Grand Prix (Festival Filem Cannes)

Grand Prix ialah anugerah Festival Filem Cannes yang dianugerahkan oleh juri festival kepada salah satu filem yang dipertandingkan. Ini merupakan hadiah paling berprestij kedua di festival ini selepas Palme d'Or. Sebelum kategori ini dibentuk, Prix du Jury merupakan "juara kedua".

Nama sunting

Sejak 1995, nama rasmi anugerah ini ialah Grand Prix, tetapi pernah memiliki dua nama lain sejak dibentuk pada 1967, iaitu Grand Prix Spécial du Jury (1967-1988) dan Grand Prix du Jury (1989-1994).

Selain itu, anugerah ini berbeza dengan Grand Prix du Festival International du Film, nama rasmi pertama Palme d'Or, hadiah tertinggi di Festival Filem Cannes.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Awards at Cannes Film Festival". The Internet Movie Database. Dicapai pada 28 May 2017.

Pautan luar sunting