Golok atau gulok ialah sejenis alat memotong serupa parang yang didapati meluas serata rantau Nusantara.[1] Ia paling lazim digunakan dalam kalangan suku-suku Betawi dan Sunda, namun ia juga diketahui dlam kalangan orang suku Jawa[2][3] dan suku Melayu.

Golok
Golok naga indonesia.jpg
Sebilah golok jenis "naga"
JenisParang
Tempat asalNusantara
Spesifikasi
Panjang25-40 sm

Jenis bilahTunggal cembung
Jenis huluTanduk kerbau, kayu
Sarungan/sarungTanduk kerbau, kayu

Penggunaan senjata ini pernah dicatat seawal dalam manuskrip Sulalatus Salatin (1612)[4] dan Hikayat Hang Tuah[5] (sekitar tahun 1700).[6]

KegunaanSunting

Dalam persilatanSunting

Orang Betawi lazim menggunakan golok jenis simpenan atau sorenam sebagai senjata mempertahankan diri. Malah, senjata ini juga dianggap lambang keberanian dan kejantanan dalam kalangan masyarakat tersebut, di mana seorang yang jaguhan bergelar jawara sering berpasang golok di pinggang. Adat ini dihentikan pada zaman 1970-an di Indonesia atas faktor menjaga keselamatan serta mengelakkan pergaduhan sesama kelompok gang.[7]

RujukanSunting

  1. ^ Albert G Van Zonneveld (2002). Traditional Weapons of the Indonesian Archipelago. Koninklyk Instituut Voor Taal Land. m/s. 29. ISBN 90-5450-004-2.
  2. ^ Golok Jawa.
  3. ^ Carol Laderman (1991). Taming the Wind of Desire: Psychology, Medicine, and Aesthetics in Malay Shamanistic Performance. University of California Press. ISBN 0-520-06916-1.
  4. ^ A. Samad Ahmad (1986). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Dewan Bahasa dan Pustaka. ASIN B00800IO50.
  5. ^ Kassim Ahmad (1975). Hikayat Hang Tuah: (Menurut naskhah Dewan Bahasa dan Pustaka). Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 243.
  6. ^ Hikayat Hang Tuah - malay concordance project
  7. ^ "Golok Pusaka Cibatu, Sukabumi, Jawa Barat: Pandai Besi Senjata yang Andal" (dalam bahasa Indonesian). Wonderful Indonesia. Diarkib daripada yang asal pada March 18, 2014. Dicapai pada March 18, 2014.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)