Goodyear Tire and Rubber Company

(Dilencongkan dari Goodyear)

The Goodyear Tire & Rubber Company atau dikenali sebagai Goodyear ialah sebuah syarikat perkilangan tayar multinasional Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1898 oleh Frank Seiberling dan berpangkalan di Akron, Ohio. Goodyear mengeluarkan tayar untuk kereta, trak komersial, trak ringan, motosikal, SUV, kereta lumba, kapal terbang, peralatan ladang dan jentera penggerak bumi berat. Ia juga menghasilkan tayar basikal dari penubuhannya sehingga tahun 1976.[2] Sehingga 2017, Goodyear ialah salah satu dari empat pengilang tayar utama di samping Bridgestone (Jepun), Michelin (Perancis) dan Continental (Jerman).[3]

The Goodyear Tire & Rubber Company
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS3825501014 Sunting ini di Wikidata
IndustriPerkilangan
Ditubuhkan29 Ogos 1898; 125 tahun yang lalu (1898-08-29)
Akron, Ohio, A.S.
PengasasFrank Seiberling
Ibu pejabatAkron, Ohio, A.S.
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingRichard J. Kramer (Pengerusi, Presiden, dan CEO)
KeluaranTayar
Hasil US$15.37 bilion (2017)[1]
Pendapatan kendalian US$1.221 bilion (2017)[1]
Pendapatan bersih US$346 juta (2017)[1]
Jumlah aset US$17.064 bilion (2017)[1]
Jumlah ekuiti US$4.603 bilion (2017)[1]
Bilangan kakitangan~64,000 (Disember 2017)[1]
Anak syarikatDunlop Tyres, Kelly-Springfield Tire Company, Goodyear (United Kingdom), Cooper Tire & Rubber Company, Goodyear Aerospace, Goodyear Tire & Rubber Company of Canada, Goodyear Auto Service Sunting ini di Wikidata
Tapak webgoodyear.com
Facebook: GoodyearNorthAmerica Twitter: goodyear Instagram: goodyear Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Syarikat ini dinamakan sempena Charles Goodyear, pencipta getah vulkanisasi. Tayar Goodyear yang pertama menjadi popular kerana mudah dipisahkan dan memerlukan sedikit penyelenggaraan.

Goodyear juga dikenali dengan Goodyear Blimp. Walaupun Goodyear telah mengeluarkan kapal udara dan belon sejak awal 1900-an, iklan Goodyear pertama muncul pada tahun 1925. Hari ini ia merupakan salah satu ikon pengiklanan yang paling dikenali di Amerika.[4] Syarikat ini merupakan pembekal tayar paling berjaya dalam sejarah Formula One, dengan lebih permulaan, kemenangan, dan juara bina berbanding pembekal tayar lain.[5] Mereka menarik diri dari sukan tersebut selepas musim 1998. Ia merupakan pembekal tayar tunggal bagi siri NASCAR.

Goodyear ialah bekas komponen Dow Jones Industrial Average.[6] Syarikat itu membuka sebuah gedung ibu pejabat global baru di Akron pada tahun 2013.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "The Goodyear Tire & Rubber Company 2017 Annual Report (Form 10-K)". sec.gov. U.S. Securities and Exchange Commission. February 2018.
  2. ^ "Goodyear Returns to Bicycle Tires". March 2, 2015. Dicapai pada January 19, 2018 – melalui www.bloomberg.com.
  3. ^ "Leading tyre manufacturers". Tyrepress (dalam bahasa Inggeris). 2013-09-26. Dicapai pada 2018-03-13.
  4. ^ Terdiman, Daniel. "Goodyear bids goodbye to blimps, says hello to zeppelins". CNET. Dicapai pada December 30, 2014.
  5. ^ "FormulaSPEED2.0". Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 27, 2012. Dicapai pada Disember 29, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "History of DJIA, globalfinancialdata.com". Diarkibkan daripada yang asal pada September 26, 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut sunting

  • Richard Korman. The Goodyear Story: An Inventor's Obsession and the Struggle for a Rubber Monopoly (2002)
  • Ronald P. Conlin; "Goodyear Advertising Research: Past, Present and Future" Journal of Advertising Research, Vol. 34, 1994. The real story of Goodyear.

Pautan luar sunting