God Bless Fiji atau Meda Dau Doka (Tuhan Restui Fiji) adalah lagu kebangsaan Fiji. Melodinya disesuaikan dari sebuah mazmur ciptaan Charles Austin Miles yang bertajuk "Dwelling in Beulah Land" (Tinggal di Tanah Beulah). Lirik dan muzik digubah oleh Michael Francis Alexander Prescott dan diterima semasa kemerdekaan pada 1970.

Lirik bahasa Inggeris dan Fiji bukan terjemahan di antara satu sama lain.


Lirik sunting

Bahasa Melayu

Rahmat, ya Tuhan, kurniakan ke atas kepulauan Fiji
Saat kami bersatu di bawah bendera biru
Saat kami hormati dan pertahan kebebasan selamanya
Saat maju bersama; Tuhan, berkati Fiji.

BARIS ULANG:
Untuk Fiji, selamanya Fiji, suara bergema bangga
Untuk Fiji, selamanya Fiji, namanya disanjung dunia,
Tanah yang merdeka, berharapan dan bangga
akan utuh walau apa menimpa
Tuhan, rahmati Fiji - selamanya!
Bahasa Fiji (asal)

Meda dau doka ka vinakata na vanua
E ra sa dau tiko kina na savasava
Rawa tu na gauna ni sautu na veilomani
Biu na i tovo tawa savasava

CHORUS:
Me bula ga ko Viti
Ka me toro ga ki liu
Me ra turaga vinaka ko ira na i liuliu
Me ra liutaki na tamata
E na veika vinaka
Me oti kina na i tovo ca


Bahasa Inggeris sunting

Blessing grant oh God of nations on the isles of Fiji
As we stand united under noble banner blue
And we honour and defend the cause of freedom ever
Onward march together
God bless Fiji.

Chorus: For Fiji, ever Fiji, let our voices ring with pride For Fiji, ever Fiji, her name hail far and wide, A land of freedom, hope and glory, to endure what ever befall May God bless Fiji, forever more!