2016
Akan dibuka11 2024
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
  Perkhidmatan masa depan  
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Bandar Utama
Laluan BUK
(Mula 2024)
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Setiap laluan yang berkhidmat di stesen ini mempunyai bagunan stesen sendiri yang akan disambungkan melalui laluan pejalan kaki berbayar. Pada tahun 2024, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi Laluan Bandar Utama-Klang dan Laluan Kelana Jaya.[4]

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Bagunan stesen LRT terletak di atas Jalan Lapangan Terbang Subang, Kelana Jaya, Selangor. Stesen ini juga terletak kira-kira 1km daripada Persimpangan Subang   Lebuhraya NKVE. Terletak berhampiran stesen ini adalah Wisma Amfirst, Plaza Glomac, Kelana Business Center, Accentra Glenmarie, bagunan CGC Malaysia, Lincoln University College dan Stadium MBPJ.

Pelan stesen (Laluan Kelana Jaya) sunting

L2
Platform KJ
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Subang Jaya)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Ara Damansara)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki merentasi Jalan Lapangan Terbang Subang  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kereta, Kelana Business Center, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian 

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 569 petak parkir kereta[5] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[6]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan T774 berkhidmat di stesen ini.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ ACTIONLINE (1 Mei 2017). "Glenmarie LRT station is now CGC-Glenmarie". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  3. ^ Emmanuel Santa Maria Chin (22 Feb 2019). "LRT3 now set for 2024 completion". malaymail. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  4. ^ "Eyeing 2024 to wrap it up" (dalam bahasa Inggeris). 13 Feb 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  5. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  6. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.