Pot teh Utah

Grafik komputer (Bahasa Inggeris: computer graphics) ialah sebahagian daripada sains komputer yang berkaitan dengan pembuatan dan manipulasi gambar (visual) secara digital. Bentuk perantaraan grafik komputer ialah grafik komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafik komputer 3D, pemprosesan imej, dan pengecaman pola. Grafik komputer sering dikenali juga dengan istilah visualisasi data.

Aplikasi grafik komputerSunting

Grafik komputer boleh digunakan di pelbagai bidang kehidupan, bermula daripada bidang seni, sains, perniagaan, pendidikan dan juga hiburan. Berikut ialah bidang aplikasi tertentu dari grafik komputer:

  • Antara muka pengguna ( Graphical User Interface - GUI)
  • Peta
  • Kesihatan
  • Reka bentuk objek (Computer Aided Design - CAD)
  • Sistem multimedia
  • Persembahan grafik
  • Persembahan saintifik
  • Pemprosesan imej
  • Simulasi

Pembahagian bidang ilmu grafik komputerSunting

Bahagian grafik komputer meliputi:

  • Geometri: mempelajari cara menggambarkan permukaan bidang
  • Animasi: mempelajari cara menggambarkan dan memanipulasi gerakan
  • Rendering: mempelajari algoritma untuk memaparkan kesan cahaya
  • Pengimejan: mempelajari cara pengambilan dan penyuntingan gambar.

GeometriSunting

Bidang geometri mempelajari perwakilan objek tiga-dimensi dalam tetapan digital diskret. Disebabkan gambaran objek sebahagian besar bergantung kepada bahagian luarnya, perwakilan tepi banyak digunakan. Permukaan dua dimensi ialah perwakilan yang baik bagi sebahagian besar objek.

RujukanSunting

  • Suyoto. Teori dan Pemrograman Grafika Komputer, 2003. Penerbit Gava Media.