Got It? merupakan album mini penampilan sulung oleh kumpulan muzik GOT7. Ia dilancarkan pada 20 Januari 2013 oleh JYP Entertainment. Lagu "Girls Girls Girls" (Gadis Gadis Gadis) daripada album mini ini dijadikan sebagai lagu promosi untuk album tersebut.

Got It?
EP oleh
Dilancarkan pada20 Januari 2014[1]
Dirakamkan padaJYP Studio, Seoul, Korea Selatan (2013)
GenreK-pop, pop tarian, hip hop
Panjang20:51
BahasaKorea
SyarikatJYP Entertainment
PenerbitPark Jin Young Edit the value on Wikidata
Ulasan profesional
Kronologi GOT7
Got It?
(2014)
Got Love (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Single daripada Got It?
  1. "Girls Girls Girls"
    Dikeluarkan: 20 Januari 2014
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Pada 31 Disember 2013, JYP Entertainment (JYPE) telah mendedahkan bahawa pihak tersebut akan membuat penampilan pertama bagi kumpulan muzik lelaki baharu mereka yang dikenali sebagai GOT7, dengan nombor 7 dirujuk sebagai tujuh orang ahli dalam kumpulan itu dengan kewarganegaraan yang berbeza.[3] Kumpulan muzik ini akan menjadi kumpulan hip hop pertama daripada syarikat JYPE. Syarikat tersebut memperkenalkan ahli-ahli dalam GOT7 secara berperingkat bermula pada 3 Januari 2014. Wadah GOT7 yang pertama, dikenali sebagai 'Garage Showcase' diadakan pada 15 Januari, sebagai pentas penampilan sulung mereka dan pentas pertama mereka di dalam rancangan muzik iaitu di M! Countdown diadakan pada 16 Januari.[3]

Pada 9 Januari 2014, teaser video muzik "Girls Girls Girls" dilancarkan dengan memaparkan seorang demi seorang ahli GOT7 dengan menggunakan konsep skrin pisah yang rumit dan hebat manakala video muzik penuh pula dilancarkan pada 15 Januari 2014.[4] Album mini mereka pula dikeluarkan pada 20 Januari 2014 dengan enam buah lagu.[1]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."여보세요" (Helo) Noday, ChloeNoday, ChloeNoday3:38
2."Girls Girls Girls" (Gadis Gadis Gadis) Park Jin-youngPark Jin-youngPark Jin-young, Hong Ji-sang3:35
3."난 니가 좋아" (Aku Sukakanmu) Park Jin-youngPark Jin-youngPark Jin-young, Hong Ji-sang3:24
4."따라와" (Ikutku) S. Bros, BluesunS. BrosS. Bros3:10
5."Like Oh" (Seperti Oh) Lee U-min, Crizzy & GuyLee U-min, Fredrik 'Fredro' OdesjoLee U-min, Fredrik 'Fredro' Odesjo3:39
6."Playground" (Taman Permainan) Mr. ChoMr. ChoMr. Cho3:34
Jumlah masa: 20:51


Rujukan sunting

  1. ^ a b "GOT7 ingin tahu jika anda 'Got It?' dengan album mini debut mereka" (dalam bahasa Inggeris). allkpop.
  2. ^ "GOT7 미니앨범 1집 `Got it?`" (dalam bahasa Korea). Naver Music. Dicapai pada 22 Januari 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "Kumpulan Baharu JYP, GOT7 Mengeluarkan Klip Teaser untuk Lagu Debut" (dalam bahasa Inggeris). 10 asia.com. 13 Januari 2013. Dicapai pada 22 Januari 2013. Unknown parameter |writer= ignored (bantuan)
  4. ^ "Kumpulan lelaki baharu JYP Entertainment, GOT7 melancarkan video muzik debut pada 15 Januari!" (dalam bahasa Inggeris). allkpop.

Pautan luar sunting