Grand Prix Belgium 2012

Grand Prix Belgium 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Shell Belgium Grand Prix),[2] ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang telah berlangsung di Circuit de Spa-Francorchamps di Spa, Belgium pada 2 September 2012.[3] Ia merupakan perlumbaan pertama selepas cuti musim panas selama lima minggu. Ia merupakan perlumbaan ke-12 bagi musim 2012, dan merupakan Grand Prix Belgium yang ke-77.

Belgium   Grand Prix Belgium 2012
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-12 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012.
Circuit de Spa-Francorchamps
Circuit de Spa-Francorchamps
Tarikh 2 September 2012
Nama rasmi 2012 Formula 1 Shell Belgian Grand Prix[1]
Lokasi Circuit de Spa-Francorchamps, Spa, Belgium
Litar Litar perlumbaan tetap
7.004 km (4.352 batu)
Jarak 44 pusingan, 308.052 km (191.415 batu)
Petak pertama
Pemandu United Kingdom Jenson Button McLaren-Mercedes
Masa 1:47.573
Pusingan terpantas
Pemandu Brazil Bruno Senna Williams-Renault
Masa 1:52.822 pada pusingan ke-43
Podium
Pertama United Kingdom Jenson Button McLaren-Mercedes
Kedua Jerman Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Ketiga Finland Kimi Räikkönen Lotus-Renault
Peneraju pusingan

Jenson Button bermula dari petak pertama dan berjaya memenangi perlumbaan ini.[4] Sebastian Vettel mendapat tempat kedua, manakala Kimi Räikkönen mendapat tempat ketiga. Romain Grosjean, Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan Sergio Pérez terlibat dalam sebuah kemalangan pada permulaan perlumbaan dan mereka berempat terpaksa bersara dari perlumbaan. Pastor Maldonado pula bersara selepas pusingan ketiga kerana mengalami kerosakan akibat perlanggaran dan kereta Narain Karthikeyan terbabas selepas pusingan ke-30, dan meninggalkan hanya 18 kereta pada 14 pusingan terakhir perlumbaan. Selepas tamatnya perlumbaan, Alonso terus menerajui kejuaraan musim ini dengan 164 mata. Vettel berada di tangga kedua dengan 140 mata dan Mark Webber di tangga ketiga dengan 132 mata. Red Bull-Renault masih menerajui Kejuaraan Pengeluar dengan 272 mata. McLaren-Mercedes berada di tangga kedua dengan 218 mata manakala Lotus-Renault berada di tangga ketiga dengan 207 mata.

Laporan sunting

Latar belakang sunting

Pemandu Ferrari, Fernando Alonso, mendahului kejuaraan pemandu dengan kelebihan 40 mata daripada pemandu Red Bull Racing, Mark Webber dan Sebastian Vettel. Pemandu McLaren, Lewis Hamilton, berada di tangga keempat, lima mata di belakang Vettel.[5]

Dani Clos memandu kereta HRT kepunyaan Narain Karthikeyan pada sesi latihan bebas pertama[6], manakala Valtteri Bottas memandu kereta Williams kepunyaan Bruno Senna sekali lagi.[7]

Selepas perlumbaan sunting

Romain Grosjean telah didenda € 50.000 dan beliau tidak dibenarkan berlumba di Grand Prix Itali kerana memainkan peranan dalam kemalangan yang berlaku pada awal perlumbaan.

Pastor Maldonado telah diberikan dua penalti lima-petak kedudukan kerana melompat permulaan perlumbaan dan mengakibatkan perlanggaran yang boleh dielakkan dengan Timo Glock.

Klasifikasi sunting

Kelayakan sunting

Ked. No. Pemandu Pengeluar Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Petak
1 3   Jenson Button McLaren-Mercedes 1:49.250 1:47.654 1:47.573 1
2 14   Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 1:49.686 1:48.569 1:47.871 2
3 18   Pastor Maldonado Williams-Renault 1:48.993 1:48.780 1:47.893 61
4 9   Kimi Räikkönen Lotus-Renault 1:49.546 1:48.414 1:48.205 4
5 15   Sergio Pérez Sauber-Ferrari 1:49.642 1:47.980 1:48.219 5
6 5   Fernando Alonso Ferrari 1:49.401 1:48.598 1:48.313 6
7 2   Mark Webber Red Bull-Renault 1:49.859 1:48.546 1:48.392 122
8 4   Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 1:49.605 1:48.563 1:48.394 7
9 10   Romain Grosjean Lotus-Renault 1:50.126 1:48.714 1:48.538 8
10 11   Paul di Resta Force India-Mercedes 1:50.033 1:48.729 1:48.890 9
11 1   Sebastian Vettel Red Bull-Renault 1:49.722 1:48.792 10
12 12   Nico Hülkenberg Force India-Mercedes 1:49.362 1:48.855 11
13 7   Michael Schumacher Mercedes 1:49.742 1:49.081 13
14 6   Felipe Massa Ferrari 1:49.588 1:49.147 14
15 17   Jean-Éric Vergne Toro Rosso-Ferrari 1:49.763 1:49.354 15
16 16   Daniel Ricciardo Toro Rosso-Ferrari 1:49.572 1:49.543 16
17 19   Bruno Senna Williams-Renault 1:49.958 1:50.088 17
18 8   Nico Rosberg Mercedes 1:50.181 232
19 20   Heikki Kovalainen Caterham-Renault 1:51.739 18
20 21   Vitaly Petrov Caterham-Renault 1:51.967 19
21 24   Timo Glock Marussia-Cosworth 1:52.336 20
22 22   Pedro de la Rosa HRT-Cosworth 1:53.030 21
23 25   Charles Pic Marussia-Cosworth 1:53.493 22
24 23   Narain Karthikeyan HRT-Cosworth 1:54.989 24
Masa 107%: 1:56.622
Sumber:[8]

Nota:

Perlumbaan sunting

Ked No Pemandu Pengeluar Pusingan Masa/Terkeluar Petak Mata
1 3   Jenson Button McLaren-Mercedes 44 1:29:08.530 1 25
2 1   Sebastian Vettel Red Bull-Renault 44 +13.624 10 18
3 9   Kimi Räikkönen Lotus-Renault 44 +25.334 3 15
4 12   Nico Hülkenberg Force India-Mercedes 44 +27.843 11 12
5 6   Felipe Massa Ferrari 44 +29.845 14 10
6 2   Mark Webber Red Bull-Renault 44 +31.244 12 8
7 7   Michael Schumacher Mercedes 44 +53.374 13 6
8 17   Jean-Éric Vergne Toro Rosso-Ferrari 44 +58.865 15 4
9 16   Daniel Ricciardo Toro Rosso-Ferrari 44 +1:02.982 16 2
10 11   Paul di Resta Force India-Mercedes 44 +1:03.783 9 1
11 8   Nico Rosberg Mercedes 44 +1:05.111 23
12 19   Bruno Senna Williams-Renault 44 +1:11.529 17
13 14   Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 44 +1:56.119 2
14 21   Vitaly Petrov Caterham-Renault 43 +1 pusingan 20
15 24   Timo Glock Marussia-Cosworth 43 +1 pusingan 21
16 25   Charles Pic Marussia-Cosworth 43 +1 pusingan 23
17 20   Heikki Kovalainen Caterham-Renault 43 +1 pusingan 19
18 22   Pedro de la Rosa HRT-Cosworth 43 +1 pusingan 22
Ret 23   Narain Karthikeyan HRT-Cosworth 30 Roda longgar 24
Ret 18   Pastor Maldonado Williams-Renault 3 Kerosakan akibat perlanggaran 6
Ret 15   Sergio Pérez Sauber-Ferrari 0 Perlanggaran 4
Ret 5   Fernando Alonso Ferrari 0 Perlanggaran 5
Ret 4   Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 0 Perlanggaran 7
Ret 10   Romain Grosjean Lotus-Renault 0 Perlanggaran 8
Sumber:[11]

Kedudukan kejuaraan selepas perlumbaan sunting

Kedudukan Kejuaraan Pemandu
Ked. Pemandu Mata
  1   Fernando Alonso 164
  1 2   Sebastian Vettel 140
  1 3   Mark Webber 132
  1 4   Kimi Räikkönen 131
  1 5   Lewis Hamilton 117

Kedudukan Kejuaraan Pengeluar
Ked. Pengeluar Mata
  1   Red Bull-Renault 271
  2   McLaren-Mercedes 218
  3   Lotus-Renault 207
  4   Ferrari 199
  5   Mercedes 112

  • Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.

Rujukan sunting

  1. ^ "2012 Formula 1 Shell Belgian Grand Prix". formula1.com. Formula One Administration. Dicapai pada 20 July 2012.
  2. ^ http://www.formula1.com/races/in_detail/belgium_875/circuit_diagram.html
  3. ^ http://www.f1fanatic.co.uk/2011/12/07/united-states-grand-prix-remains-unchanged-2012-f1-calendar
  4. ^ Collantine, Keith (1 September 2012). "Button mendapat petak pertama di Spa". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 2 September 2012.
  5. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/101643
  6. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/101916
  7. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/102095
  8. ^ http://www.crash.net/f1/results/183445/1/belgian_grand_prix_spa_-_qualifying_times.html?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss
  9. ^ Collantine, Keith (1 September 2012). "Maldonado dijatuhkan ke tempat keenam". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 2 September 2012.
  10. ^ http://www.speedcafe.com/2012/09/01/webber-gets-grid-penalty-amid-spa-practice-washout
  11. ^ http://www.crash.net/f1/results/183481/1/belgian_grand_prix_spa_-_race_results.html?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss


Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Hungary 2012
Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA
Musim 2012
Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Itali 2012
Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Belgium 2011
Grand Prix Belgium Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Belgium 2013