Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia

(Dilencongkan dari Greentech Malaysia)

Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia atau Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia, didaftarkan sebagai Greentech Malaysia ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 2010. Agensi ini didahului oleh Pusat Tenaga Malaysia (PTM) yang ditubuhkan pada 1998. Tujuan utama agensi ini ialah untuk memangkin pelaksanaan teknologi hijau sebagai strategi Malaysia untuk pembangunan sosioekonomi dan berhasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai hab bagi sektor teknologi hijau menjelang 2020.[1][2] Ia merupakan agensi di bawah pentadbiran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia (NRES).

Greentech Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk2010; 14 tahun yang lalu (2010)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatNo. 2, Jalan 9/10, Persiaran Usahawan, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
  • Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif
  • Abu Bakar Jaafar, Pengerusi
Agensi induk
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Laman sesawang
www.greentechmalaysia.my

Ketua Pegawai Eksekutif Greentech Malaysia ialah Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor yang memegang jawatan sejak 1 November 2019.[3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Greentech Malaysia: Promoting green technology" [Greentech Malaysia: Mempromosikan teknologi hijau] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). TechMonitor. Dicapai pada 4 July 2019.
  2. ^ "How Malaysia is becoming a green technology hub" [Bagaimana Malaysia menjadi hab teknologi hijau] (dalam bahasa Inggeris). Clean Malaysia. 28 Ogos 2015. Dicapai pada 4 Julai 2016.
  3. ^ "GreenTech Malaysia appoints new chief executive officer" [GreenTech Malaysia melantik ketua pegawai eksekutif baru]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 6 November 2019. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  4. ^ Mohd Zaky Zainuddin (1 November 2019). "GreenTech Malaysia umum CEO baharu". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2020.

Pautan luar sunting