Grand Prix Singapura 2008

Grand Prix Singapura 2008 ialah perlumbaan ke-15 Formula Satu musim 2008. Ia diadakan pada 26 September hingga 28 September di Marina Bay, Singapura.

Singapura   Grand Prix Singapura 2008
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-15 daripada 18 dalam Formula Satu musim 2008.
Litar Jalan Marina Bay
Litar Jalan Marina Bay
Tarikh 28 September 2008
Nama rasmi 2008 Formula 1 SingTel Singapore Grand Prix
Lokasi Teluk Marina, Singapura
Litar Litar jalan
5.067 km (3.148 batu)
Jarak 61 pusingan, 309.087 km (192 batu)
CuacaKering, Suhu Udara: 28°C, Kelajuan Angin: 2.2m/s, Kelembapan: 79%
Petak pertama
Pemandu Brazil Felipe Massa Ferrari
Masa 1:44.801
Pusingan terpantas
Pemandu Finland Kimi Räikkönen Ferrari
Masa 1:45.599 pada pusingan ke-14
Podium
Pertama Sepanyol Fernando Alonso Renault
Kedua Jerman Nico Rosberg Williams-Toyota
Ketiga United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes

Grand Prix ini menjadi perlumbaan F1 pertama yang diadakan pada waktu malam dan juga perlumbaan Kejohanan Dunia F1 ke-800 sepanjang sejarah sukan ini. GP ini diadakan di satu daripada dua buah litar baru pada tahun 2008, selain Grand Prix Eropah 2008 di Valencia, Sepanyol. Ia juga merupakan kali pertama Singapura menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu.

Perlumbaan sepanjang 61 pusingan ini dimenangi oleh Fernando Alonso untuk pasukan Renault meskipun bermula dari petak ke-15 di grid. Nico Rosberg mendapat tempat kedua dalam kereta Williamsnya dan diikuti dengan kereta McLaren Lewis Hamilton.

Pada September 2009, Renault F1 mengaku dalam satu mesyuarat FIA World Motor Sport Council bahawa pemandunya Piquet telah kemalangan dengan sengaja atas arahan pengarah pasukan Renault Flavio Briatore dan ketua jurutera Pat Symonds, dengan harapan membantu Alonso menang. Penyertaan pasukan Renault lalu dibatalkan daripada F1, dengan hukuman tergantung dua tahun sekiranya terdapat lagi pencabulan peraturan lain. Briatore digantung seumur hidup dari semua kejuaraan yang diiktiraf FIA, manakala Symonds digantung selama lima tahun.[1] Bagaimanapun, Briatore dan Symonds menyaman FIA di dalam mahkamah Perancis, dan pada 5 Januari, 2010, Tribunal de Grande Instance membalikkan hukuman tersebut terhadap mereka berdua.[2]

Klasifikasi sunting

Kelayakan sunting

Ked No Pemandu Pengeluar Bhg 1 Bhg 2 Bhg 3 Petak
1 2   Felipe Massa Ferrari 1:44.519 1:44.014 1:44.801 1
2 22   Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 1:44.501 1:44.932 1:45.465 2
3 1   Kimi Räikkönen Ferrari 1:44.282 1:44.232 1:45.617 3
4 4   Robert Kubica BMW Sauber 1:44.740 1:44.519 1:45.779 4
5 23   Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes 1:44.311 1:44.207 1:45.873 5
6 3   Nick Heidfeld BMW Sauber 1:45.548 1:44.520 1:45.964 9[1]
7 15   Sebastian Vettel Toro Rosso-Ferrari 1:45.042 1:44.261 1:46.244 6
8 12   Timo Glock Toyota 1:45.184 1:44.441 1:46.328 7
9 7   Nico Rosberg Williams-Toyota 1:45.103 1:44.429 1:46.611 8
10 8   Kazuki Nakajima Williams-Toyota 1:45.127 1:44.826 1:47.547 10
11 11   Jarno Trulli Toyota 1:45.642 1:45.038 11
12 16   Jenson Button Honda 1:45.660 1:45.133 12
13 10   Mark Webber Red Bull-Renault 1:45.493 1:45.212 13
14 9   David Coulthard Red Bull-Renault 1:46.028 1:45.298 14
15 5   Fernando Alonso Renault 1:44.971 tiada masa 15
16 6   Nelson Piquet, Jr. Renault 1:46.037 16
17 14   Sébastien Bourdais Toro Rosso-Ferrari 1:46.389 17
18 17   Rubens Barrichello Honda 1:46.583 18
19 20   Adrian Sutil Force India-Ferrari 1:47.940 19
20 21   Giancarlo Fisichella Force India-Ferrari tiada masa 20[2]
  •   Nick Heidfeld diberikan penalti tiga petak kedudukan kerana menghalang Rubens Barrichello pada sesi kelayakan bahagian pertama[3]
  •   Giancarlo Fisichella memulakan perlumbaan ini dari lorong pit.[4]

Perlumbaan sunting

 
Fernando Alonso memenangi perlumbaaan ini walaupun bermula di tempat ke-15.
Ked No Pemandu Pengeluar Pusingan Masa/Terkeluar Petak Mata
1 5   Fernando Alonso Renault 61 1:57:16.304 15 10
2 7   Nico Rosberg Williams-Toyota 61 +2.957 8 8
3 22   Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 61 +5.917 2 6
4 12   Timo Glock Toyota 61 +8.155 7 5
5 15   Sebastian Vettel Toro Rosso-Ferrari 61 +10.268 6 4
6 3   Nick Heidfeld BMW Sauber 61 +11.101 9 3
7 9   David Coulthard Red Bull-Renault 61 +16.387 14 2
8 8   Kazuki Nakajima Williams-Toyota 61 +18.489 10 1
9 16   Jenson Button Honda 61 +19.885 12
10 23   Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes 61 +26.902 5
11 4   Robert Kubica BMW Sauber 61 +27.975 4
12 14   Sébastien Bourdais Toro Rosso-Ferrari 61 +29.432 17
13 2   Felipe Massa Ferrari 61 +35.170 1
14 21   Giancarlo Fisichella Force India-Ferrari 61 +43.571 PL
15 1   Kimi Räikkönen Ferrari 57 Kemalangan 3
Ret 11   Jarno Trulli Toyota 50 Hidraulik 11
Ret 20   Adrian Sutil Force India-Ferrari 49 Kemalangan 19
Ret 10   Mark Webber Red Bull-Renault 29 Transmisi 13
Ret 17   Rubens Barrichello Honda 14 Enjin 18
Ret 6   Nelson Piquet, Jr. Renault 13 Terbabas 16

Rujukan sunting

  1. ^ "FIA Press Release". Dicapai pada 2009-09-21.
  2. ^ http://en.espnf1.com/f1/motorsport/story/6063.html
  3. ^ "Heidfeld dropped, Barrichello fined after pit-entry confusion". Formula1.com. 2008-09-27. Dicapai pada 2008-09-28. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Fisichella to start from pitlane". Autosport.com. 2008-09-28. Dicapai pada 2008-09-28. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting


Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Itali 2008
Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA
Musim 2008
Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Jepun 2008
Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Singapura 1973
Grand Prix Singapura Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Singapura 2009