Buka menu utama

Grand Prix China (Tulisan Cina ringkas: 中国大奖赛; Pinyin: Zhōngguó Dàjiǎngsài) ialah sebuah pusingan dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu. Ia kini diadakan di Litar Antarabangsa Shanghai, yang direka oleh Hermann Tilke. Apabila litar tersebut disiapkan pada tahun 2004, ia merupakan litar yang paling mahal, berharga $240 juta.[1][2] Litar ini adalah 5,451 km panjang[3], dan mempunyai salah satu kombinasi sudut yang sukar dalam kalendar Formula Satu, setanding dengan selekoh kelapan di Istanbul Park, yang juga direka oleh Tilke.

Grand Prix China
Flag of the People's Republic of China.svg Litar Antarabangsa Shanghai
Shanghai International Racing Circuit track map.svg
Maklumat litar
Pusingan 56
Jarak litar 5.451 km (3.387 bt)
Jarak perlumbaan 305.066 km (189.559 bt)
Kemenangan terbanyak (pemandu) United Kingdom Lewis Hamilton (2)
Kemenangan terbanyak (pengeluar) Itali Ferrari (3)
United Kingdom McLaren (3)
Perlumbaan terakhir(2013) :
Juara Sepanyol Fernando Alonso
Ferrari
1j 36m 26.945s
Petak pertama United Kingdom Lewis Hamilton
Mercedes
1:34.484
Pusingan terpantas Jerman Sebastian Vettel
Red Bull-Renault
1:36.808

PenajaSunting

Sinopec Chinese Grand Prix 2004-2008
UBS Chinese Grand Prix 2011-2013

Pemenang Grand Prix ChinaSunting

Perlumbaan sokonganSunting

Formula BMW Asia dan Porsche Carrera Cup Asia merupakan acara sokongan untuk Grand Prix China sejak tahun 2004. Pada tahun 2008, GP2 Asia Series juga berlumba pada minggu yang sama.

RujukanSunting

  1. ^ "Grand Prix Shanghai akan berlangsung". China.org.cn. 2002-10-22. Dicapai 2010-10-04. 
  2. ^ Abu Dhabi menjadi litar termahal pada tahun 2009"Abu Dhabi – Litar masa hadapan F1". independent.co.uk. 2009-10-31. Dicapai 2011-02-23. 
  3. ^ Forumula1.net. "Formula Satu GP China". Forumula1.net. Dicapai 2009-04-14. 

Pautan luarSunting