God of Gamblers III: Back to Shanghai

God of Gamblers III: Back to Shanghai adalah sebuah filem komedi Hong Kong sebuah sekuel untuk God of Gamblers II (1990). Filem ini diarahkan oleh Wong Jing dan dibintangi oleh Stephen Chow dan Ng Man-tat. Cerita ini mengisahkan tentang kejadian Chow kembali ke masa lalu ke Shanghai tahun 1937 dan ia mencari cara untuk kembali ke tahun asalnya Hong Kong 1991.

God of Gamblers III: Back to Shanghai
PengarahWong Jing
PenulisWong Jing
Dihasilkan olehJimmy Heung
DibintangiStephen Chow
Gong Li
Ray Lui
Ng Man-tat
Charles Heung
Sandra Ng
SinematografiPeter Pau
Disunting olehRobert Choi
Muzik olehLowell Lo
Syarikat
penerbitan
Win's Entertainment
Samico
Diedarkan olehNewport Entertainment
Tarikh tayangan
  • 22 Ogos 1991 (1991-08-22)
Masa tayangan
116 minit
NegaraHong Kong
BahasaKantonis
Pecah panggungHK$31,363,730

Plot sunting

Kisahnya bermula ketika murid Dewa Judi, Chow Sing-cho, yang dikenali sebagai Malaikat Judi dan Pakciknya diserang oleh sekumpulan orang dengan kekuatan telekinetik pada 1991. Akibat serangan tersebut, ia dan Pakciknya tercampak ke masa lalu iaitu ke Shanghai pada tahun 1937. Tahun 1937 merupakan tahun penting dalam sejarah keluarga Chow Sing-cho, di sana ia bertemu dengan Datuknya sangat mirip dengan Pakciknya. Datuknya bernama Chow Tai-fook, seorang penjual roti yang sering patah hati.

Selama satu minggu, Chow Tai-fook patah hati sebanyak 30 kali dan hampir mati gantung diri. Namun, Chow Tai-fook berjaya diselamatkan oleh Chow Sing-cho dan kemudian terlibat dalam pergaduhan antara dua puak, baju hitam dan baju merah. Kejayaan Chow Sing-cho mengalahkan kumpulan berbaju merah, diapresiasi oleh ketua kelompok berbaju hitam bernama Ding Lik yang memiliki casino. Ia diperbolehkan meminta tiga permohonan sebagai wujud rasa terima kasih Ding Lik. Selain itu, Chow Sing-cho juga diminta untuk membantu casino Ding Lik yang hampir bangkrut. Di sisi lain, Chow Sing-cho masih harus mencari jalan keluar untuk kembali ke tahun 1991 dan bertemu kembali dengan Pakciknya.

Pelakon sunting

Pautan luar sunting