Green Lane, Pulau Pinang

Green Lane merupakan sebuah kawasan perumahan di George Town, Pulau Pinang. Jalan Delima, Jalan Tembaga, dan Jalan Besi adalah terletak di Greenlane. Ia meliputi Green Lane atau sekarang dinamakan Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang, Malaysia. Green Lane ini juga merupakan Jalan Lingkaran Luar George Town di Pulau Pinang seperti Kuala Lumpur untuk pergi ke kawasan Gurney, iaitu Esplanade baru George Town. Green lane juga dikenali sebagai kawasan pertanian kecil pada tahun dahulu. Sebuah sekolah menengah Cina juga terdapat di Greenlane ini. Hospital Lam Wah Ee turut terletak di Green Lane. Green Lane juga merupakan laluan utama di Pulau Pinang untuk pergi ke Batu Feringgi, Air Hitam dan Batu Lanchang seperti Jalan Macalister.

Pada awal tahun 1920-an, Green Lane merupakan satu lorong kecil dengan masyarakat petani agak kecil tetapi  pada masa dahulu, Greenlane merupakan sebuah kawasan perhutanan yang dipenuhi dengan pokok yang berhijauan sahaja dan sekitar kawasan Greenlane ialah tanah perkuburan. Mercu tanda yang paling penting di lorong itu, dan masih adalah, Penang Free School. Pada tahun 1960, Green Lane berkembang daripada masyarakat pertanian kepada beberapa kawasan perumahan. Pelbagai pemaju mengubah landskap dari kawasan pertanian mengantuk seperti Guan Joo Seng dan Island and Peninsular Berhad ke pinggir bandar baru. Sebuah mercu tanda baru Katedral Holy Spirit telah ditubuhkan bersama-sama dengan Guan Joo Seng Estate — kini dikenali sebagai Taman Besi. Green Lane meningkat daripada satu lorong kecil dengan jalan penuh dan sekarang Greenlane merupakan jalan utama yang menghubungkan Bayan Lepas dan Gelugor.

Kawasan Greenlane masa dahulu menjalankan kegiatan pertanian.Pada tahun 1960,Greenalne berkembang daripada masyarakat pertanian kepada beberapa kawasan perumahan. Kawasan Greenlane dipenuhi dengan tanah yang subur. Hal ini menggalakan kegiatan pertanian untuk dijalankan.