Godzilla (filem 2014)

(Dilencongkan dari Godzilla 2014)

Godzilla ialah sebuah filem kaijuu cereka sains fantasi yang telah dikeluarkan pada tahun 2014. Ia diarahkan oleh Gareth Edwards dan sebuah buatan semula[5] francais Godzilla Toho. Ia merupakan filem ke-30 dalam francais Godzilla, dan filem Godzilla kedua yang diterbitkan oleh sebuah studio Hollywood dan ia bersetting dalam dunia rekaan yang bernama Monster Universe ataupun MonsterVerse.

Godzilla
Poster filem
PengarahGareth Edwards
Lakon layarMax Borenstein
Cerita olehDavid Callaham
BerdasarkanGodzilla oleh
Toho
Dihasilkan oleh
  • Thomas Tull
  • Jon Jashni
  • Mary Parent
  • Brian Rogers
Dibintangi
SinematografiSeamus McGarvey
Disunting olehBob Ducsay
Muzik olehAlexandre Desplat
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • Mei 8, 2014
    (Teater Dolby)
  • Mei 16, 2014
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
123 minit[3]
NegaraAmerika Syarikat[1][2]
BahasaInggeris
Bajet$160 juta[4]
Pecah panggung$529.1 juta[4]

Filem ini adalah sebuah produksi bersama diantara Legendary Pictures dan Warner Bros. Pictures. Ia dibintangi Aaron Taylor-Johnson, Watanabe Ken, Elizabeth Olsen, Juliette Binoche, Sally Hawkins, David Strathairn dan Bryan Cranston. Projek ini pada awalnya bermula pada tahun 2004 dan pada asalnya bertujuan untuk menjadi sebuah filem pendek IMAX tetapi kemudiannya dipindahkan ke Legendary untuk pembangunan sebagai sebuah filem. Fotografi utama mengambil tempat di Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun 2013.

Godzilla dikeluarkan dalam di seluruh dunia dalam format 2D, 3D dan IMAX pada 15 Mei 2014 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik dan peminat.[6][7] Filem ini mencapai kejayaan di box office, membuat kutipan seluruh dunia sebanyak $529 juta. Kejayaan filem ini mendorong Legendary untuk meneruskan filem sekuel dan francais berkongsi sinematik dengan filem kedua Godzilla dijadual ditayangkan pada 08 Jun 2018 manakala filem Godzilla vs. Kong dengan King Kong dijadual ditayangkan pada tahun 2021.

Plot sunting

Pada tahun 1954, sebuah bom nuklear telah diletupkan ketika seekor makhluk gergasi muncul dari lautan. Pada tahun 1999, 26 tahun selepas peristiwa di Skull Island, 2 orang saintis daripada Organisasi Monarch, Dr. Serizawa Ishirou (Watanabe Ken) dan Vivienne Graham (Sally Hawkins) datang untuk menyiasat sebuah rangka yang amat besar ditemui di sebuah lombong yang runtuh di Filipina. Mereka menjumpai dua spora; satu tidak aktif dan satu lagi telah menetas yang telah melepaskan diri ke lautan. Di Jepun, Loji Kuasa Nuklear Janjira mengalami aktiviti seismos yang ganjil dan penyelia, Joe Brody (Bryan Cranston) menghantar isterinya, Sandra (Juliette Binoche) dan sepasukan juruteknik ke dalam reaktor. Sebuah gegaran berlaku di reaktor menyebabkan Sandra dan pasukannya tidak dapat melarikan diri ketika loji itu runtuh.

Lima belas tahun kemudian, anak lelaki Joe, Ford (Aaron Taylor-Johnson), seorang pegawai pelupusan kelengkapan bahan letupan Tentera Laut Amerika Syarikat kembali daripada tugas kepada keluarganya di San Francisco tetapi dengan segera berlepas ke Jepun selepas Joe ditahan kerana mencereboh zon kuarantin Janjira. Joe memujuk Ford untuk menemaninya ke rumah lama mereka di zon kuarantin untuk mendapatkan data penting. Mereka berjaya untuk mendapatkan data itu tetapi dijumpai oleh askar dan dibawa ke fasiliti rahsia di tapak runtuhan loji kuasa. Selepas beberapa kegagalan kuasa, seekor makhluk gergasi bersayap muncul dan melepaskan diri menyebabkan fasiliti itu musnah. Joe cedera parah dan mati selepas dipindahkan oleh helikopter ke U.S.S. Saratoga. Insiden ini dilaporkan di seluruh dunia sebagai gempa bumi.

Serizawa, Graham dan Ford menyertai sebuah pasukan petugas Tentera Laut AS yang diketuai oleh Laksamana William Stenz (David Strathairn) untuk mencari makhluk itu, dipanggil "MUTO" (Massive Unidentified Terrestrial Organism ; makhluk daratan yang tidak dikenali). Serizawa dan Graham mendedahkan kepada Ford bahawa sebuah ekspedisi lautan dalam pada tahun 1954 mencetuskan kemunculan Godzilla, seekor pemangsa alfa purba, bagaimana ujian bom nuklear pada tahun 1950an bukanlah ujian sebaliknya mereka cuba untuk membunuhnya, bagaimana mereka mengkaji Godzilla secara rashia, bagaimana MUTO menyebabkan Janjira runtuh dan bagaimana Godzilla dan MUTO adalah berkaitan dengan satu sama lain. Ford mendedahkan bahawa Joe telah memantau isyarat ekolokasi yang menunjukkan MUTO berkomunikasi dengan sesuatu.

MUTO menyerang sebuah kapal selam Rusia dan menjatuhkan ia atas darat di Hawaii. Godzilla tiba, menyebabkan tsunami di Honolulu dan terlibat dengan pertempuran dengan MUTO sebelum ia melarikan diri. Sementara itu, MUTO kedua yang lebih besar tetapi tidak bersayap muncul di Nevada dan memusnahkan Las Vegas. Saintis-saintis berpendapat bahawa MUTO kedua adalah betina, bahawa ia berkomunikasi dengan MUTO jantan dan kedua-dua MUTO akan berjumpa untuk membiak di San Francisco. Walaupun menerima bantahan daripada saintis-saintis, Stenz meluluskan rancangan untuk menggunakan kepala peledak nuklear untuk menarik perhatian dan memusnahkan raksasa-raksasa itu. Ford menyertai sebuah pasukan yang menghantar kepala peledak itu melalui kereta api. MUTO betina memintas kereta api itu dan membaham kebanyakan kepala peledak. Satu-satunya kepala peledak yang masih tinggal diterbangkan ke San Francisco dan diaktifkan selepas Godzilla tiba. MUTO jantan mencuri kepala peledak dan membawanya kepada betina, yang membentuk sarang sekitarnya di kawasan Chinatown, San Francisco.

Ketika Godzilla dan MUTO bertempur, sebuah pasukan termasuk Ford memasuki bandar melalui terjunan HALO untuk mencari dan mematikan kepala peledak itu. Tidak dapat mengakses pemasa, pasukan itu membawa kepala peledak ke bot untuk membiarkan ia meletup di laut manakala Ford meletupkan sarang MUTO. MUTO pada mulanya hampir menang sebelum Godzilla berjaya membunuh kedua-dua mereka dan tersungkur di pantai. Ford diselamatkan dan bersatu semula bersama keluarganya di sebuah pusat perlindungan kecemasan pada pagi hari berikutnya. Godzilla bangkit dan kembali ke laut dengan media memuji ia sebagai penyelamat bandar.

Pelakon sunting

  • Carson Bolde sebagai Sam Brody

Peranan tambahan termasuk: Patrick Sabongui sebagai Leftenan Marcus Waltz, USAF, Jared Keeso sebagai Jump Master, Luc Roderique sebagai Bomb Tracker, Al Sapienza sebagai Huddleston, ketua keselamatan di fasiliti Janjira MUTO, Brian Markinson sebagai Whalen, seorang saintis di fasiliti Janjira MUTO, Catherine Lough Haggquist sebagai PO #1 Martinez, Jake Cunanan sebagai Akio, Warren Takeuchi sebagai bapa Akio, Yuki Morita sebagai ibu Akio, Ken Yamamura sebagai Takashi, Garry Chalk sebagai Stan Walsh, Christian Tessier, Anthony Konechny,[10] James D. Deaver sebagai Kapten Freeman, Primo Allon sebagai ahli pasukan lombong,[10] dan Jeric Ross.[10]

Pembuatan sunting

Filem ini adalah produksi bersama[11] Legendary Pictures dan Warner Bros. Pictures dengan penyertaan Toho dalam rekaan raksasa, rekaan bunyi dan plot. Anggaran bajet produksi adalah $160 juta, 75% dibiayai Legendary dan 25% dibiayai Warner Bros.[12] Filem ini mempunyai anggaran $65 juta bajet promosi dan pengiklanan dengan jumlah keseluruhan bajet anggaran sebanyak $225 juta.[13]

Pembangunan sunting

Selepas penayangan filem 2004, Godzilla: Final Wars menandakan ulang tahun ke-50 francais filem Godzilla, Toho mengumumkan bahawa ia tidak akan menghasilkan apa-apa filem yang menampilkan watak Godzilla selama sepuluh tahun. Toho merobohkan pentas air yang digunakan dalam beberapa filem Godzilla.[14] TriStar Pictures, yang membuat filem Godzilla tahun 1998 dan memegang hak untuk membuat trilogi filem membiarkan hak mereka tamat pada tahun 2003.

Godzilla 3D sunting

Pada bulan Ogos 2004, Yoshimitsu Banno, yang mengarah filem 1971, Godzilla vs. Hedorah, mengumumkan bahawa beliau telah mendapatkan hak dari Toho untuk membuat sebuah filem pendek IMAX 3D Godzilla di syarikat produksinya. Filem ini buat sementara waktu bertajuk Godzilla 3D to the Max dan akan menjadi sebuah pembuatan semula cerita Godzilla vs. Hedorah.[15] In 2005, American Peter Anderson, ASC was added to the project as cinematographer, visual effects supervisor and co-producer.[15] Pada tahun 2007, Brian Rogers menandatangani untuk projek ini selepas Peter Anderson memperkenalkannya kepada Banno dan penerbit AAP, Kenji Okuhira.[16] Pada tahun 2007, juga melalui Anderson, Kerner Optical juga menyertai untuk membangunkan teknologi dan menerbit filem 3-D[17][18] dan dengan sokongan Kerner, pada tahun 2007, pasukan ini berjumpa dengan Toho di Tokyo dimana mereka membuat rundingan semula lesen untuk membenarkan pengeluaran produksi teater 3-D.[19][20] Pada tahun 2008, Kerner berhadapan dengan masalah kewangan menyebabkan produksi ini mungkin dibatalkan. Rogers, Anderson dan pengarah yang dicadangkan pada masa itu, Keith Melton berjumpa dengan Legendary Pictures untuk mendapat sokongan mereka terhadap sebuah filem teater 3-D.[21] Pada tahun 2010, ia diberikan lampu hijau oleh Legendary untuk memasuki produksi.[22] Banno dan Okuhira akan kekal dalam projek ini sebagai penerbit eksekutif dan Rogers sebagai penerbit. Pada bulan November 2013, Banno menyatakan bahawa beliau masih merancang untuk membuat sekuel kepada Godzilla vs. Hedorah.[23]

Produksi Legendary sunting

Pada bulan Ogos 2009, terdapat khabar angin bahawa Legendary berada dalam perbincangan bersama Toho untuk menerbitkan filem baru Godzilla Amerika Syarikat yang akan ditayangkan pada tahun 2012,[24] dan pada Mac 29, 2010, ia secara rasmi disahkan oleh Toho dan Legendary bahawa Legendary telah mendapatkan hak untuk Godzilla. Legendary mengumumkan bahawa ia akan membuat semula francais itu serta menerbit dan membiayai bersama Warner Bros.[11] Penerbit filem, Dan Lin, Roy Lee, Doug Davison serta Thomas Tull dan Jon Jashni ditambah ke dalam projek ini untuk bekerja bersama Rogers, Banno dan Okuhira.[25]

Di persidangan 3D Summit yang diadakan pada bulan September 2010 di Universal Studios, Brian Rogers mengesahkan tarikh tayangan pada tahun 2012. Pada bulan Januari 2011, Legendary menamakan Gareth Edwards, pengarah filem 2010, Monsters untuk mengarah filem ini.[26]

Penulisan sunting

Pada bulan Oktober 2010, Legendary melantik David Callaham untuk menulis draf pertama.[27][28][29] Apabila pertandatangan Edwards telah diumumkan, ia juga diumumkan bahawa draf pertama Callaham akan ditulis semula oleh penulis lain.[30][31] Pada bulan Julai 2011, David S. Goyer terikat untuk menulis semula skrip.[32] Goyer hanya bekerja beberapa minggu untuk skrip dan tidak mendapat sebarang kredit.[33] Pada bulan November 2011, Max Borenstein telah dilantik untuk meneruskan kerja terhadap skrip.[34] Pada bulan Oktober 2012, Legendary mengumumkan bahawa Drew Pearce akan menggilap skrip.[35] Pada bulan Januari 2013, Frank Darabont dilantik untuk sebuah penulisan akhir.[36]

Pra-produksi sunting

Pada lewat bulan 2012, rancangan untuk penggambaran filem, tayangan dan pengedaran telah didedahkan. Pada bulan September 2012, Legendary mengumumkan tarikh tayangan adalah pada Mei 16, 2014 dalam format 3-D.[31][37] IMAX mengumumkan bahawa filem ini juga akan ditayangkan dalam format IMAX 3D pada Mei 16, 2014.[38] Warner Brothers mengedar filem ini di seluruh dunia kecuali Jepun, dimana ia diedarkan oleh Toho.[31] Pada masa itu, Legendary Pictures menambah Alex Garcia dan Patricia Whitcher sebagai penerbit eksekutif.[31] Pada bulan Disember, Dan Lin mendedahkan bahawa filem ini mungkin akan memulakan penggambaran di Vancouver pada bulan Mac 2013.[39]

Legendary kemudiannya mengalihkan perhatian mereka kepada pemilihan pelakon untuk filem ini. Pada Januari 7, 2013, ia telah dilaporkan bahawa Joseph Gordon-Levitt telah menolak tawaran untuk dipilih sebagai pelakon dalam filem ini pada tahun 2012. Ia telah dilaporkan bahawa Henry Cavill, Scoot McNairy dan Caleb Landry Jones telah disenarai pendek untuk watak utama filem ini.[40] Pada Januari 10, ia pertama kali dilaporkan bahawa Legendary Pictures berminat dengan Aaron Taylor-Johnson untuk watak utama.[41] Ia telah dilaporkan bahawa Bryan Cranston dan Elizabeth Olsen berada dalam perbincangan untuk membintangi.[42] Olsen mengesahkan penglibatan beliau di Anugerah BAFTA 2013.[43] Juliette Binoche dan David Strathairn kemudiannya ditandatangani untuk menyertai Taylor-Johnson, Cranston dan Olsen dalam filem ini.[44][45]

Pada bulan Januari 2013, Mary Parent menyertai projek ini sebagai penerbit untuk Disruption Entertainment.[36][46] dan penerbit, Dan Lin, Roy Lee dan Doug Davison telah dipecat daripada projek ini.[47]

Pada permulaan fotografi utama pada bulan Mac 2013, Legendary secara rasmi mengumumkan barisan pelakon dan penerbit.[48][49] Yoshimitsu Banno, Alex Garcia, Kenji Okuhira dan Patricia Whitcher secara rasmi dinamakan sebagai penerbit eksekutif dan Legendary mengumumkan penambahan Ken Watanabe dalam barisan pelakon.[48] Selepas penggambaran bermula, Richard T. Jones dan Sally Hawkins ditambah.[50][51] Daripada set filem, sebuah gambar Akira Takarada (bintang filem asal Godzilla, termasuk lima sekuel) bersama Edwards dikeluarkan. Takarada secara terbuka merayu untuk menjadi sebahagian daripada produksi dan gambar itu menunjukkan peranan pelakon Jepun itu di dalam filem ini. Pada bulan April 2014, Takarada berkata dalam satu temubual bahawa peranannya dipotong daripada versi akhir filem ini. Beliau mempunyai peranan sebagai seorang pegawai imigresen.[52] Edwards menyatakan bahawa memotong peranan Takarada adalah penyesalan terbesar beliau.

Penggambaran sunting

Fotografi utama bermula pada Mac 18, 2013 di Vancouver, di bawah tajuk "Nautilus,"[48] dengan babak difilemkan di di Pusat Konvensyen Vancouver,[53] di dalam BC Place, dan di Hi-View Lookout di Taman Wilayah Cypress, Vancouver Barat. Ini disusuli dengan penggambaran di Richmond. Babak pertempuran besar difilemkan di Moncton St, melibatkan sekitar 200 askar dan banyak kenderaan tentera. Satu lagi babak dirakam di dermaga nelayan di Finn Slough. Penggambaran tambahan mengambil tempat di Pulau Vancouver, di sekitar Nanaimo[54] dan Victoria, British Columbia. Penggambaran tambahan melibatkan pelakon tembahan mengambil tempat di Coquitlam, British Columbia.[55]

Penggambaran juga mengambil tempat pada bulan Jun dan Julai 2013 di Honolulu, Hawaii.[56] Lebih 200 pelakon tambahan dilantik untuk penggambaran di Hawaii.[57] Menurut The Hollywood Reporter, fotogradi utama Godzilla selesai pada Julai 13–14.[58]

Tentera Laut Amerika Syarikat memberikan kerjasama dalam pembuatan filem dan penggambaran berlangsung di tiga kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat: the USS Carl Vinson, USS Nimitz dan USS Ronald Reagan.[59] Sebahagian daripada babak permulaan telah difilemkan di atas USS Missouri di Pearl Harbor.[60] Tentera Darat Amerika Syarikat juga mengambil bahagian dalam filem ini dengan tiga penasihat teknikal.[61] Kor Marin Amerika Syarikat yang mengambil bahagian dalam filem 1998 menolak untuk mengambil bahagian selepas mengkaji skrip yang menampilan Tentera Laut.[62]

Muzik sunting

Komposer filem, Alexandre Desplat dilantik untuk mencipta runut bunyi asal untuk Godzilla. Desplat tidak pernah mencipta muzik untuk filem raksasa dimana sebelum ini bekertja untuk filem-filem seperti The King's Speech, The Curious Case of Benjamin Button, dan dua filem terakhir Harry Potter. Desplat menerima kontrak itu selepas kagum dengan filem Edwards, Monsters. Skor filem juga dijalankan oleh Desplat. Skor filem ini dikeluarkan oleh WaterTower Music pada Mei 12 dan 13, 2014.[63][64]

Filem ini juga menampilkan lagu Requiem oleh György Ligeti, rakaman tahun 1969 "Breakfast in Bed oleh Dusty Springfield dan (You're the) Devil in Disguise oleh Elvis Presley.[65]

Pengeluaran sunting

Pawagam sunting

Godzilla mengadakan pembukaan di Teater Dolby, Los Angeles pada Mei 8, 2014.[66] Godzilla mengadakan tayangan meluas seluruh dunia dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D bermula Mei 16, 2014. Di Amerika Syarikat, filem ini diberi rating "PG-13" oleh Motion Picture Association of America (MPAA).[67][68] Filem ini ditayangkan di China pada Jun 13 dan di Jepun pada Julai 25, 2014.[69][70]

Pendapatan sunting

Godzilla mengutip $200.6 juta di Amerika Utara, kutipan paling rendah untuk filem yang dibuka melebihi $90 juta.[71] Godzilla mengakhiri sebagai filem dengan kutipan ketiga belas tertinggi pada tahun 2014 di Amerika Utara.[72] Godzilla mengakhiri tayangan global di teater dengan $328 juta dari pasaran antarabangsa dengan kutipan seluruh dunia sebanyak $528 juta menjadikan ia filem dengan kutipan keempat belas tertinggi di seluruh dunia pada tahun 2014.[73] Mengira semua perbelanjaan, Deadline.com menganggarkan filem ini membuat keuntungan sebanyak $52.477 juta.[74]

Penerimaan sunting

Godzilla menerima ulasan positif daripada pengkritik.[6][7][75][76][77] Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 74% berdasarkan 278 ulasan dengan purat skor 6.6/10.[78] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 62/100, berdasarkan 48 pengkritik.[79] CinemaScore melaporkan penonton di sinema memberikan filem ini purata gred B+ dari skala A+ ke F.[80]

Sekuel sunting

Pada Mei 18, 2014, Deadline.com melaporkan bahawa sekuel Godzilla secara rasminya dilancarkan selepas kutipan pembukaan melebihi $196 juta di seluruh dunia.[81] Sekuel ini akan dikeluarkan oleh Legendary dan Warner Bros.[82] Pada Mei 22, Legendary mengumumkan rancangan untuk sebuah trilogi dengan Edwards terikat untuk mengarah.

Pada bulan Ogos 2014, Legendary mengumumkan bahawa sekue filem ini akan ditayangkan pada Jun 8, 2018[83] dan penulis, Max Borenstein akan kembali untuk menulis skrip.[84]

Pada bulan September 2015, Legendary memindahkan pembangunan filem Kong: Skull Island daripada Universal ke Warner Bros. yang mencetuskan spekulasi media bahawa Godzilla dan King Kong akan muncul dalam filem bersama.[85][86] Pada bulan Oktober 2015, Legendary mengumumkan rancangan untuk menyatukan Godzilla dan King Kong di dalam satu filem bertajuk Godzilla vs. Kong, dijadual ditayangkan pada tahun 2021.

Rujukan sunting

  • Cox, Greg (2014). Godzilla: The official movie novelization. Titan Books. ISBN 9781783290949.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jolin, Dan (2014). "Now I am become death, the destroyer of worlds". Empire (April 2014): 68–77.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Cotta Vaz, Mark (2014). Godzilla: The art of destruction. San Rafael, CA: Insight Editions. ISBN 978-1-60887-344-9.CS1 maint: ref=harv (link)

Nota

  1. ^ "Film Review: 'Godzilla'". Variety. A Warner Bros. release presented with Legendary Pictures of a Legendary Pictures production. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ "Godzilla". Screen International. Dicapai pada May 16, 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "GODZILLA | British Board of Film Classification". Bbfc.co.uk. Dicapai pada May 12, 2014.
  4. ^ a b "Godzilla (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada August 29, 2015.
  5. ^ Zennie62 (September 19, 2010). "Godzilla 2014: Brian Rogers (Producer) On Legendary Pictures Film Plans". Youtube. Dicapai pada September 21, 2010.
  6. ^ a b Gettell, Oliver (May 16, 2014). "'Godzilla' a solid if not smashing reboot, reviews say". LA Times. Dicapai pada October 9, 2015.
  7. ^ a b West, Michael (May 11, 2014). "Wait, Is Bryan Cranston's 'Godzilla' The Best Movie of 2014?". Contact Music. Dicapai pada October 9, 2015.
  8. ^ "M.U.T.O". Mutoresearch.net. Dicapai pada April 8, 2014.
  9. ^ Bryan Cranston on 'Godzilla' and Saying Goodbye to 'Breaking Bad' di YouTube
  10. ^ a b c Barton, Steve (October 30, 2013). "Good Morning Godzilla — Yet More Casting News Stomps Out!". Dread Central. Dicapai pada October 30, 2013.
  11. ^ a b McNary, Dave (March 29, 2010). "'Godzilla' stomps back to screen". Variety. Dicapai pada September 3, 2010.
  12. ^ Graser, Marc (July 15, 2013). "With 'Pacific Rim,' 'Godzilla,' 'Seventh Son' and '300: Rise of an Empire,' Legendary's Thomas Tull has become Hollywood's beast master". Variety.
  13. ^ "Godzilla (2014) (PG-13)". BoxOffice.com. Dicapai pada June 11, 2014.
  14. ^ "Bucket Hall of Fame: The Toho Big Pool". Bucket Movies. May 3, 2010. Dicapai pada February 16, 2011.
  15. ^ a b Aiken, Keith; Godziszewski, Ed (August 7, 2007). "The long evolution of Godzilla 3D". SciFiJapan.Com.
  16. ^ Louise, Palanker. "Byline Burbank – Special Effects Experts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-13. Dicapai pada 2015-06-20.
  17. ^ JRA write/design studio (2006). "KERNER R&D PEOPLE". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-13. Dicapai pada 2015-07-13.
  18. ^ Montgomery, Steve. "Oscar Statuette for GODZILLA Visual Effects Artist". Dicapai pada 2015-06-20.
  19. ^ Sciretta, Peter (2007-06-15). "Godzilla 3D gets a Greenlight". Dicapai pada 2015-06-20.
  20. ^ "Godzilla 3D To The Max and Then Some". Mysterious Pants. 2007-06-17. Dicapai pada 2015-07-24.
  21. ^ Conover, Rodney Lee (2014-05-15). "Amazing Facts About Godzilla". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-15. Dicapai pada 2015-06-20.
  22. ^ Based on a presentation at the '3D Summit' conference by Brian Rogers. A report on the presentation is available at [1]
  23. ^ McGloin, Matt (November 26, 2013). "Hedorah Confirmed For Godzilla 2014 Movie & Smog Monster Sequel?!". Cosmic Book News. Dicapai pada February 6, 2014.
  24. ^ "The Mighty "Godzilla" Will Roar Once More!". Bloody Disgusting. August 13, 2009. Dicapai pada August 14, 2009.
  25. ^ Kit, Borys (January 4, 2011). "EXCLUSIVE: 'Monsters' Director Stomps to 'Godzilla'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada February 9, 2011.
  26. ^ "Nuneaton film director could be offered Hollywood blockbuster deal". Coventry Telegraph. Dicapai pada January 27, 2011.
  27. ^ McWeeny, Drew (October 13, 2010). "Guillermo Del Toro on 'Godzilla'? Not so fast, says director". Hit Fix.
  28. ^ Keith, Matt (October 15, 2010). "Pacific Rim isn't merging with Godzilla reboot". Killer Film. killerfilm.com. Dicapai pada January 27, 2011.
  29. ^ "Rumor Control: 'Pacific Rim' and 'Godzilla' Not Merged; No Offer to Guillermo del Toro". Slashfilm. Slashfilm.com. October 14, 2010. Dicapai pada January 27, 2011.
  30. ^ Kit, Borys (January 4, 2011). "EXCLUSIVE: 'Monsters' Director Stomps to 'Godzilla'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada January 5, 2010.
  31. ^ a b c d "THE ICONIC MOVIE MONSTER GODZILLA STOMPS INTO THEATERS ON MAY 16, 2014" (Siaran akhbar). Legendary Pictures. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-19. Dicapai pada October 24, 2012.
  32. ^ Finke, Nikki (July 13, 2011). "Legendary Hires David Goyer For 'Godzilla'". www.deadline.com. Dicapai pada July 13, 2011.
  33. ^ Chitwood, Adam (April 4, 2013). "David S. Goyer Talks His Involvement with GODZILLA and THE COUNT OF MONTE CRISTO". Collider. Dicapai pada August 11, 2015.
  34. ^ Kit, Borys (November 9, 2011). "Legendary's 'Godzilla' Remake to Be Written By Max Borenstein (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada August 22, 2013.
  35. ^ "IRON MAN 3 Scribe Drew Pearce to "Age Up" Characters in GODZILLA with Pre-Casting Rewrite". Collider. Dicapai pada October 22, 2012.
  36. ^ a b Fleming, Jr., Mike (January 7, 2013). "UPDATE: Mary Parent Boarding 'Godzilla', Which Is Getting A Frank Darabont Rewrite And Losing Roy Lee And Dan Lin".
  37. ^ Weintraub, Frosty (September 13, 2012). "CCI: GODZILLA Invades Theaters May 16, 2014; Studio Expects 3D Release". Collider. Dicapai pada September 13, 2012.
  38. ^ "IMAX and Warner Bros. Partner to Bring 20 New Pictures to IMAX® Theatres". IMAX. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-18. Dicapai pada November 15, 2012.
  39. ^ Chitwood, Adam (December 19, 2012). "Producer Dan Lin Gives GODZILLA Update; Says Production Will Likely Take Place in Vancouver". Collider.
  40. ^ Schaefer, Sandy (January 7, 2013). "'Godzilla' Shortlist Includes Henry Cavill and Scoot McNairy; Not Joseph Gordon-Levitt". ScreenRant.
  41. ^ Fleming Jr., Mike (January 10, 2013). "Godzilla' Reboot: Will Aaron Taylor-Johnson Dodge Those Giant Reptile Feet?". Deadline.Com. Dicapai pada January 10, 2013.
  42. ^ Kroll, Justin (February 6, 2013). "Elizabeth Olsen, Bryan Cranston circling 'Godzilla'". Variety. Dicapai pada March 19, 2013.
  43. ^ "Elizabeth Olsen confirms 'Godzilla' involvement". DigitalSpy. February 11, 2013. Dicapai pada March 20, 2013.
  44. ^ Kroll, Justin (February 26, 2013). "Juliette Binoche Eyes 'Godzilla' (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada March 20, 2013.
  45. ^ Kroll, Justin (February 26, 2013). "David Strathairn Rounds Out Cast of 'Godzilla' Reboot". Variety. Dicapai pada March 20, 2013.
  46. ^ "Warner Bros. Pictures epic monster film 'Godzilla' casting male and female starring roles". Acting-Auditions.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-26. Dicapai pada April 9, 2013.
  47. ^ McWeeny, Drew (January 6, 2012). "Exclusive: 'Godzilla' loses two producers but gains a start date". HitFix.com.
  48. ^ a b c "WARNER BROS. PICTURES AND LEGENDARY PICTURES ANNOUNCE CAST AND START OF PRODUCTION FOR "GODZILLA"" (Siaran akhbar). Legendary Pictures. March 18, 2013. Dicapai pada March 18, 2013.
  49. ^ "Aaron Taylor-Johnson, Ken Watanabe, Elizabeth Olsen, Juliette Binoche, David Strathairn, Bryan Cranston Cast In GODZILLA Film". WeAreMovieGeeks.com. March 18, 2013.
  50. ^ "Sally Hawkins Joins 'Godzilla' Cast". Deadline.com. April 5, 2013.
  51. ^ Kroll, Justin (March 21, 2013). "Richard T. Jones Rounds Out Cast of 'Godzilla'". Variety. Dicapai pada March 21, 2013.
  52. ^ Barton, Steve (April 28, 2014). "New Godzilla Images; Akira Takarada Cut from Theatrical Print". Dread Central. Dicapai pada April 29, 2014.
  53. ^ "SHOOT: GODZILLA turns Vancouver Convention Centre into Airport Terminal". YVR Shoots. March 19, 2013. Dicapai pada March 19, 2013.
  54. ^ Cunningham, Tamara (March 15, 2013). "'Godzilla' is coming to Nanaimo". Nanaimo Daily News. canada.com. Dicapai pada March 18, 2013.
  55. ^ "'Godzilla' filming began on Vancouver Island in British Columbia". On Location Vacations. March 19, 2013. Dicapai pada March 20, 2013.
  56. ^ "Godzilla Movie Sets Sights On Hawaii". Huffington Post Canada. June 4, 2013. Dicapai pada June 5, 2013.
  57. ^ "Godzilla scenes create fake Honolulu mayhem". Seattle Post-Intelligencer. Associated Press. July 11, 2013.
  58. ^ Kit, Borys (July 16, 2013). "Comic-Con: Legendary's 'Godzilla Encounter' Brings the Monster to San Diego". The Hollywood Reporter.
  59. ^ "Authentic Navy fleet dukes it out with Godzilla". Navy Times. April 30, 2014.
  60. ^ Cotta Vaz, m/s. 135.
  61. ^ Vergun, David (May 19, 2014). "'Soldiers' take on Godzilla". US Army. Dicapai pada May 21, 2014.
  62. ^ "Marines unceremoniously ousted from newest version of Godzilla". Marine Corps Times. May 10, 2014.
  63. ^ "Godzilla: Original Motion Picture Soundtrack". iTunes. Dicapai pada April 18, 2014.
  64. ^ "Godzilla: Original Motion Picture Soundtrack". WaterTower Records. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-19. Dicapai pada April 18, 2014.
  65. ^ "Godzilla". Soundtrack.net. Dicapai pada May 26, 2014.
  66. ^ Kit, Borys (May 9, 2014). "'Godzilla' Stomps Into Hollywood for Monster-Sized Premiere". The Hollywood Reporter.
  67. ^ Thomas, Jeremy (April 9, 2014). "Godzilla Gets MPAA Rating". 411mania.com.
  68. ^ "Legal information". godzillamovie.com. Dicapai pada April 9, 2014.
  69. ^ "Bryan Cranston: 'Godzilla' is Coming...to China!". CRI English. May 8, 2014. Dicapai pada May 8, 2014.
  70. ^ "Worldwide Release Dates". godzillamovie.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-28. Dicapai pada April 2, 2014.
  71. ^ "Grading Mojo's Summer 2014 Forecast". Box Office Mojo. September 10, 2014. Dicapai pada September 26, 2014.
  72. ^ "2014 DOMESTIC GROSSES". Box Office Mojo. Dicapai pada September 26, 2014.
  73. ^ "2014 WORLDWIDE GROSSES". Box Office Mojo. Dicapai pada September 26, 2014.
  74. ^ Mike Fleming Jr (March 10, 2015). "No. 19 'Godzilla' – 2014 Most Valuable Movie Blockbuster Tournament". Deadline.com. Dicapai pada March 21, 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  75. ^ Silman, Anna (May 16, 2014). "Review Roundup: One of the Scariest Things in Godzilla Is Bryan Cranston's Wig". Vulture. Dicapai pada October 9, 2015.
  76. ^ Malec, Brett (May 15, 2014). "Godzilla Movie Review Roundup: Critics Love the New Monster, but the Characters..." E Online. Dicapai pada October 9, 2015.
  77. ^ Buzzi, Matthew (May 11, 2014). "'Godzilla' 2014 Review Round-Up: Monster Movie Misses On Human Elements, Provides Plenty Of Destruction". GamenGuide. Dicapai pada October 9, 2015.
  78. ^ "Godzilla (2014)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada May 24, 2014.
  79. ^ "Godzilla". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada May 12, 2014.
  80. ^ "Box office report: 'Godzilla' demolishes the competition with $93.2 million weekend". Entertainment Weekly. May 18, 2014. Dicapai pada May 23, 2014.
  81. ^ Busch, Anita (May 18, 2014). "'Godzilla' Sequel In The Works At Warner Bros. & Legendary". Deadline. Dicapai pada May 18, 2014.
  82. ^ "GODZILLA 2014 SEQUEL SAID TO BE CONFIRMED". cosmicbooknews. May 18, 2014. Dicapai pada May 18, 2014.
  83. ^ Lesnick, Silas (August 14, 2014). "Godzilla 2 Stomps Into Theaters June 8, 2018". Comingsoon.net.
  84. ^ Fleming Jr., Mike (September 18, 2014). "'Godzilla' Sequel To Be Scripted By Max Borenstein". Deadline.com.
  85. ^ Fleming Jr., Mike (September 10, 2015). "King Kong On Move To Warner Bros, Presaging Godzilla Monster Matchup". Deadline. Dicapai pada September 10, 2015.
  86. ^ Masters, Kim (September 16, 2015). "Hollywood Gorilla Warfare: It's Universal vs. Legendary Over 'Kong: Skull Island' (and Who Says "Thank You")". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 17, 2015.

Pautan luar sunting