Grand Brilliance

Syarikat penerbitan filem Malaysia
(Dilencongkan dari Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

Grand Brilliance Sdn. Bhd. (digayakan sebagai gb dalam huruf kecil) merupakan sebuah syarikat penerbitan televisyen dan filem Malaysia. Ditubuhkan pada 1995, ia merupakan sebuah syarikat wayang gambar terbesar negara yang menerbitkan dan memasarkan produk filem, drama, telefilem dan iklan.[2] Ia merupakan anak syarikat milik penuh konglomerat media Malaysia, Media Prima Berhad dan telah menerbitkan filem-filem Melayu dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriPenerbitan filem
Drama televisyen
Telefilem
Pengedaran filem
GenreFilem, wayang gambar
Ditubuhkan1995; 29 tahun yang lalu (1995)
Dibubarkan2019; 5 tahun yang lalu (2019)
NasibDigabungkan dengan Primeworks Studios
Ibu pejabatTingkat 3 Sayap Utara, Media Prima Berhad, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh pentingLazizah Ahmad
Khalid Mohd Zain
Johari Amat
Tengku Iesta Tengku Alaudin (Pengurus Besar)[1]
KeluaranWayang gambar, siri televisyen, video rumah, perkhidmatan pos-produksi, iklan
PerkhidmatanPenulisan lakonlayar
Penyuntingan filem
Penggambaran filem
Syarikat indukMedia Prima Berhad
Tapak web
IMDB: co0038637 Facebook: GrandBrilliancePrimeworksStudios Twitter: GrandBrilliance Instagram: grandbrilliance Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

 
Logo lama Grand Brilliance, digunakan dari tahun 1995 hingga 2006.

Grand Brilliance ditubuhkan pada 1995 sebagai unit hiburan TV3 & TV9 dan kemudiannya menjadi anak syarikat milik Media Prima Berhad. Biarpun ketika itu masih baru sebagai pemain dalam industri perfileman Malaysia, Grand Brilliance sendiri menjadi pesaing utama kepada syarikat filem utama seperti Skop Productions, Metrowealth Movies Production, KRU Studios dan Tayangan Unggul Strateginya ialah untuk mencerminkan trend dan selera terkini penonton untuk membuktikan menjadi berjaya bermula pada 1995 dengan julat filem yang disasarkan kepada penonton arus perdana dengan rangkaian genre filem dari aksi, komedi, seram, romantik, seisi keluarga dan keagamaan. Filem-filem terbitan Grand Brilliance pada 1995 telah mendapat sambutan dan maklumbalas positif daripada penonton dan pengkritik filem dengan filem-filem seperti Sayang Salmah (1995), Puteri Impian (1997), Gemerlapan (1997), Baginda (1997), Senario The Movie (1999).

Tahun 2000 dan 2016 menyaksikan zaman kegemilangan Grand Brilliance dari segi kutipan pecah panggung. Dalam tempoh ini, filem-filem terbitan Grand Brilliance telah menduduki carta kutipan pecah panggung di Malaysia yang lazimnya meraih purata 70% pasaran filem tempatan (tidak termasuk filem asing). Kebanyakan filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dalam sejarah Malaysia juga diterbitkan bersama oleh Grand Brilliance. Filem-filem terbitan syarikat ini juga menerima pujian dalam tempoh ini ialah Leftenan Adnan (2000), Anak Mami The Movie (2002), Lang Buana (2003), Buli (2004), Senario XX (2005), Evolusi KL Drift (2008) Raya Tak Jadi! (2011), KIL (2013),[3].

Pada tahun 2014, filem cetera Grand Brilliance telah menguasai semua penamaan calon 5 Teratas bagi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26). Grand Brilliance juga menguasai semua lima tempat pencalonan untuk Pengarahan Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Suntingan Terbaik dan Bunyi Terbaik.[4]

Syarikat itu bergabung dengan satu lagi anak syarikat Media Prima, Primeworks Studios pada tahun 2019 bagi mewujudkan syarikat pelesenan, penerbitan dan pengedaran baharu di bawah nama Primeworks Studios.

Pengedaran filem sunting

Grand Brilliance mengedarkan semua filem-filem serta filem yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat penerbitan yang lain. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, berikutan populariti filem bebas, Grand Brilliance mencipta bahagian baru yang akan menampung pasaran-pasaran nic, mereka ialah Alternate Studios dan Lightbulb Pictures. Antara 2005 hingga 2008, Alternate Studios menerbitkan empat filem Salon, Cinta Sepi dan Budak Kelantan. Pada tahun 2009, GB mengedarkan filem animasi Malaysia 3D pertama terbitan Les' Copaque Production, Geng: Pengembaraan Bermula dan berjaya mendapat kutipan komersial sebanyak RM6.2 juta. Pada 2013, Lighbulb menerbitkan filem pertama, Pecah yang mencecah kutipan sebanyak RM 170,000. Pada tahun 2016 pula, filem BoBoiBoy: The Movie terbitan Animonsta Studios dan edaran bersama Primeworks Studios dan GB menjadikan filem dengan kutipan tertinggi bagi penerbitan dan edaran GB iaitu sebanyak RM15.8 juta dan rekod itu bakal kekal kerana GB tidak lagi aktif dalam penerbitan dan pengedaran.

Penerbitan televisyen sunting

Selain menerbitkan filem, Grand Brilliance turut aktif menerbitkan drama telemovie televisyen untuk TV3 dan TV9, dengan hasil kerjasama daripada Primeworks Studios dan beberapa syarikat penerbitan lain.

Filemografi sunting

Filem sunting

Telefilem sunting

Tajuk
Senario Musang Berjanggut
Villa Dr Brown
J-Bon Jr
Suwa Suwei Kamuning
Rabun
Janji Rock
Kuih Goyang Shea

Televisyen sunting

Tajuk Episod
Diari Ramadan Rafique 2
Diari Ramadan Rafique
Ayyad
Asmaradana
Ayoub
Samson dan Delaila
Dewa Cinta
Friday I'm In Love
Susuk Episod 1-13
Susuk 2 Episod 1-13
Dunia Baru
Dunia Baru 2
Dunia Baru 3
Bella Episod 1-60
Pepaya Episod 1-26
Sari Maya Episod 1-42
Na O Mei Episod 1-40
Kasih Iftitah
Goyang Shafiq
Chinta
6 Progresif
You Saka... Pergi Jauh-Jauh Episod 1-13
Stanza Cinta Episod 1-13
BFF: Teman Tapi Mesra Episod 1-13
Naik Lif turun Tangga Episod 1-13
Kala Hati
Cinta Untuk Ain Episod 1-13
Citra Juwita
Bong

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Web