God Defend New Zealand

God Defend New Zealand (Terjemahan: Tuhan pertahankan New Zealand) merupakan salah satu lagu kebangsaan New Zealand berserta God Save the Queen. Lagu ini juga digunakan di Kepulauan Cook.

God Defend New Zealand

Kebangsaan anthem New Zealand
LirikThomas Bracken, 1870s
MuzikJohn Joseph Woods, 1876
Diguna pakai1940 (him kebangsaan)
1977 (lagu kebangsaan)
Sampel audio
God Defend New Zealand (instrumental)

Lirik lagu ini pada asalnya ialah sebuah puisi ciptaan Thomas Bracken yang telah menulisnya pada tahun 1870an. Sebuah pertandingan mencipta lagu bagi puisi tersebut telah dijalankan pada tahun 1876. Pemenang pertandingan itu ialah John Joseph Woods yang menggubah melodi ia selama satu malam sahaja.

Lagu ini mempunyai lima rangkap tetapi hanya rangkap pertama (dan kadangkala kedua) dinyanyikan di majlis-majlis rasmi. Lagu ini boleh dinyanyikan baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Maori, bahasa dituturi masyarakat peribumi New Zealand. Namun, lirik bahasa Maori yang menjadi lazim diketahui sejak tahun 1990-an.[1]

Sejarah sunting

Pengkaryaan sunting

Lagu ini mula wujud dalam bentuk puisi bahasa Inggeris sekitar 1870-an dikarang oleh Thomas Bracken, seorang keturunan Ireland dari Dunedin.[2] Bebebrapa tahun kemudian pada tahun 1876, sebuah sayembara untuk menggubah musik untuk sebuah puisi diadakan akhbar The Saturday Advertiser serta diadili juri tiga musisi terkemuka kelahiran Melbourne dengan hadiah sebanyak 10 Guinea.[3] Sayembara tersebut dimenangkan oleh John Joseph Woods dari Lawrence.[4] Lagu tersebut dipersembahkan pertama kali pada tanggal 25 Disember 1876 di Dunedin.[3] Pada tahun 1897, Perdana Menteri Richard Seddon memberikan salinan lirik dan musik dari lagu tersebut kepada Ratu Victoria.[3]

Lirik bahasa Māorinya diperkenalkan pada tahun 1878 hasil terjemahan dilakukan Thomas Henry Smith, seorang hakim di Pengadilan Tanah Māori kelahiran Auckland, atas permintaan dari Gabenor George Edward Grey.[3] Sebuah salinan lirik dalam bahasa Māori, dengan judul "Aotearoa" dicetak oleh banyak surat khabar di Otago pada bulan Oktober 1878.[5] Dalam teks asli yang dikarang oleh Smith, kata "whakarangona" digunakan untuk menerjemahkan "dengar" daripada kata "whakarongona".[6]

Lagu ini semakin terkenal pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, dan pada tahun 1940, pemerintah New Zealand membeli hak cipta lagu tersebut dan menjadikannya sebagai "lagu kebangsaan" dalam perayaan seratus tahun.[5]

Perasmian sunting

Lagu tersebut pernah digunakan dalam Sukan Empayar British mula dari tahun 1950. Ia pertama kali digunakan dalam medan antarabangsa selama berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di München.[catatan 1] Sejak saat itu, sebuah kampanye dibuat untuk merasmikan lagu "God Defend New Zealand" sebagai lagu kebangsaan negara ini[9] - sebelum ini, "God Save the Queen" menjadi satu-satunya lagu kebangsaan yang diketahui untuk lagu tersebut.[9] Pada tahun 1976, Gary Henry Latta dari Dunedin membawakan sebuah surat timbang rayu (petisi/petisyen) kepada Parlimen New Zealand mengusulkan perasmian "God Defend New Zealand" sebagai lagu kebangsaan. Kerajaan tersebut setuju disertakan dengan izin dari Baginda Ratu Elizabeth II (sebagai Ratu New Zealand) merasmikan status lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan kedua New Zealand setara dengan "God Save the Queen" pada tanggal 21 November 1977.[10]

Sepanjang kebanyakan tempoh lagu ini wujud, hanya bait pertama dalam bahasa Inggeris yang umumnya dinyanyikan. Ketika suatu perlawanan utama dalam Piala Dunia Rugbi 1999 ketika pasukan New Zealand melawan England, hanya bait pertama dalam bahasa Māori saja yang dinyanyikan semasa majlis pembukaan perlawanan. Keadaan ini begitu dipertelingkahkan dengan hebatnya, namun ia lama-kelamaan menjadi diterima sebagai pendahulu menyampingi lirik bahasa Inggris yang menyusul berganti.[1]

Lirik sunting

"God Defend New Zealand"

(versi bahasa Inggeris)

Terjemahan dari versi bahasa Inggeris "Aotearoa"

(versi bahasa Māori)

Terjemahan dari versi bahasa Māori

1. God of Nations at Thy feet,
In the bonds of love we meet,
Hear our voices, we entreat,
God defend our free land.
Guard Pacific's triple star
From the shafts of strife and war,
Make her praises heard afar,
God defend New Zealand.

2. Men of every creed and race,
Gather here before Thy face,
Asking Thee to bless this place,
God defend our free land.
From dissension, envy, hate,
And corruption guard our state,
Make our country good and great,
God defend New Zealand.

3. Peace, not war, shall be our boast,
But, should foes assail our coast,
Make us then a mighty host,
God defend our free land.
Lord of battles in Thy might,
Put our enemies to flight,
Let our cause be just and right,
God defend New Zealand.

4. Let our love for Thee increase,
May Thy blessings never cease,
Give us plenty, give us peace,
God defend our free land.
From dishonour and from shame,
Guard our country's spotless name,
Crown her with immortal fame,
God defend New Zealand.

5. May our mountains ever be
Freedom's ramparts on the sea,
Make us faithful unto Thee,
God defend our free land.
Guide her in the nations' van,
Preaching love and truth to man,
Working out Thy glorious plan,
God defend New Zealand.

1. Tuhan seluruh bangsa di kaki-Mu,
Dalam ikatan kasih kami bertemu,
Kami mohon, dengarlah suara kami,
Tuhan pertahankanlah tanah kami yang merdeka.
Lindungilah tiga bintang Pasifik
Dari segala tempias sengketa dan perang,
Semoga pujian padanya jauh kedengaran,
Tuhan pertahankan New Zealand.

2. Manusia dari tiap kepercayaan dan bangsa,
Bertemu di sini di hadapan-Mu,
Memohon agar Engkau berkatilah tempat ini,
Tuhan pertahankanlah tanah kami yang merdeka.
Dari pertelagahan, hasad, dan benci,
Dan rasuah, jagalah negara kami,
Jadikan negara kami baik dan masyhur,
Tuhan pertahankan New Zealand.

3. Perdamaian, bukan perang, menjadi kebanggaan kami,
Namun, andainya ada musuh menyerang perairan kami,
Jadikanlah kami yang terkuat,
Tuhan pertahankanlah tanah kami yang merdeka.
Tuhan perang di dalam kekuatan-Mu,
Biarkan musuh kami pergi meninggalkan kami,
Biarkan tujuan kami menjadi adil dan benar,
Tuhan pertahankan New Zealand.

4. Biarkan cinta kami kepada-Mu semakin bertambah,
Semoga berkat-Mu tidak pernah putus,
Berikan kami kecukupan, berikan kami keamanan,
Tuhan, pertahankanlah tanah kami yang merdeka.
Dari rasa tidak hormat dan dari rasa malu,
Jagalah nama negara kami yang tak bernoda,
Berikanlah dia mahkota kemahsyuran abadi,
Tuhan pertahankan New Zealand.

5. Semoga gunung-ganang kami selamanya menjadi
Benteng kebebasan di samudera,
Jadikan kami setia kepada-Mu,
Tuhan pertahankanlah tanah kami yang merdeka.
Jagalah dia di baris depan negara,
Memberitakan kasih dan kebenaran kepada manusia,
Mengerjakan rencana-Mu yang mulia,
Tuhan pertahankan New Zealand.

1. E Ihowā Atua,
O ngā iwi mātou rā
Āta whakarangona;
Me aroha noa
Kia hua ko te pai;
Kia tau tō atawhai;
Manaakitia mai
Aotearoa

2. Ōna mano tāngata
Kiri whero, kiri mā,
Iwi Māori, Pākehā,
Rūpeke katoa,
Nei ka tono ko ngā hē
Māu e whakaahu kē,
Kia ora mārire
Aotearoa

3. Tōna mana kia tū!
Tōna kaha kia ū;
Tōna rongo hei pakū
Ki te ao katoa
Aua rawa ngā whawhai
Ngā tutū e tata mai;
Kia tupu nui ai
Aotearoa

4. Waiho tona takiwā
Ko te ao mārama;
Kia whiti tōna rā
Taiāwhio noa.
Ko te hae me te ngangau
Meinga kia kore kau;
Waiho i te rongo mau
Aotearoa

5. Tōna pai me toitū
Tika rawa, pono pū;
Tōna noho, tāna tū;
Iwi nō Ihowā.
Kaua mōna whakamā;
Kia hau te ingoa;
Kia tū hei tauira;
Aotearoa

1. Tuhan Maha Penguasa
[ke atas] semua iwi kami
Dengarkanlah kami,
Kasihilah kami
Semoga nebaikan-Mu membuah ,
Semoga rahmat-Mu mengalir
Lindungilah Aotearoa
 

2. Biarkan semua orang,
Berkulit merah dan putih
Māori, Pākehā
Bertemu di hadapan-Mu
Kami berdoa, semoga kesalahan kami,
Diampuni
Sehingga kami dapat ucap "panjang umurnya
Aotearoa"

3. Semoga mana ia berdiri tinggi,
Semoga tetap kuat,
Semoga kemasyhurannya didengari
ke serata dunia,
Semoga tidak ada perselisihan
Mahupun pertikaian,
Semoga selalu menjadi terhebat
Aotearoa
 

4. Semoga wilayahnya
Selalu disinari
Di seluruh negeri
Biarkan iri hati dan pertikaian
Dihalau,
Biarkan pemerintahan damai
Di Aotearoa
 

5. Biarkan keistimewaannya ditanggung,
Biarkan kebenaran dan kejujuran menang
Di antara umat Tuhan
Biarkan tidak pernah malu,
Melainkan, biarlah namanya diketahui
Dengan demikian menjadi anutan untuk ditiru
Aotearoa

Tafsiran sunting

Terdapat beberapa tafsiran mengenai makna dari "tiga bintang Pasifik" ("Pacific's triple star") yang tidak dapat dipastikan secara rasminya oleh pihak kerajaan New Zealand. Pendapat sebegini berbeza-beza - ada yang memikirkan bahawa ungkapan tersebut merujuk kepada pulau terbesar di negara tersebut (Pulau Utara, Pulau Selatan dan Pulau Stewart),[11] malah ada yang fikir ia merujuk kepada tiga bintang ditampilkan panji Te Kooti, seoramg pemimpin politik dan keagamaan berpengaruh dalam kalangan orang Māori pada abad ke-19.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "New Zealand's national anthems | NZHistory, New Zealand history online". nzhistory.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-02.
  2. ^ Broughton, W.S (22 Juni 2007). "Bracken, Thomas 1843 – 1898". Dictionary of New Zealand Biography. Ministry for Culture and Heritage. Diakses 9 November 2010.
  3. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mch2 tidak disediakan
  4. ^ "John Joseph Woods - composer | Ministry for Culture and Heritage". mch.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-02.
  5. ^ a b "National anthems". teara.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Julai 2018.
  6. ^ "God Defend New Zealand/Aotearoa | Ministry for Culture and Heritage". mch.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Julai 2018.
  7. ^ Swarbrick, Nancy (June 2012). "National anthems – New Zealand's anthems". Te Ara – The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 18 October 2017.
  8. ^ "New Zealand's Greatest Olympians – Number 7: The 1972 rowing eight". The New Zealand Herald (dalam bahasa Inggeris). 30 July 2016. Dicapai pada 7 September 2017.
  9. ^ a b "Hear Our Voices, We Entreat: The extraordinary story of New Zealand's national anthem by Max Cryer". 2015-05-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-17. Dicapai pada 2018-07-02.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  10. ^ "Announcement of the adoption of national anthems for New Zealand" (PDF). Supplement to the New Zealand Gazette of Thursday, 17 November 1977. 21 November 1977. Diakses 15 Agustus 2015.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mch tidak disediakan
  12. ^ "NZ Folk Song * E Ihowa Atua". folksong.org.nz. Dicapai pada 2018-07-03.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "catatan" ada tetapi tag <references group="catatan"/> yang sepadan tidak disertakan