Gregory Goyle merupakan salah satu watak rekaan dalam siri karangan J. K. Rowling iiatu Harry Potter. Beliau merupakan pelajar yang sama tahun dengan Harry Potter di Hogwarts yang merupakan ahli rumah Slytherin. Beliau juga merupakan anak kepada seorang Death Eater.

Watak Harry Potter
Gregory Goyle
Jantina Lelaki
Rumah Slytherin
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir tulen
Berpihak kepada Skuad Penyoalsiasat, Death Eater
Dilakonkan oleh Josh Herdman
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone

Goyle, bersama dengan rakan Slytherin Vincent Crabbe, kelihatan seperti kawan baik kepada Draco Malfoy sebelum tahun pertama mereka Hogwarts. Kedua-dua mereka lebih seperti pengikut berbanding kawan, kerana sering mengikut Malfoy dan melakukan suruhannya. Goyle kelihatan seperti kurang bijak dalam semua perkara termasuk sihir dan pengetahuan, dan sering menggunakan saiz sera kekuatannya untuk membuli pelajar lain atau menakutkan sesiapa yang mengancam Malfoy.

Beliau kelihatannya seperti kurang pandai berbanding Crabbe, sering menyebabkan masalah, dan hampir gagal peperiksaan pada tahun pertamanya. Dia juga tidak dapat Dolores Umbridge memberikan jawapan mudah apabila ditanyakan tentang pengajaran Hagrid. Goyle, bersama Crabbe, gagal dalam Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam dalam P.S.B. mereka. Kedua-dua mereka juga merupakan Beater bagi pasukan Quidditch Slytherin.

Pada Jun 1997, beliau dan Crabbe ditinggalkan kesunyian selepas ketua mereka meninggalkan sekolah sebaik sebelum tamat penggal, berikutan kematian Albus Dumbledore.

Dalam tahun ketujuh mereka, Goyle dan Crabbe adalah antara pelajar kegemaran guru Death Eater iaitu Amycus dan Alecto Carrow. Buat pertama kalinya, Goyle berjaya dalam kerja sekolahnya, seperti yang Neville Longbottom perhatikan bahawa Goyle dan Crabbe amat mahir dalam kelas Ilmu Hitam.

Ketika Peperangan Hogwarts, dia, Crabbe dan Malfoy tidak lari bersama pelajar Slytherin yang lain. Malah, mereka cuba menyerang Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley di Bilik Keperluan. Ketika berlawan, Goyle kurang agresif berbanding Crabbe, yang ingkar arahan Draco dan cuba mengenakan pelbagai sumpahan Ilmu Hitam. Goyle telah dilucutkan senjatanya oleh Harry dan kemudian dipegunkan oleh Hermione. Apabila api raksasa Crabbe di luar kawalan, Goyle telah diselamatkan oleh Ron dan Hermione, yang membawanya terbang dengan penyapu mereka ketika Harry menyelamatkan Draco.