Glockenspiel [ˈɡlɔkənˌʃpiːl, glo-kĕn-sypil] ialah sebuah alat perkusi yang terdiri daripada set kepingan berpic yang diatur seperti papan kekunci piano..[1]

Glockenspiel
Glockenspiel
Glockenspiel
Glockenspiel
Alat perkusi
PengelasanAlat perkusi
Lingkungan dimain

F5 hingga C8

Glockenspiel mengkhusus kepada pic tinggi, dan biasanya merangkumi 2.5 hingga 3 oktaf, tetapi juga boleh mencapai 3.5 oktaf. Apabila digunakan dalam kumpulan pancaragam atau tentera, tiangnya kadang-kadang diletakkan dalam bekas mudah alih dan dipegang secara menegak, kadang-kadang dalam bingkai berbentuk lyre. Sepasang pemukul keras yang tidak dilipat lazimnya berserta kepala pemukulnya diperbuat daripada plastik atau logam digunakan untuk memukul tiangnya, namun kepala pemukul juga boleh diperbuat daripada getah. Glockenspiel agak terkenal dan muncul dalam hampir semua genre muzik. Alat muzik lain yang berfungsi dengan cara pemukulan sama seperti glockenspiel termasuk marimba dan vibrafon. Di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada, terdapat sejenis glockenspiel yang dipanggil lyra-glockenspiel.

Rujukan sunting

  1. ^ George Grove (ed.), A Dictionary of Music and Musicians, 4 vols. (London: Macmillan and Co., 1878–1889).[tiada dalam ayat yang diberikan]