Gliserida atau lebih tepat dikenali sebagai asilgliserol merupakan ester yang dibentuk daripada gliserol dan asid lemak.[1] Ia mempunyai tiga kumpulan berfungsi hidroksil yang boleh diesterkan dengan satu, dua atau tiga asid lemak untuk membentuk monogliserida (monoasilgliserol), digliserida (diasilgliserol) dan trigliserida (triasilgliserol).

Membran sel kesemua organisme kecuali arkea mengandungi gliserida yang dihasilkan daripada dua asid lemak dan satu kumpulan fosfat yang dikenali sebagai fosfogliserida.[2]

Galeri (jenis-jenis gliserida) sunting

  Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Rujukan sunting

  1. ^ Beth Richards (16 Ogos 2013). "High Cholesterol and Glycerides Effects on Body" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Mac 2014.
  2. ^ "glyceride" (dalam bahasa Inggeris). TalkTalk. Dicapai pada 23 Mac 2014.