"Gong Xi Gong Xi" (Bahasa Cina: 恭喜恭喜pinyin: Gōngxǐ gōngxǐ; secara harfiahnya "tahniah, tahniah") merupakan sebuah lagu popular bahasa Cina yang meraihkan penyerahan kalah Jepun di China yang digubal oleh Chen Gexin dan dinyanyikan oleh Yao Lee dan Yao Min.[1] Oleh sebab lagu tersebut dikeluarkan pada Tahun Baru Cina yang pertama selepas berakhirnya perang, lagu ini telah menjadi sebuah lagu Tahun Baru Cina yang klasik.

Sejarah sunting

 
Rakyat China di Shanghai meraihkan Hari Kemenangan ke atas Jepun

Melodi dan lirik bagi lagu ini digubal oleh Chen Gexin (di bawah nama pena Qing Yu). Beliau telah ditangkap oleh tentera Jepun tiga bulan sebelum kekalahan Jepun.[2] Lagu ini ditulis di Shanghai antara tahun 1945 hingga 1946 untuk meraihkan kekalahan tentera Jepun dan kebebasan China selepas tamatnya Perang China-Jepun Kedua (Perang Dunia Kedua).[3][4] Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh Yao Lee dan abangnya, Yao Min.[5]

Oleh sebab judul lagu ini juga merupakan ucapan selamat Tahun Baru Cina yang umum dan lagu ini meraihkan kedatangan musim bunga, lagu ini dengan cepatnya telah dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina sahaja.[6] Kini, lagu tersebut kekal sebagai salah satu lagu Tahun Baru Cina yang paling popular.[7][8] Versi kontemporari bagi lagu ini kerap ditampilkan dalam album koleksi lagu Tahun Baru Cina, dengan pelbagai gubahan yang berbeza seperti dalam bentuk muzik tarian elektronik atau dalam dialek Hokkien dan juga bahasa Inggeris.

Veri yang lebih moden dikeluarkan pada tahun 2002 dalam album "Tambah lebih sedikit - lagu nada minor menular" (Cina: 加多一點點–小調大風行) yang dihasilkan oleh China Dolls. Lagu ini juga dimasukkan ke dalam album Kristmas Pink Martini, Joy to the World yang dikeluarkan pada 2010. Lagu tersebut telah diberikan judul "Congratulations - A Happy New Year Song" dan dinyanyikan oleh China Forbes dan Timothy Yuji Nishimoto. Khởi My telah menyanyikan adaptasi bahasa Vietnam lagu tersebut yang berjudul Chúc Tết.

Lirik sunting

Lirik bahasa Cina Hanyu Pinyin Terjemahan bahasa Melayu

每条大街小巷,
每个人的嘴里
见面第一句话,
就是恭喜恭喜
恭喜恭喜恭喜你呀,
恭喜恭喜恭喜你

měitiáo dà jiē xiǎo xiàng,
měige rén dè zuǐ lǐ
jiànmiàn dì yī jù huà,
jiù shì gōngxǐ gōngxǐ
gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ ya
gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ

Di setiap jalan
Pada lidah setiap orang
Setiap kali bertemu,
Perkataan pertama yang diucapkan ialah "Tahniah."
Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu
Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu

冬天已到尽头
真是好的消息
温暖的春风
就要吹醒大地
恭喜恭喜恭喜你呀
恭喜恭喜恭喜你

dōng tiān yǐ dào jìn tóu,
zhēn shì hǎo de xiāo xī
wēn nuǎn de chūn fēng,
jiù yào chuī xǐng dà dì
gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ ya
gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ

Musim sejuk sudah berakhir,
Ini berita baik,
Bayu musim bunga yang panas
Akan tiba di bumi
Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu
Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu

浩浩冰雪融解,
眼看梅花吐蕊
漫漫长夜过去,
听到一声鸡啼
恭喜恭喜恭喜你呀,
恭喜恭喜恭喜你

hào hào bīng xuě róng jiě,
yǎn kàn méi huā tù ruǐ
màn màn cháng yè guò qù,
tīng dào yī shēng jī tí
gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ ya
gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ

Salji sudah mencair
Nampak pokok plum berbunga
Malam yang panjang sudah berakhir,
Terdengar ayam berkokok,
Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu
Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu

经过多少困难,
历经多少磨练
多少心儿盼望,
盼望新的消息
恭喜恭喜恭喜你呀,
恭喜恭喜恭喜你

恭喜恭喜恭喜你呀,
恭喜恭喜恭喜你

jīng guò duō shǎo kùn nán,
lì jīng duō shǎo mó liàn
duō shǎo xīn ér pàn wàng,
pàn wàng xīn de xiāo xī
gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ ya
gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ

gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ ya
gōngxǐ gōngxǐ gōngxǐ nǐ[9]

Setelah mengalami begitu banyak cabaran,
Mengalami begitu banyak pengalaman pahit,
Berapa banyak hati yang sedang berharap,
Berharap adanya berita baik
Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu
Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu

Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu
Tahniah, tahniah, tahniah kepadamu

Penggubahan sunting

Lagu ini hanya mempunyai empat baris bagi setiap rangkap. Oleh sebab lagu ini asalnya bertujuan untuk memperingati pengakhiran peperangan, melodinya digubal dalam nada minor dan membawa perasaan melankolis.[2] Penggubahan asal juga tidak mempunyai iringan gong dan gendang, namun kedua-dua unsur ini telah ditambah kemudian untuk mewujudkan suasana perayaan.

Antara lima rangkap liriknya, rangkap pertama lagu Gong Xi Gong Xi adalah paling terkenal dalam kalangan masyarakat. Rangkap pertama dan kelima menggambarkan keadaan orang ramai yang saling mengucapkan tahniah, manakala rangkap kedua hingga keempat memerikan pengakhiran musim sejuk dan ketibaan musim bunga. Liriknya asal membawa maksud sambutan penamatan perang dan pengakhiran kehidupan perang yang sengsera, tetapi kini maksudnya sudah berubah kepada menggambarkan suasana sambutan Tahun Baru Cina.[6][10] Liriknya mudah menarik dan beberapa barisnya juga berima.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Lau, Melody (24 Januari 2020). "The dark history behind one of Lunar New Year's most popular songs". Canadian Broadcasting Company. Dicapai pada 2021-10-06.
  2. ^ a b "The true story behind 'Gong Xi Gong Xi' song". The Star. 28 Januari 2017. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  3. ^ a b "這首「恭喜恭喜」你一定聽過!但它最早卻不是為過年而寫..." [Lagu "Gong Xi Gong Xi" anda pasti pernah dengar! Tetapi asalnya bukan digubal untuk Tahun Baru Cina] (dalam bahasa Cina). EBC News. 2017-01-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-11. Dicapai pada 2018-02-11.
  4. ^ Zhang, Chengjue (2014). 1957' 中國音樂 [1957' muzik China] (dalam bahasa Cina). China Independent Writers Publishing Inc. m/s. 183. ISBN 9789881265623.
  5. ^ Tzeng, Huoy-jia (1998). 從流行歌曲看台灣社会 [Lihat masyarakat Taiwan dari segi muzik popular] (dalam bahasa Cina). Laureate Book Co. LTD. m/s. 108, 261.
  6. ^ a b "過年必聽! 「恭喜恭喜」傳唱71年" [Mesti Dengar semasa Tahun Baru Cina! "Gong Xi Gong Xi" dinyanyikan oleh orang ramai selama 71 tahun]. Liberty Times (dalam bahasa Cina). 2017-01-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-11. Dicapai pada 2018-02-11.
  7. ^ Chen Gang (2002). 玫瑰, 玫瑰我爱你: 歌仙陈歌辛之歌 [Bunga Mawar, Bunga Mawar, Aku Cinta Padamu: Lagu Chen Gexin] (dalam bahasa Cina). Shanghai Lexicographical Publishing House. m/s. 265.
  8. ^ Chen Gang (2015-08-28). Zhai Ming Hao (penyunting). ""歌仙"陈歌辛的抗战声音" [Suara menentang tentera Jepun Chen Gexin]. tuanjiewang.cn (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-11. Dicapai pada 2018-02-11.
  9. ^ Archived at Ghostarchive and the Wayback Machine: "Learn How To Sing the Chinese New Year Song "gōng xǐ gong xǐ "". YouTube.
  10. ^ Samuel Hui (2017-01-27). "《恭喜恭喜》與抗戰血淚史" ["Gong Xi Gong Xi" dan sejarah penentangan tentera Jepun]. China Times (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-11. Dicapai pada 2018-02-11.

Pautan luar sunting