Grand Prix Abu Dhabi

Grand Prix Abu Dhabi (Bahasa Arab: أبوظبي سباق الجائزة الكبرى) ialah perlumbaan Formula Satu. Grand Prix ini diumumkan pada awal tahun 2007 di Festival F1 Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu. Grand Prix Abu Dhabi yang pertama berlangsung pada 1 November, 2009, di Litar Yas Marina yang direka oleh Hermann Tilke.[1]

Grand Prix Abu Dhabi
Litar Yas Marina
Maklumat litar
Pusingan 55
Jarak litar 5.554 km (3.451 bt)
Jarak perlumbaan 305.470 km (189.810 bt)
Kemenangan terbanyak (pemandu) Jerman Sebastian Vettel (2)
Kemenangan terbanyak (pengeluar) Austria Red Bull (2)
Perlumbaan terakhir(2012) :
Petak pertama
Podium
Pusingan terpantas

Sejarah sunting

Grand Prix pertama sunting

Grand Prix Abu Dhabi yang pertama dimenangi oleh Sebastian Vettel, dari pasukan Red Bull Racing.

Grand Prix 2010 sunting

Bagi musim 2010, Grand Prix Abu Dhabi diadakan di Litar Yas Marina. Perlumbaan tersebut berlangsung pada 14 November 2010. Sebastian Vettel memenangi perlumbaan ini, dan berjaya merangkul Kejuaraan Dunia Formula Satu pertama beliau, sekaligus menjadi pemandu termuda untuk memenangi kejohanan tersebut.

Grand Prix 2011 sunting

Grand Prix Abu Dhabi 2011 merupakan perlumbaan yang ke-18 dan kedua terakhir dalam musim 2011. Perlumbaan tersebut berlangsung pada 13 November.

Perlumbaan tersebut dimenangi oleh Lewis Hamilton, dari pasukan McLaren-Mercedes. Fernando Alonso mendapat tempat kedua, dari pasukan Ferrari. Jenson Button mendapat tempat ketiga, dari pasukan McLaren. Pemandu Red Bull-Renault, Sebastian Vettel, mendapat petak pertama, namun bersara pada pusingan pertama selepas tayar keretanya pancit apabila melalui selekoh kedua.

Grand Prix 2012 sunting

Pendahulu kejuaraan, Sebastian Vettel, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas beliau disingkirkan daripada pusingan kelayakan disebabkan keretanya tidak mempunyai bahan api yang secukupnya untuk kembali ke parc fermé. Pesaing utama untuk kejuaraannya, Fernando Alonso, mendapat tempat kedua, di belakang pemandu Finland, Kimi Räikkönen, yang memenangi perlumbaan pertamanya sejak beliau kembali ke Formula Satu pada awal tahun 2012.

Litar sunting

Litar Yas Marina terletak di Pulau Yas — sebuah pulau berukuran 2,550 hektar di pantai timur Abu Dhabi — dan Grand Prix Abu Dhabi 2009 merupakan acara utama yang pertama diadakan di litar tersebut.[2]

Penaja sunting

Etihad Airways kini merupakan penaja utama untuk Grand Prix Abu Dhabi.

Pemenang Grand Prix Abu Dhabi sunting

Pemenang berganda (pemandu) sunting

Kemenangan Pemandu Tahun
5   Lewis Hamilton 2011, 2014, 2016, 2018, 2019
3   Sebastian Vettel 2009, 2010, 2013
  Max Verstappen 2020, 2021, 2022

Pemenang berganda (pengeluar) sunting

Kemenangan Pengeluar Tahun
2   Red Bull 2009, 2010

Kesemua Grand Prix Abu Dhabi diadakan di Litar Yas Marina.

Tahun Pemandu Pengeluar Laporan
2022   Max Verstappen Red Bull-Renault Laporan
2012   Kimi Räikkönen Lotus-Renault Laporan
2011   Lewis Hamilton McLaren-Mercedes Laporan
2010   Sebastian Vettel Red Bull-Renault Laporan
2009   Sebastian Vettel Red Bull-Renault Laporan

Rujukan sunting

  1. ^ "Pembangunan Litar Yas Marina sedang dijalankan". gulfnews.com. 2009-10-29. Dicapai pada 2009-10-30.
  2. ^ "Grand Prix Abu Dhabi". Litar Yas Marina. Dicapai pada 28 Ogos 2009.

Pautan luar sunting