Buka menu utama

Wikipedia β

Good Friday (Timor Leste)

Good Friday (juga dikenali sebagai Jumaat Agung) adalah cuti keagamaan dalam budaya agama Kristian yang memperingati kematian Yesus Kristus yang disebabkan penyaliban di Calvary. Cuti ini disambut semasa Minggu Suci sebagai sebahagian daripada Paschal Triduum pada hari Jumaat sebelum Hari Easter pada hari Ahad, dan mungkin juga bertembung dengan hari Passover orang Yahudi.

Tarikh memperingati hari ini cenderung berubah dari hari ke hari mengikut peredaran dalam takwim Gregorius. Gereja-gereja Mazhab Timur dan Mazhab Barat saling bertelingkah mengenai perkiraan hari sambutan Easter, lebih-lebih lagi hari Good Friday. Hari ini dimaktubkan sebagai cuti am di beberapa negara Barat termasuk beberapa negeri dalam Amerika Syarikat.[1] Malah, ada beberapa negara tertentu seperti Jerman mempunyai undang-undang yang mengharamkan kegiatan tertentu - misalnya tari-menari atau berlumba kuda - yang dianggap mecemar kesucian hari ini.[2][3]

RujukanSunting

  1. ^ Harper's New Monthly Magazine, Volume 36, Issue 214. Harper & Brothers. 1868. m/s. 521. In England Good-Friday and Christmas are the only close holidays of the year, when the shops are all closed and the churches opened. 
  2. ^ Petre, Jonathan (21 Mac 2008). "Good Friday gambling angers churches". The Telegraph. Bookmakers estimate that thousands of shops will be operating, even though Good Friday is one of three days in the year when no horse racing takes place. 
  3. ^ Stevens, Laura (29 Mac 2013). "In Germany, Some Want to Boogie Every Day of the Year". The Wall Street Journal. Every year on Good Friday, Germany becomes a little like the fictional town in the movie 'Footloose' – dancing is verboten. The decades old 'Tanzverbot,' or dance ban, applies to all clubs, discos and other forms of organized dancing in all German states. 

Pautan luarSunting