Buka menu utama

Grand Prix Abu Dhabi 2011 (nama rasmi: Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix) merupakan pusingan kelapan belas dan kedua terakhir dalam kalendar Formula Satu musim 2011. Perlumbaan ini berlangsung pada 13 November 2011 di Litar Yas Marina di Pulau Yas, sebuah pulau buatan manusia di pinggir Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu.[2] Ini merupakan Grand Prix Abu Dhabi yang ketiga. Seperti biasa, inilah satu-satunya Grand Prix yang diadakan pada waktu senjakala dalam musim ini, dengan waktu permulaan pada pukul 17:00 waktu tempatan.

Emiriah Arab Bersatu   Grand Prix Abu Dhabi 2011
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-18 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2011.
Circuit Yas-Island.svg
Tarikh 13 November 2011
Nama rasmi 2011 Formula 1 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix
Lokasi Pulau Yas, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
Litar Litar Yas Marina
5.554 km (3.451 batu)
Jarak 55 pusingan, 305.470 km (189.805 batu)
CuacaBaik dan kering, Suhu udara 25 °C (77 °F)[1]
Petak pertama
Pemandu Jerman Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Masa 1:38.481
Pusingan terpantas
Pemandu Australia Mark Webber Red Bull-Renault
Masa 1:42.612 pada pusingan ke-51
Podium
Pertama United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Kedua Sepanyol Fernando Alonso Ferrari
Ketiga United Kingdom Jenson Button McLaren-Mercedes

Perlumbaan ini dimenangi oleh pemandu McLaren, Lewis Hamilton. Di tempat kedua ialah pemandu Ferrari, Fernando Alonso, sementara Jenson Button mendapat tempat ketiga, juga dari pasukan McLaren.

Sebastian Vettel yang memandu kereta Red Bull-Renault, bermula dari petak pertama, tetapi bersara setelah mengalami tayar pancit pada pusingan pertama. Ini merupakan keputusan di luar mata yang pertama sejak Grand Prix Korea 2010 bagi Vettel. Oleh itu, beliau tidak dapat menyamai rekod 13 kemenangan dalam satu musim yang dicapai oleh Michael Schumacher, namun Vettel mampu menyamai rekod 14 petak pertama yang dicapai oleh Nigel Mansell pada tahun 1992 dalam musim ini. Ini juga merupakan satu-satunya perlumbaan dalam 2011 yang menyaksikan pasukan Red Bull tidak dapat mengisi podium, kerana rakan sepasukan Vettel, Mark Webber hanya mendapat tempat keempat.

KeputusanSunting

KelayakanSunting

Ked No Pemandu Pengeluar Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Petak
1 1   Sebastian Vettel Red Bull-Renault 1:40.478 1:38.516 1:38.481 1
2 3   Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 1:39.782 1:38.434 1:38.622 2
3 4   Jenson Button McLaren-Mercedes 1:40.227 1:39.097 1:38.631 3
4 2   Mark Webber Red Bull-Renault 1:40.167 1:38.821 1:38.858 4
5 5   Fernando Alonso Ferrari 1:41.380 1:39.058 1:39.058 5
6 6   Felipe Massa Ferrari 1:41.592 1:39.623 1:39.695 6
7 8   Nico Rosberg Mercedes 1:41.120 1:39.420 1:39.773 7
8 7   Michael Schumacher Mercedes 1:42.605 1:40.554 1:40.662 8
9 14   Adrian Sutil Force India-Mercedes 1:40.595 1:40.205 1:40.768 9
10 15   Paul di Resta Force India-Mercedes 1:41.064 1:40.414 tiada masa 10
11 17   Sergio Pérez Sauber-Ferrari 1:41.311 1:40.874 11
12 10   Vitaly Petrov Renault 1:40.955 1:40.919 12
13 18   Sébastien Buemi Toro Rosso-Ferrari 1:41.737 1:41.009 13
14 9   Bruno Senna Renault 1:41.391 1:41.079 14
15 19   Jaime Alguersuari Toro Rosso-Ferrari 1:41.386 1:41.162 15
16 16   Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 1:41.613 1:41.240 16
17 12   Pastor Maldonado Williams-Cosworth 1:42.258 1:41.760 241
18 20   Heikki Kovalainen Lotus-Renault 1:42.979 17
19 21   Jarno Trulli Lotus-Renault 1:43.884 18
20 24   Timo Glock Virgin-Cosworth 1:44.515 19
21 22   Daniel Ricciardo HRT-Cosworth 1:44.641 20
22 25   Jérôme d'Ambrosio Virgin-Cosworth 1:44.699 21
23 23   Vitantonio Liuzzi HRT-Cosworth 1:45.159 22
Masa 107%: 1:46.766
24 11   Rubens Barrichello Williams-Cosworth tiada masa 232
Nota
↑1  – Pastor Maldonado dikenakan penalti sepuluh-petak kedudukan kerana menggunakan enjin yang kesembilannya dalam musim ini, sekaligus melampaui had penggunaan lapan enjin.
↑2  – Rubens Barrichello gagal mencatat masa pusingan setelah pasukannya mendapati kebocoran minyak ekoran penukaran enjin. Memandangkan beliau mencatatkan masa latihan dalam lingkungan 107% masa pusingan terpantas, beliau diberikan kebenaran untuk memulakan perlumbaan.[3]

PerlumbaanSunting

Ked No Pemandu Pengeluar Pusingan Masa Petak Mata
1 3   Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 55 1:37:11.886 2 25
2 5   Fernando Alonso Ferrari 55 +8.457 5 18
3 4   Jenson Button McLaren-Mercedes 55 +25.871 3 15
4 2   Mark Webber Red Bull-Renault 55 +35.784 4 12
5 6   Felipe Massa Ferrari 55 +50.578 6 10
6 8   Nico Rosberg Mercedes 55 +52.317 7 8
7 7   Michael Schumacher Mercedes 55 +1:15.964 8 6
8 14   Adrian Sutil Force India-Mercedes 55 +1:17.122 9 4
9 15   Paul di Resta Force India-Mercedes 55 +1:41.087 10 2
10 16   Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 54 +1 Pusingan 16 1
11 17   Sergio Pérez Sauber-Ferrari 54 +1 Pusingan 11
12 11   Rubens Barrichello Williams-Cosworth 54 +1 Pusingan 24
13 10   Vitaly Petrov Renault 54 +1 Pusingan 12
14 12   Pastor Maldonado Williams-Cosworth 54 +1 Pusingan3 23
15 19   Jaime Alguersuari Toro Rosso-Ferrari 54 +1 Pusingan3 15
16 9   Bruno Senna Renault 54 +1 Pusingan 14
17 20   Heikki Kovalainen Lotus-Renault 54 +1 Pusingan 17
18 21   Jarno Trulli Lotus-Renault 53 +2 Pusingan 18
19 24   Timo Glock Virgin-Cosworth 53 +2 Pusingan 19
20 23   Vitantonio Liuzzi HRT-Cosworth 53 +2 Pusingan 22
Ret 22   Daniel Ricciardo HRT-Cosworth 47 Pengulang-alik 20
Ret 18   Sébastien Buemi Toro Rosso-Ferrari 18 Hidraulik 13
Ret 25   Jérôme d'Ambrosio Virgin-Cosworth 17 Brek 21
Ret 1   Sebastian Vettel Red Bull-Renault 1 Tayar pancit 1
Nota
↑3  – Pastor Maldonado dan Jaime Alguersuari dikenakan penalti masa kerana mengingkari bendera biru, namun ini tidak menjejaskan kedudukan akhir masing-masing.[4]

Kedudukan selepas perlumbaanSunting

Kedudukan Kejuaraan Pemandu
Ked Pemandu Mata
1   Sebastian Vettel 374
2   Jenson Button 255
3   Fernando Alonso 245
4   Mark Webber 233
5   Lewis Hamilton 227

Kedudukan Kejuaraan Pengeluar
Ked Pengeluar Mata
1   Red Bull-Renault 607
2   McLaren-Mercedes 482
3   Ferrari 353
4   Mercedes 159
5   Renault 72

  • Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.

RujukanSunting

  1. ^ "2011 FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX (Perlumbaan)". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 13 November 2011. Dicapai 31 Mac 2012. 
  2. ^ "World Motor Sport Council: 03/11/2010". fia.com. Fédération Internationale de l'Automobile. 3 November 2010. Dicapai 27 Oktober 2011. 
  3. ^ Strang, Simon (12 November 2011). "Barrichello mengalami masalah enjin dan mendapat keputusan kelayakan yang paling teruk dalam kerjayanya". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai 13 November 2011. 
  4. ^ "Maldonado, Alguersuari dikenakan penalti". Yahoo! Eurosport. TF1 Group. 13 November 2011. Dicapai 14 November 2011. 

Pautan luarSunting


Perlumbaan sebelum:
Grand Prix India 2011
Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA
Musim 2011
Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Brazil 2011
Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Abu Dhabi 2010
Grand Prix Abu Dhabi Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Abu Dhabi 2012