Datuk Seri Gopal Sri Ram (16 Ogos 1943 — 29 Januari 2023) ialah seorang peguam dan hakim Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai hakim yang adil dan cepat membuat penghakiman secara lisan. Beliau bersara Hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2010.

Datuk Seri

Gopal Sri Ram

P.J.N., S.M.W., D.I.M.P., D.M.S.M.
Peguam
Dalam jawatan
1969–2023
Hakim Mahkamah Persekutuan
Dalam jawatan
2009–2010
Hakim Mahkamah Rayuan
Dalam jawatan
1994–2009
Butiran peribadi
LahirSri Ramachandra Gopal Iyer
(1943-08-16)16 Ogos 1943
Meninggal dunia29 Januari 2023(2023-01-29) (umur 79)
Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur
Sebab kematianjangkitan kuman pada paru-paru
Alma materLincoln’s Inn & Victoria Institution
PekerjaanPeguam

Beliau sering memberi penghakiman lisan serta merta dan penghakiman penting berkaitan dengan kes-kes kepentingan orang awam, kontrak dan undang-undang industri. Beliau merupakan Hakim Mahkamah Rayuan selama 15 tahun sebelum dinaikkan ke Mahkamah Persekutuan pada 2009.

Beliau adalah peguam pertama dari firma swasta untuk dilantik terus ke Mahkamah Rayuan apabila ia diwujudkan pada 1994. Beliau tidak pernah berkhidmat sebagai pesuruhjaya kehakiman atau hakim mahkamah tinggi. Pada 29 Januari 2023,beliau telah disahkan meninggal dunia kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Penglibatan kes sunting

Sebagai hakim sunting

  1. Tuntutan 354 peneroka Felda Kemahang menyaman Felda dan menuntut ganti rugi am berhubung penmbayaran bagi buah kelapa sawit yang didakwa peneroka berkenaan telah dibayar pada harga kualiti lebih rendah oleh agensi itu dari 1996 hingga 2002, mengakibatkan mereka menanggung kerugian[2].

Sebagai peguam sunting

  1. Mengetuai pendakwaan terhadap Najib Razak dalam perbicaraan rasuah 1MDB
  2. Menjadi pendakwa utama dalam kes projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion yang melibatkan isteri Najib, Rosmah Mansor.
  3. Mengetuai pendakwaan Lim Guan Eng pada 1988, yang menyebabkan Lim Guan Eng dihantar ke penjara kerana menghasut.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Melaka
    • Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk (1996)
  •   Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (1996).
  •   Malaysia
    • Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2009)
  •   Wilayah Persekutuan
    • Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) - Datuk Seri (2010)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Gopal Sri Ram
  2. ^ "Muktamad: Mahkamah Perintah Bayar Peneroka Felda RM11 Juta". Greenboc. 19 Jan 2010. Dicapai pada 29 Januari 2023.