Gnomeo & Juliet ialah filem romantik komedi animasi 3D British-Amerika Syarikat 2011 berdasarkan karya William Shakespeare Romeo dan Juliet. Dibiayai oleh Disney[6] dan dikeluarkan melalui banner Touchstone Pictures,[7] filem ini secara bebas dihasilkan oleh Rocket Pictures dan dianimasi oleh Starz Animation.[6] Ia diarahkan oleh Kelly Asbury dan dua watak utama disuarai oleh James McAvoy dan Emily Blunt. Filem ini dibuka di El Capitan Theatre, Hollywood pada 23 Januari 2011. Ia ditayangkan di teater di United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 11 Februari 2011[2][8] oleh Entertainment One Films[3] dan Walt Disney Studios Motion Pictures[1]. Walaupun mendapat ulasan bercampur, filem ini mengutip $194 juta berbanding bajet $36 juta dan sekuel bertajuk Gnomeo and Juliet: Sherlock Gnomes sedang dikeluarkan di bawah bimbingan John Stevenson.

Gnomeo & Juliet
PengarahKelly Asbury
Lakon layarJohn R. Smith
Rob Sprackling (asal)
Kelly Asbury
Mark Burton
Andy Riley
Kevin Cecil
Emily Cook
Kathy Greenberg
Steve Hamilton Shaw
Cerita olehKelly Asbury
John R. Smith
Rob Sprackling
Andy Riley
Kevin Cecil
Steve Hamilton Shaw
BerdasarkanRomeo dan Juliet oleh
William Shakespeare
Dihasilkan olehBaker Bloodworth
David Furnish
Steve Hamilton Shaw
DibintangiJames McAvoy
Emily Blunt
Michael Caine
Maggie Smith
Jason Statham
Jim Cummings
Patrick Stewart
Ashley Jensen
Stephen Merchant
Matt Lucas
Ozzy Osbourne
Disunting olehCatherine Apple
Muzik olehElton John
Chris P. Bacon
James Newton Howard
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehEntertainment One Films[2][3]
(United Kingdom)
Walt Disney Studios
Motion Pictures
[1]
(Amerika Syarikat)
Tarikh tayangan
  • 23 Januari 2011 (2011-01-23) (tayangan perdana Hollywood)
  • 11 Februari 2011 (2011-February-11) (United Kingdom)
Masa tayangan
84 minit[2]
NegaraUnited Kingdom[1]
Amerika Syarikat[1]
BahasaEnglish
Bajet$36 juta[4]
Pecah panggung$194 juta[5]

Plot sunting

Dua orang jiran, Miss. Montague dan Mr. Capulet selalu bertengkar. Apabila mereka keluar dari taman halaman rumah masing-masing, patung-patung kecil di kedua-dua taman rumah mereka (gnomes) serta benda-benda lain yang terdapat di situ menjadi bernyawa. Kumpulan gnome Miss Montage berpakaian serba biru manakala kumpulan gnome taman Mr. Capulet berpakaian warna merah. Sama seperti tuan mereka, kedua-dua kumpulan gnome ni juga tidak menyukai antara satu sama lain. Kumpulan gnome biru dipimpin oleh Lady Bluebury manakala kumpulan gnome merah diketuai Lord Redbrick.

Anak lelaki Lady Bluebury, Gnomeo jatuh cinta kepada anak perempuan Lord Redbrick, Juliet. Kerana puak mereka saling bermusuhan, Gnomeo dan Juliet mereka merahsiakan perhubungan mereka. Setelah hubungan mereka terbongkar, Lord Redbrick cuba menjodohkan Juliet dengan gnome merah yang bernama Paris namun ditolak oleh Juliet. Sementara itu, perseteruan antara kumpulan merah dan biru semakin hangat dan mereka mula menyerang serta merosakkan taman pihak lawan.

Pelakon suara sunting

Penerimaan sunting

Gnomeo & Juliet menerima ulasan bercampur; Rotten Tomatoes melaporkan 55% pengkritik profesional memberikan ulasan postif berdasarkan 117 ulasan dengan purata rating 5.6/10.[9] Metacritic memberi filem ini rating 53% berdasarkan 28 ulasan.[10]

Gnomeo and Juliet mengutip $99,967,670 di Amerika Utara dan $94,000,000 di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $193,967,670.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "Gnomeo & Juliet (2011)". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-30. Dicapai pada 28 September 2015.
  2. ^ a b c "Gnomeo & Juliet (2D)". British Board of Film Classification. Dicapai pada 27 May 2014. 83m 45s
  3. ^ a b Vlessing, Etan (23 May 2011). "Film and TV Focus Lifts Entertainment One Profits". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 28 September 2015. Among Entertainment One’s movie releases was Gnomeo & Juliet 3D released in Canada and Britain,...
  4. ^ "Screened Forums - Gnomeo and Juliet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-12. Dicapai pada 2014-03-12.
  5. ^ a b "Gnomeo and Juliet". Box Office Mojo. Amazon.com. Dicapai pada 6 April 2011.
  6. ^ a b Desowitz, Bill (11 February 2011). "Cultivating 'Gnomeo & Juliet'". Animated World Network. Dicapai pada 29 September 2015.
  7. ^ Day, Patrick Kevin (11 February 2011). "Critical Mass: 'Gnomeo & Juliet'". Los Angeles Times. Dicapai pada 29 September 2015.
  8. ^ "A dazzling Emily Blunt has the white stuff at the Hollywood premiere of Gnomeo and Juliet". Daily Mail Online. 24 January 2011. Dicapai pada 29 September 2015.
  9. ^ "Gnomeo and Juliet Movie Reviews, Pictures". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 12 February 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ "Gnomeo and Juliet Reviews, Ratings, Credits, and More at Metacritic". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada 12 February 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar sunting