Gondwana atau Gondwanaland[1] adalah sebuah adibenua yang wujud dari zaman Neoproterozoik kira-kira 550 juta tahun yang lalu. Ia merupakan bahagian kerak benua terbesar zaman Paleozoik meliputi kawasan seluas kira-kira 100,000,000 kilometer persegi[2] atau kira-kira satu perlima daripada permukaan Bumi. Adibenua ini mula berpecah dari Pangea semasa tempoh Jurassik zaman Mesozoik (kira-kira 180 juta tahun yang lalu) sehingga terbukanya dengan peringkat akhir perpisahan, termasuk pembukaan Laluan Drake yang memisahkan benua-benua Amerika Selatan dan Antartika semasa zaman Paleogen. Peninggalan pemecahan adibenua ini membentuk kira-kira dua pertiga daripada kawasan benua yang ada ada hari ini, termasuk Amerika Selatan, Afrika, Antartika, Australia, anak benua India, Zealandia dan jazirah Arab.

Gambaran cantuman Gondwana pada 420 juta tahun dahulu dipusatkan di Kutub Selatan.

Benua purba ini dinamakan oleh saintis Eduard Suess dari Austria sempena wilayah Gondwana di tengah anak benua India;[3] wilayah tersebut merupakan tempat penemuan batuan terawal dari zaman ini di Odisha. Wilayah ini sendirinya dinamakan dari bahasa Sanskrit bermaksud "hutan bangsa Gondi"[4] yakni suatu puak peribumi asli di India.

Rujukan sunting

  1. ^ "Gondwanaland". Merriam-Webster Online Dictionary. Dicapai pada 18 January 2010.
  2. ^ Torsvik & Cocks 2013
  3. ^ Eduard Suess, Das Antlitz der Erde (Muka Bumi), jld. 1 (Leipzig, Germany: G. Freytag, 1885), page 768. From p. 768: "Wir nennen es Gondwána-Land, nach der gemeinsamen alten Gondwána-Flora, … " (Kami menamakan ia Gondwána-Land, sempena flora purba Gondwána … )
  4. ^ Chakrabarti, Pratik (2019). "Gondwana and the Politics of Deep Past". Past & Present. 242 (1): 119–153. doi:10.1093/pastj/gty016.