Grace Patricia Kelly (12 November 1929 – 14 September 1982) merupakan seorang pelakon teater dan filem Amerika Syarikat yang giat terlibat dalam bidang lakonan termasuk banyak pementasan, siri TV dan filem pada dekad 1950-an. Perkenalannya dengan Putera Monaco, Rainier III, membawa kepada suatu hubungan kuat di mana mereka berkahwin saat persaraan Kelly pada April 1956. Kelly menjadi permaisuri ketua negara tersebut yang turut melahirkan tiga orang waris takhta Wangsa Grimaldi sambil mengekalkan kewarganegaraan Amerika Syarikatnya.[1]

Grace Kelly
Puteri Grace di Amsterdam t. 1972
Puteri Monaco
TenureTemplat:Daterangedash
KeputeraanGrace Patricia Kelly
(1929-11-12)12 November 1929
Philadelphia, Pennsylvania,
Amerika Syarikat
Kemangkatan14 September 1982(1982-09-14) (umur 52)
Monaco Hospital, La Colle, Prinsipaliti Monaco
Pemakaman18 September 1982
Cathédrale de Notre-Dame-Immaculée, Monaco-Ville, Monaco
PasanganRainier III, Putera Monaco (k. 1956)
Anakanda
KerabatGrimaldi (melalui perkahwinan)
AyahandaJohn B. Kelly Sr.
BondaMargaret Katherine Majer
AgamaKatolik
TandatanganTandatangan Grace Kelly
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1950–56
Anugerah

Lakonannya dalam Mogambo (1953) meraih beliau pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan meraih Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, pada tahun berikutnya pula beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahannya dalam filem drama The Country Girl.[2]

Awal hidup sunting

Grace Kelly lahir di Philadelphia, Pennsylvania, dan dibesarkan di daerah East Falls, Philadelphia. Beliau anak ketiga empat adik beradik kepada John Brendan Kelly, Sr. (Jack Kelly) - seorang atlet lumba dayung Olimpik 3 kali dan Pengarah Kecergasan Fizikal Negara zaman Franklin Roosevelt - dan Margaret Katherine Majer Kelly, wanita pertama mengepalai Bahagian Pendidikan Sukan di Universiti Pennsylvania. Ayahnya berketurunan orang Ireland Katolik dari County Mayo sementara ibunya keturunan orang Jerman Lutheran.

Ketika masih remaja dan bersekolah di Ravenhill Academy, Grace sudah menceburi bidang peragaan busana dalam acara lokal bersama ibu dan adik perempuannya. Grace memasuki dunia lakonan selepas menamatkan persekolahannya pada bulan Jun 1947 di mana beliau menghadiri uji bakat di American Academy of Dramatic Arts, New York diikutinya dengan membawakan adegan sandiwara Torchbearers - drama tersebit hasil karya pamannya sendiri, George Kelly yang pernah memenangi Hadiah Pulitzer. Walaupun kuota siswa untuk semester tersebut sudah penuh terisi, Grace diberi kesempatan wawancara dengan kepala penerimaan siswa baru, Emile Diestel. Hasilnya mudah ditebak, Grace akhirnya diterima di American Academy of Dramatic Arts, sekolah yang melahirkan banyak bakat lakonan terkenal seperti Katharine Hepburn, Lauren Bacall, Gene Tierney, dan Spencer Tracy. Grace tinggal di asrama perempuan "Manhattan's Barbizon Hotel for Women" yang terletak di 63rd Street and Lexington Avenue. Kerja sampingan sebagai model foto dilakukannya untuk menambah wang saku sambilan.

Grace turut mahir melatih diri menyanyi dengan terus menerus - iasangat membantu dalam memulakan kerjaya pementasannya dari panggung Broadway bersama-sama Raymond Massey dalam The Father karya Strindberg. Pada usia 19 tahun, drama yang dimainkannya sebagai syarat kelulusan adalah The Philadelphia Story; peran dalam drama tersebut nantinya juga dimainkan Grace Kelly di akhir kerjaya filemnya.

Kerjaya lakonan sunting

Lakonan pentas Grace menarik perhatian Delbert Mann, produser televisyen yang memilihnya berperan sebagai Bethel Maraday dalam drama televisyen. Karier di dunia layar lebar dimulai dengan peran kecil dalam filem Fourteen Hours (1951). Grace waktu itu berusia 20 tahun dan mendapat banyak tawaran main filem, tetapi ditolaknya karena masih ingin bermain teater. Ketika berpentas di Elitch Gardens, Grace menerima telegram dari produser Hollywood Stanley Kramer yang memintanya menjadi lawan main Gary Cooper dalam High Noon (1952). Menurut penulis biografi Wendy Leigh, Grace Kelly waktu itu terlibat asmara dengan dua pria sekaligus, Gary Cooper dan sutradara Fred Zinnemann.

 
Gambar publisiti bertarikh t. 1954

Pada bulan September 1952, Grace diminta MGM untuk terbang ke Los Angeles mengikuti ujibakat peran Linda Nordley dalam filem Mogambo. Peran tersebut jatuh ke tangan Grace dengan tawaran kontrak selama 7 tahun. Grace menerima tawaran kontrak dengan MGM walaupun gaji yang ditawarkan agak rendah ada ketika itu dengan AS$850 seminggu. Sebelum kontrak ditandatangani, Grace mengajukan dua syarat tambahan: setiap dua tahun sekali mendapat cuti setahun untuk pentas di teater, dan boleh tinggal di New York City. Dua bulan sesudahnya, November 1952, Grace bersama pemeran Mogambo yang lain sudah tiba di Nairobi untuk memulai pengambilan gambar. Ketika Grace diwawancara kolumnis Hollywood Hedda Hopper, Grace mengehendaki 3 hal menyenangkan selama syuting Mogambo, John Ford, Clark Gable, dan perjalanan ke Afrika dengan semua biaya ditanggung. Kalau saja Mogambo dibuat di Arizona, saya tidak akan turut serta.[3]

Setelah sukses dengan Mogambo, Grace tampil bersama Jean-Pierre Aumont dalam drama televisyen "The Way of an Eagle" sebelum membintangi filem layar lebar Dial M for Murder. Filem tersebut merupakan adaptasi dari karya Frederick Knott yang telah menjadi masyhur di panggung Broadway dengan Alfred Hitchcock sebagai sutradara. Hitchcock banyak memberi pengarahan sambil mengeksploitasi kecantikan Grace Kelly yang murni di depan kamera. Pemutaran Dial M for Murder dimulai di gedung bioskop pada bulan Mei 1954 dan menjadi box office selain menerima banyak pujian dari pengamat filem.

Grace kembali tampil sebagai lawan main James Stewart dalam filem Hitchcock, Rear Window (1954). Filem selanjutnya adalah bersama Cary Grant dalam karya Hitchcock, To Catch a Thief (1955) yang pengambilan gambarnya dilakukan di Côte d'Azur, Prancis.

Pada tahun 1955, Grace Kelly memenangi piala Oscar untuk kategori Aktris Terbaik dalam filem The Country Girl. Filem terakhirnya High Society (1956) - bikinan semula The Philadelphia Story (1940) - mengandingkan beliau bersama Bing Crosby, Frank Sinatra dan Celeste Holm.[4]

Perkenalan dan perkahwinan bersama Rainier III sunting

Kelly mula berkenalan dengan Putera Rainier III semasa di Festival Filem Cannes 1955 mengetuai delegasi Amerika Syarikat di mana beliau dijemput bergambar dengan baginda di istana persemayamannya 55 kilometer jauh di Monaco, mereka berdua akhirnya dapat bersemuka pada 6 Mei.[5] Mereka mendapati keserasian bersama setelah setahun berkenalan,[6] maka Rainier memutuskan untuk berkahwin dengan Kelly pada tahun 1956.[7]

Terdapat dua majlis yang diadakan untuk mengahwini mereka berdua mengikut undang-undang Monaco:[8]

Kedua-dua raja dan ratu sehari dan seumur hidup ini memulakan bulan madu mereka membuat pelayaran Mediterranean 7 minggu mereka di kapal diraja Deo Juvante II tidak lama selepas berakhirnya majlis ini.[10][12]

Sebagai Puteri Monaco (princesse de Monaco) sunting

 
Putera Rainier dan Puteri Grace mencemar duli ke Rumah Putih, 1961

Beliau menjawat ketua kelab AS Monaco yang dinamakan semula sebagai 'ASM pada tahun 1960, pasukan ini turut memenangi Piala Bola Sepak Perancis dalam perlawanan akhir menentang AS Saint-Étienne pada tahun sama - sumbangan ini sangat diraikan rakyat jelata Monaco sehingga pengurusan beliau disanjung-sanjung mereka[13]. Pada 1963, Grace menubuhkan Association mondiale des amis de l'enfance; badan amal Fondation Princesse Grace de Monaco turut ditubuhkannya pada tahun sama. Beliau juga presiden Palang Merah Monaco (Croix-Rouge monégasque) sehingga akhir hayatnya.

Hollywood pernah menawarkan seberapa lakonan dala filem tertentu namun ditentang hebat dari serata Monaco dan Putera Rainier sendiri kerana tidak sesuainya dengan imej Grace (filem Marnie tahun 1964 arahan Afred Hitchcock menunjukkan seorang watak yang dirancangnya dirogol). Namun, Grace tetap menyumbang kepada dunia seni dengan cara tersendiri melalui pembacaan puisi dan gubahan bunga.[14]

Roger Moore ada menyatakan perwatakan beliau pada ketika ini sangat lucu dan nakal[15] meskipun diamat tinggi dalam penjawatan beliau sebagai permaisuri negara Monaco.

Beliau melahirkan tiga orang putera-puteri hasil perkahwinannya denga Putera Rainier pada ketika ini:

Kemalangan sunting

 
Makam beliau di bawah nama Gratia Patricia di Katedral Saint Nocholas

Pada 13 September 1982, Puteri Grace mengenderai Rover P6[16] berangkat pulang ke Monako bersama Puteri Stephanie dari istana rehat mereka; namun beliau diserang penyakit angin ahmar (menurut pengamatan doktor[17]) sehingga hilang kawalan kereta tersebut yang terbabas dan jatuh ke jurang dari sisi gunung yang berketinggian 120 kaki (37 m). Stéphanie juga cuba mengawa kereta tersebut tetapi gagal.[18]

Puteri Stéphanie hanya mengalami fraktur halus pada vertebra serviks serta konkusi ringan[19] Kelly pula dihantarkan ke Hospital Monaco untuk dirawat kecederaannya pada otak, toraks dan tulang paha; namun beliau akhirnya tidak dapat diselamatkan lanjut sehingga Rainier membenarkan sistem sokongan hidupnya dimatikan. Beliau meninggal dunia malam berikutnya pada jam 10:55 p.m. pada usia 52 tahun.[20]

Grace dimakamkan di Katedral Saint Nicholas, Monako. Putera Rainier dimakamkan berdampingan dengan Puteri Grace setelah baginda sendiri mangkat pada tahun 2005.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tahun Watak Catatan
1951 Fourteen Hours Louise Ann Fuller
1952 High Noon Amy Fowler Kane
1953 Mogambo Linda Nordley
1954 Dial M for Murder Margot Mary Wendice
Rear Window Lisa Carol Fremont
The Country Girl Georgie Elgin
Green Fire Catherine Knowland
The Bridges at Toko-Ri Nancy Brubaker
1955 To Catch a Thief Frances Stevens
1956 The Swan Alexandra
High Society Tracy Samantha Lord
1956 The Wedding in Monaco Diri sendiri Dokumentari
1959 Glück und Liebe in Monaco Diri sendiri
1977 The Children of Theatre Street Pencerita Dokumentari

Televisyen sunting

Tahun Tahun Watak Catatan Ref(s)
1948

1952–1954

Kraft Television Theatre Banyak watak Episod "Old Lady Robbins"

Episod "The Cricket on the Hearth" Episod "The Small Hours" Episod "Boy of Mine" Episod "The Thankful Heart"

[21][22][23][24][25]
1950–1953 The Philco Television Playhouse Banyak watak Episod "Bethel Merriday"

Episod "Ann Rutledge" Episod "Leaf Out of a Book" Episod "Rich Boy" Episod "The Way of the Eagle"

[26][27][28][29][30][31]
1950 Ripley's Believe It or Not! (Tidak diketahui) Episod "The Voice of Obsession" [32]
1950

1952

Studio One (Tidak diketahui) Episod "The Rockingham Tea Set"

Episod "The Kill"

[33][34]
1950 Actors Studio Banyak watak Episod "The Apple Tree"

Episod "The Token" Episod "The Swan"

[35]
1950 Cads, Scoundrels and Ladies (Tidak diketahui) Segment: "The Lovesick Robber" [35]
1950 Comedy Theater (Tidak diketahui) Episod "Summer Had Better Be Good" [36]
1950

1952

Lights Out (Tidak diketahui) Episod "The Devil to Pay"

Episod "The Borgia Lamp"

[37][38]
1950 Big Town (Tidak diketahui) Episod "The Pay-Off" [35]
1950 The Clock (Tidak diketahui) Episod "Vengeance" [39]
1950 The Web (Tidak diketahui) Episod "Mirror of Delusion" [35]
1950 Somerset Maugham TV Theatre (Tidak diketahui) Episod "Episode" [35]
1950

1952

Danger (Tidak diketahui) Episod "The Sergeant and the Doll"

Episod "Prelude to Death"

[40]
1951 Prudential Family Playhouse Helen Pettigrew Episod "Berkeley Square" [41]
1951 The Nash Airflyte Theater (Tidak diketahui) Episod "A Kiss for Mr. Lincoln" [42]
1951–1952 Armstrong Circle Theatre Banyak watak Episod "Lover's Leap"

Episod "Brand from the Burning" Episod "City Editor" Episod "Recapture"

[43][44][45][46]
1952 CBS Television Workshop Dulcinea Episod "Don Quixote" [45]
1952 Hallmark Hall of Fame Claire Conroy Episod "The Big Build Up" [45]
1952–1953 Lux Video Theatre Banyak watak Episod "Life, Liberty and Orrin Dooley"

Episod "A Message for Janice" Episod "The Betrayers"

[47][48][49]
1952 Robert Montgomery Presents (Tidak diketahui) Episod "Candles for Theresa" [45]
1952 Suspense (Tidak diketahui) Episod "Fifty Beautiful Girls" [50]
1952 Goodyear Television Playhouse (Tidak diketahui) Episod "Leaf Out of a Book" [29]
1953 Toast of the Town Sang duet with Ralph Meeker Episod "Teahouse of the August Moon" [51][52]
1963 A Look at Monaco Herself Dokumentari [53]
1966 The Poppy Is Also a Flower Narrator Telefilem [54]
1968 Monte Carlo: C'est La Rose Herself Dokumentari [55]

Anugerah dan kehormatan diraih sunting

Kebesaran diraja sunting

 
 
Jata diraja Puteri Grace Monogram diraja Puteri Grace

Kebesaran luar negeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Buchwald, Art (April 17, 1956). "Grace Kelly Can Retain American Citizenship: Status of Pat Poodle Oliver Not So Clear; His Marriage Could Start Monaco Squabble". Los Angeles Times. ProQuest 166920188.
  2. ^ "1954 Academy Awards: Winners and History". AMC Filmsite.
  3. ^ Hedda Hopper Collection. Maraget Herrick Library, Los Angeles.
  4. ^ Curtis, Jenny (2002). Grace Kelly: a life in pictures. Barnes & Noble Books. ISBN 978-0-7607-3571-8. Dicapai pada 7 June 2013.
  5. ^ Annenberg, Walter H., penyunting (May 7, 1955). "Grance Kelly Visits Monaco Prince". The Philadelphia Inquirer. 252 (127). Philadelphia, PA. m/s. 1 – melalui Newspapers.com.
  6. ^ "Prince Rainier III of Monaco". The Times. April 7, 2005. m/s. 59.
  7. ^ 1956: Prince Rainier marries Grace Kelly, BBC: On This Day. Accessed 31 May 2008.
  8. ^ a b c The Big Week in Monaco: Movies' Pretty Princess Assumes a Real Life Title. Life. 40. Time Inc. April 30, 1956. m/s. 37. ISSN 0024-3019. 'I'm halfway married,' she exclaimed after the first wedding, a 16-minute civil ceremony in his crimson-damasked throne
  9. ^ Hintz, Martin (2004). Monaco. Children's Press. ISBN 978-0-516-24251-4.
  10. ^ a b c Choron, Sandra; Choron, Harry (2010). Planet Wedding: A Nuptial-pedia. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 103. ISBN 978-0-618-74658-3.
  11. ^ Vickers, Hugo (2007). Horses & Husbands – The Memoirs of Etti Plesch. m/s. 170. ISBN 978-1-904349-54-9.
  12. ^ Taraborrelli 2003, halaman 149
  13. ^ Patrick Jeudy dari « Grace Kelly face à son destin », dokumentari France 2 (September 2012).
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Match tidak disediakan
  15. ^ "Roger Moore :«Grace Kelly avait le regard coquin»". Le Figaro (dalam bahasa Perancis). « ...redoutable sens de l'humour. Son regard brillait d'une flamme particulièrement coquine... »
  16. ^ http://www.channel4.com/4car/ft/feature/top+ten/1737/8 4Car Feature, Top Ten: Notorious cars
  17. ^ Vinocur, John (September 17, 1982). "Princess Stricken Before Crash, Doctors Say". New York Times. Dicapai pada September 23, 2014.
  18. ^ Werner, Jennifer (2014). Grace Kelly of Monaco: The Inspiring Story of How An American Film Star Became a Princess. BookCaps Study Guides. m/s. 40–44. ISBN 978-1-62917-248-4.
  19. ^ "BBC On This Day 1982: Hollywood princess dead". BBC News. September 14, 1985. Dicapai pada March 13, 2010.
  20. ^ Leigh, Wendy (2007). True Grace: The Life and Death of an American Princess. New York, NY: Thomas Dunne Books. m/s. 245. ISBN 978-0-312-34236-4.
  21. ^ Spoto 2010, m/s. 49.
  22. ^ Spoto 2010, m/s. 83.
  23. ^ "Video Highlights". The Brooklyn Daily Eagle. August 27, 1952. m/s. 17. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  24. ^ "Television". Long Beach Independent. July 1, 1953. m/s. 22. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  25. ^ "Tele-Views". Daily Capital Journal. January 19, 1954. m/s. 13. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  26. ^ Vernon, Terry (January 22, 1950). "Tele-Vues". Long Beach Independent. m/s. 30. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  27. ^ "Television". The Brooklyn Daily Eagle. January 8, 1950. m/s. 12. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  28. ^ "Television". The Brooklyn Daily Eagle. February 12, 1950. m/s. 34. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  29. ^ a b Spoto 2010, m/s. 51, 82.
  30. ^ Spoto 2010, m/s. 84.
  31. ^ Vernon, Terry (June 7, 1953). "Tele-Vues". Independent Press-Telegram. m/s. 73. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  32. ^ "Television". The Brooklyn Daily Eagle. January 11, 1950. m/s. 25. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  33. ^ "Television". The Brooklyn Daily Eagle. January 23, 1950. m/s. 25. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  34. ^ "The Kill". Turner Classic Movies. Dicapai pada May 25, 2015.
  35. ^ a b c d e Spoto 2010, m/s. 51.
  36. ^ "Television". The Brooklyn Daily Eagle. July 9, 1950. m/s. 30. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  37. ^ "Television". The Brooklyn Daily Eagle. July 17, 1950. m/s. 19. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  38. ^ "Video Highlights". The Brooklyn Daily Eagle. March 17, 1952. m/s. 12. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  39. ^ "Television". The Brooklyn Daily Eagle. October 20, 1950. m/s. 25. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  40. ^ "Television Programs". The Pocono Record. February 5, 1952. m/s. 7. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  41. ^ Spoto 2010, m/s. 62.
  42. ^ "Video Highlights". The Brooklyn Daily Eagle. February 22, 1951. m/s. 19. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  43. ^ "Television Features". The Bridgeport Telegram. June 5, 1951. m/s. 22. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  44. ^ Spoto 2010, m/s. 81.
  45. ^ a b c d Spoto 2010, m/s. 82.
  46. ^ Spoto 2010, m/s. 88.
  47. ^ "Video Highlights". The Brooklyn Daily Eagle. February 18, 1952. m/s. 12. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  48. ^ "Video Highlights". The Brooklyn Daily Eagle. September 29, 1952. m/s. 19. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  49. ^ "Television". Long Beach Independent. May 21, 1953. m/s. 27. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  50. ^ "Video Highlights". The Brooklyn Daily Eagle. July 1, 1952. m/s. 15. Dicapai pada May 24, 2015 – melalui Newspapers.com.  
  51. ^ "Toast of the Town "Teahouse of the August Moon" excerpt, David Wayne, John Forsythe". Paley Center for Media. Dicapai pada May 25, 2015.
  52. ^ "Ed Sullivan Show, The: 10th Anniversary". Paley Center for Media. Dicapai pada May 25, 2015.
  53. ^ "Television". The Australian Women's Weekly. National Library of Australia. Dicapai pada 12 March 2015.
  54. ^ Wydra 2014, m/s. 435.
  55. ^ Wydra 2014, m/s. 436.
  56. ^ "Ordonnance Souveraine n° 1.324 conférant l'honorariat la Grand'Croix de l'Ordre de Saint-Charles – Journal 5143". Journal de Monaco. Principauté de Monaco. 1956.
  57. ^ Jack Jones, "Princess Grace" The Register-Guard, September 15, 1982.
  58. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan register2 tidak disediakan
  59. ^ "Iran: Host to the World". Badraie. Diarkibkan daripada yang asal pada March 5, 2016. Dicapai pada September 6, 2014.
  60. ^ "Cloud". gouv.mc.

Pautan luar sunting