Grigori Yefimovich Rasputin ( [ɡrʲɪˈɡorʲɪj jɪˈfʲiməvʲɪtɕ rɐˈsputʲɪn]  ; 21 Januari 1869 - 30 Disember 1916) adalah seorang pendeta dalam kalangan kelas kebanyakan di Rusia. Beliau banyak mendapatkan pengaruh dalam kalangan orang ramai sehingga mampu berhubungan dengan keluarga Tsar Nikolai II, maharaja terakhir Empayar Rusia setelah dilihat mampu menyembuhkan penyakit hemofilia dialami puteranya Aleksei.

Grigori Rasputin
GerejaRussian Orthodox Church
Butiran peribadi
Nama lahirGrigori Yefimovich Rasputin
Kelahiran21 Januari [G.L.: 9 Januari] 1869
Pokrovskoye, Tyumensky Uyezd, Tobolsk Governorate (Siberia), Russian Empire
Meninggal dunia30 Disember [G.L.: 17 Disember] 1916 (umur 47)
Saint Petersburg, Russian Empire
WarganegaraRusia
Ibu bapa
  • Yefim Rasputin
  • Anna Parshukova
PasanganPraskovya Fedorovna Dubrovina (k. 1887)
Anak
  • Dmitri (1895–1937)
  • Maria (1898–1977)
  • Varvara (1900–1925)

Hubungan rapat Grigori bersama kerabat tersebut sangat memecah belahkan seisi istana di mana sebahagian besar yang menganggapnya agamawan manakala sebahagian yang lain anggap Grigori seorang yang pandai menipu helah; situasi ini memburuk lagi-lagi dengan kekalahan pihak Empayar dalam peperangan melawan kuasa-kuasa dunia lain awal 1910-an. Grigori pernah mengalami percubaan pembunuhan beberapa kali ke atasnya, namun dia akhirnya berjaya ditumpaskan seberapa istanawan yang melawannya pada awal 30 Disember 1916.

Kehidupan awal sunting

Rasputin dilahirkan dalam sebuah keluarga petani di kampung kecil Pokrovskoye sepanjang Sungai Tura di Wilayah Persekutuan Tobolsk (kini Oblast Tyumen) di Siberia.[1] Menurut rekod pendaftaran rasmi, beliau dilahirkan pada 21 Januari 1869 (9 Januari menurut takwim Julius) dan dibaptiskan pada hari berikutnya;[2] beliau dinamakan sempena Gregorios dari Nyssa, seorang tokoh santo anutan keluarga mereka yang diraikan pada hari pembaptisan ini.[3]

Butiran terperinci mengenai awal hidup dan masa muda Grigori tidak dapat dipastikan secara tepatnya dalam kalangan ahli sejarah; namun para sejarawan ini sepakat mengenai keadaan beliau yang serba kekurangan selazim keluarganya di mana beliau tidak pernah dididik secara formal malah buta huruf mencecah umur dewasanya.[3][2] Ada juga catatan ditulis para pegawai empayar yang didapati menunjukkan keadaan Grigori yang kerap melakukan jenayah kecil termasuk peminuman berlebihan, kecurian kecil serta berlaku kurang ajar terhadap pihak berkuasa tempatan.[3]

Pengalaman dalam biara, perubahan sikap sunting

Beliau memulakan perjalannya dari Pokrovskoye ke Biara St. Nikolai di Verkhoturye di mana beliau bertemu seorang penatua (starets) bernama Makary, perkenalan mereka berdua mengesan dalam pada diri Grigori. Grigori difikirkan telah menghabiskan beberapa bulan di biara tersebut belajar membaca dan menulis, namun di samping itu juga beliau semakin merasa tidak senang dengan kelakuan sesetengah rahib yang tidak senonoh di persekitaran itu.[3] Beliau kembali ke Pokrovskoye dengan sikap penuh berubah[3] - dia mula memakan sayuran, menegah diri meminum arak serta kerap beribadah.[2] Beliau turut mula merantau berbulan-bulan menziarahi tempat-tempat suci serata Rusia[3] malah juga sejauh Yunani di kota Athos - pusat perbiaraan mazhab Ortodoks Timur - pada tahun 1900.[3]

Sebagai seorang agamawan sunting

Beliau mula mengumpul seberapa orang terdekat yang menjadi pembantunya dalam pelaksanaan kerja ibadah beliau. Khabar mengenai kegiatan beliau mula tersebar serata Siberia pada ketika ini.[3] Kunjungannya ke bandar Kazan di tepi sungai Volga antara tahun 1902 dan 1904 di mana beliau sendiri mula perroleh reputasi sebagai seorang penatua bijak dan mampu membantu orang menyelesaikan krisis dan kebimbangan rohani mereka. [3] Kedudukannya menawan hati sebilangan agamawan setempat sehingga ada yang memberinya surat cadangan kepada Uskup Sergei, rektor Seminari Teologi St. Petersburg di Biara Alexander Nevsky serta mengatur perjalanan beliau ke St Petersburg, sama ada pada tahun 1903 atau pada musim sejuk tahun 1904-1905.[3][halaman diperlukan][2][4]

Penjalinan hubungan dengan kerabat diraja Rusia sunting

Percubaan pembunuhan sunting

Pembunuhan yang menjadi sunting

Citations sunting

  1. ^ Wilson 1964.
  2. ^ a b c d Fuhrmann 2012.
  3. ^ a b c d e f g h i j Smith 2016.
  4. ^ Radzinsky 2010.

Pautan luar sunting