Gol & Gincu (filem)
Gol Dan Gincu merupakan sebuah filem komedi romantik sukan Malaysia 2005 arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications dengan kerjasama Redfilms cerita asal Lina Tan dan Rafidah Abdullah. Filem ini diinspirasikan daripada filem komedi Legally Blonde (2001) dari Amerika Syarikat. Barisan pelakon terdiri daripada Fazura, Sazzy Falak, Melissa Maureen, Ashraf Sinclair dan Pierre Andre. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2005.
Gol & Gincu | |
---|---|
Pengarah | Bernard Chauly |
Dihasilkan oleh | Lina Tan |
Dibintangi | |
Muzik oleh | Greg Henderson |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Golden Screen Cinemas |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sebuah siri TV dengan judul sama telah disiarkan di 8TV dari 4 Jun 2006 sehingga 30 September 2007.[1] Kesinambungannya, Gol & Gincu Vol. 2 dijangka akan ditayangkan pada 25 Oktober 2018.[2]
Plot
suntingPerjalanan seorang gadis manja (Putri) yang pada asalnya berminat dengan fesyen kemudian mula bermain futsal untuk mengejar cinta. Putri merupakan seorang pelajar kolej yang bertekad untuk menawan kembali bekas teman lelakinya.
Putri telah belajar tentang kehidupan dan percintaan. Namun, Putri mendapati ia bukanlah semudah yang disangka, terutamanya dalam menghadapi prasangka orang terhadap wanita dan sukan. Dalam cabaran dan kekusutan ini, Putri menjumpai kekuatan juara di dalam dirinya.
Pelakon
sunting- Nur Fazura sebagai Putri
- Ashraf Sinclair sebagai Eddy
- Sazzy Falak sebagai Shasha
- Pierre Andre sebagai Reza
- Sharifah Amani sebagai Jijie
- Rafidah Abdullah sebagai Zie
- Melissa Maureen sebagai Mia
- Zarina Zainoordin sebagai Dayang
- Bernice Chauly sebagai Datin Aina
- Zahim Albakri sebagai Uncle Izam
- Ida Nerina sebagai Kak Yan
- Razif Hashim sebagai Haikal
- Khatijah Tan sebagai Ibu J
- Fasha Rahman sebagai J
Penerbitan
suntingGol & Gincu diarahkan oleh Bernard Chauly dan diterbitkan oleh Lina Tan untuk Red Communications. Cerita dan skrip ditulis oleh Lina bersama Rafidah Abdullah.
Keluaran dan sambutan
suntingGol & Gincu dikeluarkan pada 11 Ogos 2005 dan merupakan kejayaan komersial.
Menurut penerbit filem ini, Lina Tan, Gol & Gincu berjaya mendapat perhatian beberapa festival filem di luar negara termasuk Festival Filem Antarabangsa Tokyo. "Saya amat gembira dan terkejut. Pelakon dan krew juga gembira. Kami agak terkejut kerana ia bukan sebuah filem seni tetapi ia dipilih,".[3]
Runut bunyi
suntingGol & Gincu: Original Soundtrack | |
---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai artis | |
Dilancarkan pada | 11 Ogos 2005 |
Tempat | Malaysia |
Genre | Runut bunyi |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Syarikat | EMI Music Malaysia |
Pengarah | Bernard Chauly |
sunting · sunting di Wikidata |
Album runut bunyi Gol & Gincu juga dikeluarkan pada 11 Ogos 2005, serentak dengan tayangan perdana filem ini, menampilkan artis-artis terkenal termasuk Ella, SingleTrackMind, Juwita Suwito dan ramai lagi. Album ini mengandungi 16 lagu. Ella, Skye Sweetnam, Frequency Cannon dan Jason Lo masing-masing menyumbangkan dua lagu, lagu "Bagaikan Puteri" nyanyian asal Farra diberikan nafas baru oleh Zarina Zainoordin.
- Senarai runut
- "Teruja" - Ella
- "Generasiku" - Radhi OAG
- "Bagaikan Puteri" - Zarina Zainoordin
- "Number One" - Skye Sweetnam
- "Girl" - Frequency Cannon
- "Beautiful Lies" - Juwita Suwito
- "Tangled Up In Me" - Skye Sweetnam
- "Not My Problem" - Jason Lo
- "Without A Cause" - Pop Shuvit
- "Tiada Ertinya" - Nur Fatima
- "Another You" - Cromok
- "Crumbs" - Disagree
- "Mating Season" - Butterfingers
- "Rise & Fall" - Jason Lo
- "Fame & Glory" - Frequency Cannon
- "Percaya Diriku" - Ella
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2006 | Festival Filem Malaysia ke-19 | Pengarah Terbaik | Bernard Chauly | Tercalon |
Filem Terbaik | Gol & Gincu | Tercalon | ||
Pelakon Wanita Terbaik | Fazura | Tercalon | ||
Lakon Layar Terbaik | Rafidah Abdullah | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Sazzy Falak | Menang | ||
Pelakon Harapan Wanita | Sazzy Falak | Tercalon | ||
Lagu Tema Asal Terbaik | Anton Morgan | Tercalon | ||
Pereka Kostum/Busana Terbaik | Daniel Henry | Tercalon | ||
Poster Terbaik | Redfilms | Tercalon |
Kesinambungan
suntingGol & Gincu The Series (2006-07)
suntingSebuah siri televisyen dengan tajuk sama diterbitkan oleh Red Communications untuk tayangan di 8TV, dengan mengekalkan sebahagian besar daripada barisan pelakon asalnya. Musim pertama dari 4 Jun hingga 27 Ogos 2006, dan musim kedua dan terakhir dari 8 Julai hingga 30 September 2007.
Gol & Gincu Vol. 2 (2018)
suntingRujukan
sunting- ^ Nor Fadzillah Baharuddin (1 Jun 2006). Gol & Gincu daripada filem ke drama bersiri Diarkibkan 2018-10-15 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Mac 2014.
- ^ Azwa Rahman (21 Ogos 2018). "Setelah 13 Tahun, Filem Gol & Gincu Vol. 2 Kembali - Hanya Dua Pelakon Asal Dikekalkan". Rojak Daily. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ Audrey Edwards (19 September 2005). Gol & Gincu picked for film fests Diarkibkan 2018-10-25 di Wayback Machine The Star Online. Dicapai pada 25 Oktober 2015.