Grace "Gracie" Sheffield (lahir 1987) merupakan watak rekaan rancangan komedi televisyen The Nanny. Dia dilakonkan oleh Madeline Zima.

Grace Sheffield
Kemunculan pertama Pilot
Kemunculan akhir The Finalé
Information
Nama panggilan "Gracie"
Umur 6 (Musim 1) — 11 (Musim 6)
Pekerjaan Pelajar
Keluarga Maxwell Sheffield (bapa)
Sara Sheffield (ibu)
Fran Fine (ibu tiri)
Brighton Sheffield (abang)
Margaret Sheffield (kakak)
Eve Sheffield (adik tiri)
Jonah Sheffield (adik tiri)
Saudara Elizabeth Sheffield (nenek)
James Sheffield (datuk)
Joan Sheffield (nenek tiri)
Roberta (nenek)
Ernest (datuk)
Jocelyn Sheffield (ibu saudara)
Nigel Sheffield (bapa saudara)
Concepcion (ibu saudara)
Dilakonkan oleh Madeline Zima
Direka oleh Fran Drescher
Peter Marc Jacobson

Sheffield Muda sunting

Grace merupakan anak yang bongsu kepada Maxwell dan Sara. Sehingga kedatangan Fran Fine, dia merupakan orang yang paling terkesna dengan kematian ibunya. Dia berjumpa dengan pakar terapi katika dia masih enam tahun. Beliau banyak mempelajari benda dari sesi terapipnya hinggakan dia sering menggunakan hal yang berkaitan dengan psikologi.

Setelah kedatangan Fran, Grace dan Fran cepat mesra seperti juga kakaknya, Maggie. Disebabkan Fran, Grace tidak perlu berjumpa dengan pakar terapi dengan lebih kerap seperti dulu lagi. Malah, dia melihat Fran sebagai seorang ibu. Grace sangat menyayangi Fran hinggakan sanggup lari ke Flushing untuk berjumpa Fran dan ibunya, Sylvia Fine. Ketika di Flushing juga, dia menghadiri majlis perkahwinan Yahudi yang pertama.

C.C. Babcock, rakan perniadaan dengan bapanya, dan musuh dalam selimut Fran, telah menyakiti hati Grace dengan mengatakan yang Fran hanyalah seorang pengasuh yang dibayar. Ini membuatkan Fran memarahi C.C. "Kamu perempuan yang hebat, dan saya harap kamu elok sahaja, tetapi jika kamu mengatakan satu lagi perkataan kepada budak ni, kamu akan mencarik-carik darah sejuk kamu di dinding!!! Dan saya maksudkannya dengan cara yang sebaik mungkin...".

Grace dipanggil "Gracie" oleh Fran, dan sering menemaninya membeli-belah. Dia juga membantu Fran untuk membuatkan Fran kelihatan lebih popular ataupun ketika ingin mengelakkan diberi saman letak kereta. Grace kemudiannya meniru cara slanga Yahudi Fran dan pemakaiannya. Lagipun Fran sering meminjam pakaian Grace. Maxwell menyayangi Grace, dan ketika Maggie sudah meningkat dewasa, dia sering bermain dengannya seperti yang dilakukannya kepada kakaknya dahulu.

Beliau kemudiannya menjadi kakak yang hebat kepada adik tiri kembarnya, Jonah dan Eve.

Grace mengikuti keluarganya ke Los Angeles, apabila bapanya menerima tawaran menerbitkan filem di sana.


The Nanny
Watak utama: Fran Fine | Maxwell Sheffield | Niles | C.C. Babcock | Maggie Sheffield | Brighton Sheffield | Grace Sheffield
Watak sering muncul: Sylvia Fine | Yetta Rosenberg | Val Toriello
Episod: Senarai episod The Nanny