Goran Hadžić ( Serbia : Горан Хаџић; lahir 7 September 1958 ) merupakan warga Croatia Serbia dan bekas presiden Republik Serbia Krajina (1991-1995) semasa Perang Kemerdekaan Croatia . Beliau telah dituduh atas jenayah kemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia semasa perang oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia . Mahkamah dia kerana terlibat dalam tindakan jenayah yang diketuai oleh Slobodan Milošević di Croatia dari Jun 1991 hingga Disember 1993 dengan tujuan penghapusan penduduk bukan-Serbia dalam satu pertiga wilayah Croatia , dan penganiayaan dan pembunuhan etnik Croat dan lain-lain bukan-Serb .Antaranya ialah kekejaman yang dilakukan di Vukovar. Dia berhadapan dengan 14 tuduhan jenayah perang fdan jenayah terhadap kemanusiaan.

Goran Hadžić
Горан Хаџић
Hadžić in 1992
2nd President of Republic of Serbian Krajina[perlu rujukan]
Dalam jawatan
1992[1] – 1994[2]
Perdana MenteriZdravko Zečević[3]
Didahului olehMilan Babić[4]
Digantikan olehMilan Martić[5]
Butiran peribadi
Lahir (1958-09-07) 7 September 1958 (umur 65)
Vinkovci, PR Croatia Yugoslavia
KerakyatanSerb
Parti politikSerb Democratic Party
League of Communists of Yugoslavia

Berjaya ditangkap sunting

Beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa Serbia pada 20 Julai, 2011 jam 8.24 waktu temapatan di Krusedol, sebuah kampung di Fruska Gora, bukit kecil di utara Belgrade ketika beliau sedang menunggu kenalan. Beliau ditangkap ketika berusia 52 tahun, berjanggut hitam, menggunakan kad pengenalan palsu untuk bergerak, tetapi segera mengesahkan identiti sebenar. Beliau melarikan diri dari rumahnya di Novi Sad dengan beg pakaian di tangan pada Julai 1994. Keluarganya dan anaknya Srecko Hadzic tidak tahu di mana dia berada.

Dua bulan lalu (Mei 2011), Ratko Mladic bekas komander tentera Serb Bornia berjaya ditangkap kerana tuduhan pembunuhan beramai-ramai. Slobodan Milošević ditangkap 3 tahun lalu selepas hidup secara terbuka dan menyamar.

Sebelum ini, Serbia berjanji akan menangkap mereka yang bertanggungjawab dalam perang jika mahu menjadi anggota Kesatuan Eropah. Boris Tadic selaku presiden Serbia mengesahkan penangkapan itu kerana tanggungjwab moral. NATO mengucapkan tahniah kepada Serbia di atas obligasi negara itu.

[6]

Rujukan sunting